Selasa, 23 Mei 2017

QASEH PREMIER YANG MENINGKATKAN SISTEM IMUN

Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali

Pagi ni fokus tini untuk qaseh premier je la. Bukan apa sejak dua menjak ni banyak sangat feedback positif tentang qaseh premier ni. Rasa macam rugi betul kalau tini tak kongsi kan dengan kawan-kawan.

Jom kita study balik kandungan Qaseh Premier.



BAGAIMANA QASEH PREMIER MENINGKATKAN SISTEM IMUN TUBUH PENGAMALNYA?

1. Kandungan Premier yang tinggi Antioksidan

Ok, dalam Premier, ramuan kurma, madu, buahan beri, gam arab dan lain-lain mengandungi bahan antioksidan yang tinggi. Penting ke bahan yang tinggi antioksidan?

Jom kita bereksperimen sama-sama.
Ambil sebiji epal dan potong dua. Sebelah epal kita makan dan sebelah lagi kita biarkan. Selepas dibiarkan beberapa lama, apa yang akan kita perhatikan pada sebelah epal yang tertinggal tadi?
Ya, epal tersebut bertukar warna kan?Kenapa epal bertukar warna?
Epal bertukar warna kerana tindak balas pengoksidaan berlaku dan membebaskan radikel bebas. Radikel bebas yang terlampau banyak dalam tubuh boleh mendatangkan bahaya kepada badan kita. Antioksidan sangat penting untuk memperbaiki sel-sel badan yang telah rosak.Sel badan yang terlalu banyak rosak akan menurunkan tahap kesihatan tubuh kita. Maka adalah sangat penting untuk kita mendapatkan makanan yang tinggi antioksidan supaya badan kita mempunyai ketahanan yang tinggi melawan penyakit seperti flu dan sebagainya.

Oleh itu, bahan yang mengandungi antioksidan tinggi akan membantu mengurangkan risiko pelbagai penyakit berbahaya seoerti kanser dan lain-lain.

2. Mengandungi E-Folate yang tinggi
E- folate atau vitamin adalah satu keperluan untuk tubuh kita agar sentiasa sihat dan mempunyai sistem imun yang tinggi.

Perasan tak, jika anda kerap bersin dan selesema apabila datangnya musim hujan atau tengkujuh. Atau jika musim panas, anda kerap pula demam dan sakit kepala?
Itu antara gejala sistem imun tubuh yang lemah. Oleh itu, tubuh perlukan tambahn nutrisi. Dalam ramuan Qaseh, kandungan buahan-buahan dan ramuannya tinggi vitamin yang diperlukan oleh tubuh. Kandungan A, B, C, D, E dan K adalah vitamin yang sangat diperlukan oleh tubuh kita.

3. Kandungan zat besi yang tinggi

Zat besi sangat tinggi dalam kurma. Ia berfungsi memulihkan kembali luka dan merupakan komponen  pembentuk hemoglobin atau sel dalam darah kita. Ia juga mineral penting untuk meningkatkan sistem imun dalam badan kita.


Ramuan Qaseh Premier yang padat dengan nutrien ini sangat membantu meningkatkan sistem imun kita. Syaratnya, amalkan pengambilan Premier dengan konsisten setiap hari.

Untuk anda yang kerap demam, letih dan tidak bertenaga, boleh hubungi tini untuk mendapatkan Qaseh Premier.


KARTINI JUSOH
PENGEDAR QASEH GOLD JERANTUT
0142907448

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                            

Rabu, 17 Mei 2017

Qaseh Gold berwajah Baru

Assalamualaikum semua.

Lamanya tak update blog ni. Dulu tini stop lama menulis sebab asyik tak sempat  dengan tugasan sekolah di samping alahan kehamilan kedua. Alhamdulillah, sekarang anakanda`kedua tini dah masuk enam bulan lebih dan dah pandai meniarap pun. Nanti kita cerita lain yang tu ye.

Hari ni, tini nak perkenalkan wajah-wajah baru Qaseh Gold tau. Dari awal tahun 2017 lagi dah berwajah baru. Tapi tini je lah yang lambat update nya.

Produk hot macam biasa lah. Kita ada QASEH

  • adinda
  • kekanda
  • junior
  • premier
  • gojes
Jom kita tengok wajah-wajah baru QASEH ye..





Waah..lagi menarik dan cantik kan. Tini pun lagi suka dengan wajah baru Qaseh ni. Lagi fresh kan? Hihi. So kawan-kawan jangan lupa hubungi tini di talian untuk mendapatkan Qaseh Gold anda.


