Rabu, 30 September 2015

PUNCA MIGRAIN DAN CARA MENGATASINYA

Migrain ni tak lah familiar sangat dengan tini. Cuma dulu masa kat Sek Men Sains Machang tini pernah duduk sebilik dengan seorang senior yang migrain. Kalau migrainnya datang, kesian sangat dengan kakak ni. Boleh tak bayangkan macam mana rasanya hantuk kepala ke dinding? Bila kakak ni migrain, dia akan banyakkan zikir.Memang kakak ni bertudung labuh elok je. Kadang kalau tak tahan sangat dia hantukkan juga kepalanya ke dinding. Sebab dia kata kata kalau boleh dia tak nak makan ubat penahan sakit tu.Tapi yang bagusnya sebab kami tinggal kat asrama, jadi yang membantu memang kawan-kawan je. Kawan-kawan akak ni memang sangat suppotive.

Masa tu kan, tini ingat migrain ni cuma sakit kepala. Tapi rupanya migrain ni lagi kronik dari sakit kepala biasa. Migrain adalah sakit kepala yang berdenyut-denyut kuat dalam tempoh 4-72 jam.Sakit kepala atau migrain ini memang akan menghalang kita daripada melakukan tugasan harian kita.



PUNCA MIGRAIN

Punca migrain selalu dikaitkan dengan keturunan iaitu jika anak migrain biasanya ibu atau bapa nya juga pernah mengalami migrain.
Namun demikian, faktor-faktor lain tidak pula diketahui secara saintifik.

GEJALA MIGRAIN

1. Menurut Dr Zubaidi, pesakit migrain selalu mengalami sakit kepala yang berdenyut-denyut sama ada pada sebelah kepala atau pada keseluruhan kepala. 
2. Jika migrain yang terlalu teruk, pesakit boleh mengalami kekejangan seolah-olah strok pada sebahagian badan.Namun demikian keadaan ini tidak berlarutan dan bahagian yang mengalami serangan ini akan kembali normal.
3. Pesakit migrain juga akan mudah merasa loya dan ingin muntah
4. Sangat sensitif dengan cahaya, bunyi dan bau yang kuat


CARA MENGATASI

Apa yang paling penting  hindari diri kita dari stress dan terdedah kepada bunyi, bau dan cahaya yang kuat.Semuanya perlu dielakkan supaya migrain tidak menyerang.

Selain itu, sesetengah makanan turut mempengaruhi pesakit migrain kerana makanan yang berkolesterol dan berlemak. Pemakanan yang berlemak boleh menyempitkan salur darah dan sekaligus mengganggu fungsi saraf.

Tambahan lagi, pesakit migrain perlu sentiasa bertenang dan relaks supaya tidak berdepan dengan masalah stress. Stress atau tekanan  menyebabkan salur darah di otak mengalami ketegangan.





BAGAIMANA QASEH ADINDA MENGATASI MIGRAIN

Qaseh Adinda terdiri daripada pelbagai gabungan makanan sunnah yang kaya dengan khasiat tertentu.

Gabungan kesemua kandungan makanan sunnah dalam Qaseh Adinda melengkapi nutrisi seimbang dan kaya dengan antioksidan yang menghalang radikel bebas wujud dalam badan. Dipercayai radikel bebas ini yang boleh mengganggu dan menyebabkan migrain.

Akhir sekali, untuk anda yang migrain dan ingin mendapatkan produk Qaseh Gold termasuk Qaseh Adinda boleh hubungi tini seperti di bawah. Konsultasi hanya eksklusif kepada customer saya sahaja.

KARTINI BINTI JUSOH
013-9924660
KONSULTAN QASEH ANDA

Isnin, 28 September 2015

PUNCA JERAGAT DAN CARA MENGATASINYA

Assalamualaikum

Lama tini bercuti dari dunia blog ni. Semoga Allah lancarkan penulisan saya hari ini tanpa tersekat. Hari ni tini nak sentuh sedikit tentang punca jeragat dan cara mengatasinya. Jeragat memang menjadi musuh utama kebanyakan wanita Asia memandangkan keadaan cuaca di Asia yang mampu mendorong pertumbuhan jeragat di muka. Jadi, jom kita kenali punca jeragat dan cara mengatasi jeragat.




