Rabu, 26 Ogos 2015

Petua Mencari Barang Hilang

Pernah tak kehilangan barang-barang? Walaupun dah puas fikir letak kat mana dan dah puas cari kat mana tapi masih tak jumpa-jumpa barang tersebut. Kadang-kadang kita ni sebagai manusia selalu tersalah letak, tersalah simpan dan sebagainya. Alhamdulillah, suami tini dah amalkan masa tengah mencari sesuatu barang yang kami tak tahu letak kat mana.Syukur juga dalam masa beberapa hari dapat jumpa balik. Tapi syarat utama kita kena buang dulu semua perasaan marah, redakan dulu hati kita dan yakin dengan amalan yang kita buat ni. InsyaAllah, Allah akan bantu kita.



PETUA MENCARI BARANG HILANG

1. Petua 1
Baca selawat sepanjang pencarian kita dan niatkan dalam hati supaya kita dapat jumpa barang yang hilang.Sambil-sambil berselawat, ingat balik bila kali terakhir kita nampak barang kita. Bila kali terakhir pegang atau guna barang tersebut. Kalau barang tersebut memang masih ada dalam rumah, insyaAllah kita kan jumpa semula barang tersebut.

Selain daripada satu cara di atas, cuba cara kedua pula

2.  Petua 2
Baca:
.
  • Al-Fatihah (7 kali)
  • Al Fath ayat 1-3 ( 7 kali)
  • Al-Khafi ayat 19 ( 7 kali)
  • Al-Ikhlas (7 kali)
  • Selawat ( 7 kali)
  • Ya Allah (3 kali)
  • Kemudian wiridkan "Ya Hafiz" sebanyak 119 kaliApabila selesai semua di atas, tadahkan tangan dan berdoa kepada Allah agar kita jumpa semula barang kita yang hilang tersebut


3. Petua 3: Amlkan doa barang yang hilang



Imam Nawawi pernah berkata, 
" Sebenarnya doa ini telah saya cuba maka saya mendapatinya sangat bermanfaat dan menjadi sebab untuk mencari barang yang hilang itu dengan tidak payah bersusah payah-susah. Barang itu juga berada tidak jauh dari tempat yang kita sangka, 

Maknanya doa ni dah pernah dicuba oleh para alim ulama.. Diperturunkan kepada kita untuk membantu kita mendapatkan semula barang yang dah hilang.

SELAMAT MENCUBA!!!

PENGEDAR QASEH GOLD
KARTINI BINTI JUSOH
0139924660

Tiada ulasan:

Catat Ulasan