KARTINI BINTI JUSOH
PENGEDAR QASEH GOLD JERANTUT
0142907448
PENGHANTARAN KE SELURUH MALAYSIA MELALUI POS.

Jumaat, 30 September 2016

QASEH GOLD DAN OKTOBER

Semalam hari closing saya untyk bulan September.Dah lama benar saya tak mampu menulis.Hari ni, dalam wad saya mula menulis.Terkesan dengan clising semalam dengan bantuan puan stokis saya.

Blog ni memabg banyak bantu saya menyegarkan kembali badan yang lemah.Di sini menulis umpama melyahkan rasa hingga lapang rasa dada ni.

Semalam closing tuk september, jadi hari sibuk untuk kami.biasanya kami akan mengadap komputer, laptop @smartphone dan kalkulator. tapi disebabkan kandungan saya ada masalah sikit, sy closing dalam wad je.Alhamdulillah, bos saya banyak membantu.syukur, Alhamdulillah.

Qaseh Gold, makanan tambahan berasaskan makanan sunnah banyak menambah nilai kesihatan saya. Saya bermula hanya untuk menambah tenaga dan membanyakkan susu badan.Hingga sekarang semua produk qaseh dah kami sekeluarga gunakan.

Suami yang dulu buat tak tahu je untuk amalkan suplemen, sekarang ni dah jadi agenda wajib dah.Maklum lah dah rasa sendiri kelebihan berqaseh ni.

Bermula dengan qaseh adinda dan sole untuk diri sendiri.Qaseh junior untuk anakanda saya dan Qaseh Premier dan Qaseh Kekanda untuk suami pula.Alhamdulillah, sangat menambah nilai kesihatan untuk kami sekeluarga. Bila saya cuba set kosmetik Qaseh pula, Allahu Rabbi..saya sangat puas hati.yang penting warnanya yang sweet dan tak terlalu terang buat saya lebih selesa.




Paling penting bagi saya, saya dan keluarga amalkan Qaseh Gold kerana ia adalah makanan tambahan semulajadi, halal, suci dan kosmetiknya adalah mesra solat..

Bukankah mencari yang HALAL itu WAJIB. Jom bertukar kepada produk muslim dan bumiputera..

Hubungi saya, pengedar sah Qaseh Gold

KARTINI JUSOH
014 2907448 - SMS/ WHATSAPP



Jumaat, 2 September 2016

POSISI TIDUR WANITA HAMIL YANG BUAT ANDA LEBIH SELESA

Apabila memasuki trimester ketiga ni, tini perasan perut yang makin membesar menyukarkan tini untuk tidur dengan selesa. Kadang-kadang terjaga di tengah malam sebab rasa penat pada perut.

Tini share kan satu hadis Rasulullah berkaitan posisi tidur mengikut Islam.


Dalam sebuah HadisRasulullah yang bermaksud:

"Al-Barra bin Azib RA berkata; Adalah Rasulullah S.A.W jika akan tidur, baginda mengiring ke sebelah kanan kemudian membaca: (Maksudnya); "Ya Allah aku serahkan diriku kepada-Mu dan mengadapkan wajah ku pada-Mu dan menyerahkan semua urusanku kepada-Mu dan menyandarkan punggungku kepada-Mu kerana mengharap dan takut kepada-Mu, tiada perlindungan dan tiada tempat selamat daripada seksa-Mu kecuali kembali kepada-Mu. Aku percaya kepada Kitab yang Engkau turunkan dan Nabi yang telah Engkau utuskan."

Menurut Dr. Zubaidi, seorang ibu hamil yang menghadapi masalah tidur boleh tidur secara mengiring ke kanan sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah seperti hadis di atas. Keadaan tidur seperti di atas menumpukan berat bayi secara mengiring tanpa mengganggu sistem dalaman bayi.

Bayangkan jika kita tidur dalam keadaan terlentang, dan letakkan bungkusan gula 1kg - 2kg pada bahagian perut kita. Boleh bayangkan tak bagaimana rasanya? Berat gula akan menekan perut kita sehingga menyukarkan kita untuk bernafas. Keadaan yang sama juga berlaku jika kita hamil dan tidur secara terlentang. Posisi tidur ini boleh mendatangkan risiko kepada bayi kerana boleh mengganggu sistem pernafasan dan penghantaran nutrien kepada bayi.