APAKAH JERAGAT

Jeragat atau tompok-tompok hitam di muka atau wajah seseorang menjadikan wajah kita seolah-olah bercapuk atau tona kulit muka tidak sekata. Jeragat atau melasma adalah masalah kulit yang kerap timbul di kalangan wanita yang berusia 20-50 tahun. 
Bagaimana jeragat berlaku? Mari kita kenali punca jeragat serta cara untuk mengatasinya.

PUNCA JERAGAT

1. Terdedah kepada cahaya matahari
Matahari kita mengandungi sinar Ultraviolet atau UV yang menjadi punca kepada pertumbuhan jeragat yang pesat. Jika anda adalah seorang yang terpaksa bekerja di bawah terik matahari, pertumbuhan jeragat akan menjadi lebih pantas. Memandangkan lapisan ozon yang makin menipis sejak akhir-akhir ini, tidak mustahil pancaran UV adalah lebih terdedah secara terus kepada mereka yang bekerja di bawah pancaran matahari. 

2. Faktor Genetik
Selain daripada terdedah kepada cahaya matahari, sesetengah kes yang dirujuk, jeragat berlaku disebabkan oleh genetik keluarga. Bermakna jika sesebuah keluarga mempunyai ibu bapa yang berdepan masalah jeragat maka tidak mustahil generasi seterusnya juga akan menghadapi masalah jeragat.

3. Pengambilan ubat-ubatan
Bagi sesetengah wanita yang mengamalkan jenis ubatan tertentu seperti pil hormon atau pil perancang peratus untuk jeragat tumbuh juga adalah lebih tinggi.

4. Mengandung
Namun demikian, bagi ibu yang sedang hamil dan menghadapi masalah jeragat, adalah disaran agar tidak terlalu risau memandangkan jeragat yang berlaku boleh hilang selepas melahirkan bayi mereka.

5. Penggunaan Kosmetik
Sesetengah produk kosmetik yang terdiri daripada bahan kimia tertentu boleh memberikan kesan pemutihan pada wajah dan kemudian akan tumbuhnya jeragat dengan sangat banyak.

CARA MENAGATASI JERAGAT

1. Elakkan diri dari terdedah kepada cahaya matahari secara terus. Namun jika anda memang bekerja di bawah matahari, pastikan anda sudah memakai sunblock sebagai langkah mengurangkan infeksi akibat cahaya matahari

2. Pastikan anda memilih produk semulajadi untuk mengatasi masalah jeragat anda. Sama ada anda menggunakan krim sapuan atau produk yang memerlukan anda untuk minum atau bancuh, pastikan tidak mengandungi bahan kimia terlarang yang akan memberikan kesan pertumbuhan jeragat yang lebih banyak.

3. Sesetengah jeragat yang tebal memerlukan tempoh yang lama menggunakan kaedah fizikal seperti laser dan sebagainya bagi menghapuskan jeragat.

4. Penggunaan Qaseh Gojes secara konsisten juga mampu menghilangkan jeragat. Qaseh Gojes merupakan produk kecantikan yang berasaskan bahan semulajadi. Anda hanya perlu menuangkan satu sachet ke dalam mulut setiap malam sebelum tidur tanpa perlu dibancuh kerana Qaseh Gojes didatangkan dalam bentuk cecair.








Bagi anda yang menghadapai masalah jeragat yang serius dan berminat untuk mendapatkan Qaseh GOJES, boleh hubungi saya seperti di bawah.

Penghantaran percuma sekitar Jerantut, Kuala Krau dan Bandar Pusat Jengka.

Namun demikian, saya juga menggunakan khidmat penghantaran pos kepada anda yang berada di luar kawasan yang saya sebutkan tadi.

KARTINI BINTI JUSOH
Konsultan QASEH GOLD
014-2907448 (sms/call/wasap)

Selasa, 22 September 2015

SOLE AIR GARAM PALING KAYA DENGAN MINERAL


Assalamualaikum.

Salam Zulhijah buat semua. Pastinya kita ternanti-nanti datangnya raya haji ni kan. Walaupun mungkin tak semeriah Raya Aidilfitri, namun AidulAdha tetap ditunggu dan dirai. Alhamdulillah, saya pun akan berangkat balik esok ke kampung. Biarlah lambat, harapnya selamat sampai ke kampung halaman tercinta.

Bila cerita bab perayaan ni, rasanya bab makan lah yang selalu mendapat tempat kan? Time raya je boleh jumpa ketupat rendang. Time raya je boleh bakar-bakar dan BBQ bagai. Tapi jangan lupa ye, dalam seronok melayan makanan ke perut, kesihatan jangan kita abaikan.Hari ni, tini nak share kan satu produk hot yang paling bagus sepanjang musim perayaan. Tahu tak apa dia?Sole, iaitu air garam yang paling kaya dengan mineral.