Selain tidur secara mengiring ke kanan, ibu boleh meletakkan bantal pada bahagian belakang atau di bahagian bawah perut sekiranya kerap sakit pada bahagian pinggang dan belakang.

Untuk lebih selesa, semasa berbaring secara mengiring kita boleh bengkokkan kaki dan meletakkan bantal di celah peha kita. Sebaiknya elakkan kaki kiri menindih kaki kanan. Sebaliknya rehatkan kaki kiri anda pada kaki suami atas di atas bantal lain.

Berdasarkan satu kajian, Dr Zubaidi menjelaskan bahawa risiko kematian bayi dalam kandungan adalah rendah bagi ibu yang mengamalkan tidur secara mengiring.




Tidur yang lebih selesa jika perut semakin membesar..

Adalah lebih bermakna jika sebelum tidur, anda dan suami berbual-bual ringan dengan bayi untuk membiasakan suara anda dengan bayi. Pasti isteri lebih seronok dan bertambah selesa.

Akhir sekali, tini ucapkan selamat mencuba posisi tidur yang lebih selesa untuk anda dan bayi anda.

Bagaimana pun, jika nada berdepan dengan masalah kesihatan sepanjang kehamilan, boleh hubungi tini untuk mendapatkan set kehamilan Qaseh Gold terutamanya untuk ibu-ibu hamil yang telah memasuki trimester ketiga. Pastikan bekalan nutrien mencukupi untuk bayi kita ye.





Penghantaran Qaseh Gold secara pos dilakukan setiap hari ke seluruh Malaysia. Jika anda adalah customer tini, jangan segan untuk mendapatkan nasihat dan bimbingan sepanjang mengamalkan Qaseh Gold anda.

Salam Qaseh sayang dari tini, 

KARTINI BINTI JUSOH
Pengedar Qaseh Gold Jerantut
014 2907448










Sabtu, 27 Ogos 2016

PUNCA DAN SIMPTOM BERLAKUNYA CYST DAN FIBROID

Dalam istilah perubatan cyst didefinisikan sebagai kantung yang mempunyai ciri luar biasa dan mengandungi bendalir. Kantung ini biasanya ditemui pada ovari bagi pesakit ovarian cyst.

a membranous sac or cavity of abnormal character in the body, containing fluid."

Manakala fibroid dalam istilah perubatan;

"Fibroids are abnormal growths that develop in or on a woman's uterus."


Fibroid adalah pertumbuhan tidak normal yang berlaku dalam 

uterus seorang wanita. Kadang kala ketumbuhan tersebut agak 

besar dan boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian perut. 

Namun, fibroid bukan dalam kategori KANSER.


PUNCA-PUNCA CYST DAN FIBROID

1. Masalah utama yang sering dikaitkan bagi yang mengalami masalah fibroid dan cyst adalah kerana ketidakseimbangan hormon dalam badan kita. Contohnya terlebih hormon estrogen berbanding hormon progesteron. 

Jika anda menghadapi kitar haid yang tidak teratur, itu menunjukkan ketidakseimbangan hormon dalam badan kita.

2. Kandungan Xeno estrogen yang tinggi dalam badan.
Xeno estrogen sebenarnya adalah estrogen sintetik atau tidak asli yang terdapat secara meluas sekarang sama ada terdapat dalam makanan, minuman, bahan kimia dalam pertanian dan dalam penternakan atau pertanian.

Kehadiran xenoestrogen ini menyebabkan kerencatan fungsi estrogen sebenar dalam badan.

3. Genetik adalah faktor biasa yang dikaitkan.Jika keluarga kita mempunyai sejarah mempunyai cyst dan fibroid, adalah kemungkinan besar faktor ini juga mempengaruhi keberadaan cyst dan fibroid kita.


SIMPTOM ATAU TANDA- TANDA CYST DAN FIBROID


1. Haid yang tidak teratur
2. Senggugut yang teruk
3. masalah ketidaksuburan
4. kemandulan
5. sakit semasa bersama suami
6. keluar darah, keputihan atau bau pada vagina

tetapi untuk sesetengah kes, cyst fan fibroid tidak mempunyai simptom sehinggalah diketahui semasa scan pregnant.

Ada kes yg kawan tini hadapi dia memang tak de tanda apa2 pun setiap bulan.Maksudnya period lancar, tiada kesakitan dan menjalani rutin secara normal. Apabila mengandung dan anak dah masuk 4 bulan lebih dia kerap sakit perut. Tapi dia ingat itu cuma sakit mengandung.Sehingga kandunga 7 bulan lebih, doktor terpaksa buat pembedahan segera untuk keluarkan baby.Ini kerana fibroidnya membesar bersama baby.

So, kawan tini ni terpaksa dibedah dan anak dikeluarkan kerana doktor risau dengan fibroid yang boleh mengganggu pembesaran baby.

Kadang- kadang penyakit ni memang dah ada dengan kita.Cuma kita mungkin menyedari atau tak.Selagi ia tidak membahayakan kita, insyaAllah sebarang surgeri untuk mengeluarkan cyst dan fibroid ni tak perlu dilakukan.Cuma kita boleh berikhtiar untuk mengecilkan cyst dan fibroid ini untuk tidak mengganggu rutin harian kita.

QASEH SEBAGAI IKHTIAR









Untuk mendapatkan qaseh gold, boleh hubungi tini seperti di bawah.

KARTINI BINTI JUSOH
014 2907448
Pengedar Qaseh Gold

Penghantaran secara pos dilakukan di seluruh Malaysia.

Selasa, 23 Ogos 2016

KECUTKAN CYST DAN FIBROID TANPA PEMBEDAHAN


CYST dan FIBROID boleh dikecutkan tanpa pembedahan. Tini yakin sejak akhir-akhir ini wanita sering dikaitkan dengan dua masalah ini. Kedua-dua nya berkait dengan wanita kerana cyst dan fibroid boleh berlaku di dalam rahim wanita seterusnya mengganggu kesuburan seorang wanita.


Fibroid ialah sejenis ketumbuhan yang boleh ada pada dinding rahim atau selalu secara saintifiknya dipanggil uterus. Manakala cyst pula berlaku di dalam ovari. Namun fibroid dan cyst tidak berada dalam kumpulan kanser!

Kita kenali dulu di mana kedudukan uterus dan ovari. Ini adalah gambar yang menunjukkan sistem peranakan wanita yang sihat.


Rahim adalah istilah kita manakal secara saintifiknya rahim dikenali sebagai uterus. Uterus adalah tempat di mana perlekatan zigot berlaku selepas persenyawaan atau di situlah bayi membesar. Ovari adalah 'kilang' atau tempat di mana ovum dihasilkan.

Sekarang kita lihat rahim atau uterus bagi wanita yang menghadapi masalah cyst dan fibroid.


Rajah yang menunjukkan penghidap cyst. Ovari yang tidak mempunyai cyst adalah seperti ovari pada sebelah kiri dalam rajah di atas. Manakala ovari yang mempunyai cyst saiznya adalah abnormal dan membesar. Apabila berlaku cyst yang terjejas adalah bahagian ovari wanita.

Manakala bagi penghidap fibroid, benjolan bendalir yang terbentuk adalah di kawasan rahim atau uterus. Oleh sebab itu, walaupun dikatakan kehadiran cyst dan fibroid tidaklah mengganggu gugat kesihatan wanita. Namun sikit sebanyak turut mengganggu proses kesuburan wanita dan menjadi faktor utama bagi sesetengah wanita yang tidak mengandung walaupun telah lama berkahwin.

Oleh itu, Qaseh menawarkan khasiat yang terbaik untuk wanita bagi mengatasi masalah cyst dan fibroid. 

BAGAIMANA QASEH MEMBANTU WANITA YANG MEMPUNYAI CYST DAN FIBROID

Qaseh Adinda terdiri daripada 11 ramuan istimewa yang mana sebahagian besarnya adalah daripada formulasi makanan sunnah seperti madu, kurma, habatus sauda, minyak za'faran, minyak zaitun, buah tiin, gam Arab dan lain-lain lagi. Kebanyakan makanan sunnah adalah mempunyai kandungan antioksidan yang sangat tinggi. Antioksidan akan dapat merencatkan pertumbuhan semula cyst dan fibroid dan sekaligus mengecutkan kedua-duanya tanpa melibatkan pembedahan!





Tini sertakan beberapa testimoni pengguna Qaseh Adinda yang berikhtiar dengan qaseh sehingga cyst dan fibroid mengecut.





Penghantaran secara pos akan dilakukan ke seluruh Malaysia.