KENAPA QASEH SOLE ADALAH AIR GARAM PALING KAYA DENGAN MINERAL?

SOLE merupakan pati garam kristal Himalaya. Ia adalah larutan tepu, dan hanya perlu dititis ke dalam air minuman kita.

LAYAKKAH SOLE ADALAH AIR GARAM PALING KAYA DENGAN MINERAL?
SOLE merupakan garam terbaik dalam pasaran memandangkan ianya 100% asli dan tulen bahkan ia dihasilkab secara semulajadi.
SOLE juga mengandungi 84 mineral yang sangat diperlukan oleh badan.

KASIAT SOLE

* membekalkan pelbagai jenis mineral yang diperlukan oleh badan
* menyingkirkan toksin dari badan
* memberikan tenaga kepada sel-sel tubuh
* memulihkan pH usus
* menggalakkan metabolisme asid amino
* menguatkan gusi
* menyeimbangkan pH mulut
* melancarkan sistem pernafasan
* menyokong perkembangan fetus dalam kandungan
* menyelaraskan fungsi rahim, kesihatan vagina, dan menormalkan kitaran haid
* melancarkan sistem pernafasan
*memberi tenaga kepada sel tubuh
* membantu pembentukan kolagen semulajadi



Bagi anda yang ingin mencuba khasiat SOLE, boleh hubungi tini untuk maklumat lanjut. Jangan segan ye. Pembelian akan disertakan dengan konsultasi percuma ye.

KARTINI BINTI JUSOH
014-2907448

FB: Tini Kartini

TIPS SENTIASA CERGAS SEHINGGA MALAM

Assalamualaikum dan selamat tengah hari. Alhamdulillah, hari ni awal pulak saya siap memasak. Sambil menemankan Azra yang tidur, saya google sekejap dan terbaca kelebihan tidur sebelum Zohor. Selama ni memang tahu Rasulullah pun anjurkan kita untuk tidur sekejap sebelum masuknya Zohor.Tapi tak pernah pula nak meneliti dengan details kan. Jadi sementara ada ilmu sedikit di dada ni tini nak share la jugak di sini. Boleh la dijadikan bekal sebagai saham akhirat kan?InsyaAllah. Selain itu, tidur sekejap di siang hari adalah tips efektif untuk kekal cergas sehingga malam. Jom kita share apa yang tini dapat.

Tidur sekejap di siang hari sebelum tidur kita panggil sebagai Qailulah. 

QAILULAH-tidur sekejap sebelum Zohor.

MASA YANG BAIK UNTUK TIDUR/QAILULAH
Antara jam 12.00 tengah hari sehingga masuknya waktu Zohor.

BERAPA LAMA UNTUK QAILULAH?
Cukup jika kita tertidur selam 10-15 minit sahaja.

ANDA TAHU?
Dikatakan seminit tidur dalam tempoh ini kualitinya adalah bersamaan 45 minit waktu tidur kita pada waktu malam. Fantastic kan?




KELEBIHAN QAILULAH/TIDUR SEKEJAP

Kenapa tini kata tidur sekejap di siang hari adalah tips untuk sentiasa cergas sehingga malam. Kita study kelebihannya ye.

1. Jika kita bangun pagi seawal  5.30 pagi untuk bersedia memulakan hari kita, bermakna tempoh badan kita bekerja sehingga masa Qailulah ni adalah 7-8 jam, maka Qailulah membantu memberi kerehatan pada tubuh.

2. Selain itu, tidur di tengah hari juga membantu memberi kerehatan pada jantung manusia yang sentiasa bekerja kuat setiap hari. Oleh itu, amalan rehat dan tidur sekejap di tengah hari membantu mengelakkan masalah jantung.

3. Selain itu, jika anda ingin bangun Qiamullail dengan lebih mudah, tidur siang adalah satu cara yang paling senang yang dapat membantu kita bangun malam dengan mudah.

4. Jika kita sering mempunyai tugasan yang perlu disiapkan sehingga lewat petang, tidur sebentar di siang hari ini membantu kita untuk merehatkan otak dan badan dengan sangat berkesan. Hasilnya, perkembangan minda akan sangat baik bahkan memberi hasil yang baik selepas kita amalkan tidur sebentar ini.