KARTINI BINTI JUSOH
PENGEDAR QASEH GOLD JERANTUT
014 2907448




Rabu, 17 Ogos 2016

TIPS ANAK GENIUS DARIPADA DATUK DR. FADZILAH KAMSAH

Anak-anak adalah penawar buat ibu bapa. Dalam setiap tindakan kita, dalam setiap urusan kita seringkali urusan anak yang akan didahulukan. Sebagai ibu bapa kita sering mengharapkan anak-anak menjadi anak yang sihat, pintar bahkan genius dalam menghadapi kehidupan harian mereka.

Bila dah jadi ibu ni, Tini faham bagaimana mak kita dulu melayan kita. Semua inginkan yang terbaik untuk anak-anak. Tanpa kita sedar, anak-anak kita memang memiliki potensi dan kebolehan tersendiri. Maka terpulang kepada ibu bapa untuk mencungkil potensi anak-anak agar mereka menjadi lebih baik dan menyerlahkan potensi mereka sebaik mungkin. 

Hari ni Tini nak komgsikan Tips daripada Datuk Dr Fadzilah Kamsah untuk menjadikan anak kita genius. Tips penting untuk Tini juga sebagai panduan dalam mendidik anak-anak.

TIPS ANAK GENIUS

1. DOA IBU BAPA
Setiap urusan kita untuk anak-anak perlu sentiasa diiring dengan doa. Kerana itu, dalam Islam setiap perbuatan kita didahulkan dengan doa. Pentingnya doa daripada ibu bapa kerana doa ibu bapa adalah paling mustajab untuk anak-anak. Nak anak soleh, nak anak genius, nak anak pintar dan berkebolehan, pohonlah terus kepada Allah. Doa yang sungguh-sungguh pastinya dimakbulkan Allah.

2. DIDIK DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH
Kita sedar tentang kesibukan ibu bapa sekarang. Kadang-kadang pagi lagi dah keluar mencari rezeki dan malam pula baru nampak batang hidung. Bagaimana dengan anak-anak?
Sedangkan ibu bapa adalah orang paling penting dalam usia kecil mereka untuk pembentukan akhlak, sahsiah dan kendiri mereka. Oleh itu, ibu bapa sepatutnya mempunyai kualiti masa yang terbaik untuk mengenali potensi anak-anak dan seterusnya mengembangkannya pada masa hadapan. Asuhan dan didikan berdasarkan potensi anak-anak ini yang boleh menjadikan anak-anak kita genius dalam bidang tertentu.

3. TERIMA ANAK SEADANYA
Kebolehan dan potensi anak adalah berbeza. Jangan membandingkan setiap anak. Apa yang paling utama, bimbingan ibu bapa terhadap potenasi anak-anak agar potensi tersebut dikembangkan secara optimum. Mungkin ada anak kita yang cenderung untuk berdikari, bebas dan melakukan aktiviti lebih lasak. Namun, jika ada anak kita yang memang terlalu gemar memasak, maka bantu mereka untuk mengembangkan potensi memasaka mereka sehingga menjadi tukang masak@ chef yang hebat.

4. SEDIAKAN SUASANA MERANGSANG

Suasana dan persekitaran boleh merangsang perkembangan minda anak-anak. Sama ada suasana dari segi cara susun atur perabot rumah, pemilihan warna rumah atau pergaulan anak-aak di dalam rumah. Contohnya warna dinding untuk bilik tidur dan bilik belajar adalah berbeza untuk melahirkan mood yang berbeza.

5. MENGAMALKAN MAKANAN YANG SEIMBANG SERTA GAYA HIDUP YANG SIHAT

Makanan seimbang bermaksud makanan yang memenuhi 7 kelas makanan mengikut susunan piramid makanan. Selain itu, mengamalkan gaya hidup yang sihat bermaksud  aktiviti harian yang dilakukan setiap hari adalah aktiviti yang berfaedah seperti bersenam, makan makanan berkhasiat serta bersosial dengan baik bersama jiran tetangga dan rakan-rakan.

Jika anak-anak anda adalah terlalu memilih makanan, adalah lebih baik jika keperluan nutrien mereka ditambah dengan mengamalkan makanan tambahan yang banyak terdapat dalam pasaran. Jika anda percaya dengan makanan sunah, maka Qaseh Gold adalah pilihan terbaik untuk anak-anak anda.





Untuk mendapatkan set pintar Qaseh Gold, iaitu Qaseh Junior dan homopati IGE boleh hubungi tini seperti di bawah,


KARTINI BINTI JUSOH
Pengedar Qaseh Gold Jerantut
014 2907448