Jika anda belum mencuba untuk amalkan tidur sekejap sebelum zohor ni.anda mesti cuba dulu.Sebenarnya memang buat kita rasa bertenaga sepanjang hari walaupun kita terlelap dalam 10 minit je.

Sebelum mengundur diri, tini tak nak lupa mengucapkan selamat hari raya aiduladha..semoga korban kita meningkatkan keimanan kita.

Yang nak kan produk Qaseh Gold, jangan tunggu lama-lama untuk menghubungi tini

KARTINI JUSOH
014-2907448
Qaseh Gold


Isnin, 21 September 2015

KELEBIHAN DAN KEPENTINGAN MINUM AIR KOSONG

Assalamualaikum..selamat pagi wahai pembaca budiman.

Hari ni tini nak share kan sedikit tentang kebaikan minum air kosong dengan banyak. Kita selalu digalakkan untuk minum lebih banyak air kosong terutamanya dalam keadaan negara yang diselubungi jerebu ni. Tahu tak kenapa sebenarnya kita digalakkan minum air kosong dengan banyak?
Jadi hari ni kita konsi sedikit ilmu tentang kelebihan dan kepentingan minum air kosong.




KELEBIHAN DAN KEPENTINGAN AIR KOSONG/AIR MASAK


1. Air bertindak sebagai pelarut dalam badan. Kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan kepekatan darah bertambah. Kehadirana air dalam bdan membantu menyeimbangkan kepekatan darah sekaligus melancarkan peredaran darah kita. Bila peredaran darah lancar oksigen pun senang diangkut ke seluruh badan. Sebab tu mak saya cakap, kalau mengantuk dalam kelas minum air masak banyak-banyak.

2. Menguruskan badan. Berita gembira buat sahabat-sahabat yang berusaha 
gmnx berat badan. Pengambilan air kosong yang banyak membantu proses menguruskan badan. 
 air kosong mempunyai 0 kalori, gula dan juga lemak!

3. Cantikkan wajah. Ini berita gembira untuk kita semua. Pengambilan air kosong yang banyak sebenarnya dapat mencantikkan wajah. Minum air kosong yang banyak boleh menyingkirkan toksin dalam badan.Toksin berlebihan boleh menimbulkan jerawat dan menyebabkan masalah kulit.

4. Mengawal suhu badan.Air yang diminum membantu mengurangkan haba dalam badan.Sebab itu, kalau kita demam,doktor galakkan minum air banyak-banyak

KEPENTINGAN AIR YANG DICAMPUR SOLE

SOLE ialah air garam bukit himalaya yang terdiri daripada 84 mineral. Air masak yang diminum..sole ni cuma perlu dititiskan sahaja dalam air kosong yang diminum ..pengambilan air kosong akan menjadi lebih baik dengan penambahan sole kerana sole membekalkan 84 mineral yang sangat diperlukan oleh badan.





Hanya dengan beberapa titisan sahaja sole mampu membantu mengatasi masslah di atas.

untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya seperti di bawah.penghantaran percuma sekitar jerantut.
Oh ye, tini juga akan memberikan konsultasi percuma untuk semua customer tini.

KARTINI JUSOH
0139924660

Ahad, 20 September 2015

Kulit Cantik Tanpa Masalah Dengan Gojes

Assalamualaikum dan selamat malam semua.

Malam ni tini nak sharekan penyelesaian kulit cantik tanpa masalah dan semestinya mesti dengan Gojes.Walaupun mood balik raya ni dah berkobar-kobar dalam diri ni tapi update blog tetap update. InsyaAllah, packing barang untuk dibawa balik dah ansur-ansur buat ni. Tini memang praktikkan untuk kemas barang dari awal supaya tak kelam kabut. Lagi pun sejak ada anak ni, banyak benda yang menuntut kita untuk dibuat. Kadang risau juga kalau ada perkara penting yang terlupa nak bawak balik. Macam dulu masa ke Kuala Lumpur untuk follow up di IJN, tini boleh terlupa nak bawa termometer. Dah la masa tu baby Azra kecil lagi tak sampai enam bulan.Azra tiba-tiba demam.Panik juga saya dibuatnya. Nasib baik la farmasi dekat jadi boleh la beli termometer untuk monitor suhu Azra. Yang penting list kan balik semua barang yang nak dibawa.Ingat tu. Sila baca ni untuk panduan balik kampung.
http://qaseh83.blogspot.my/2015/09/tips-elak-anak-demam-jika-balik-kampung.html

Oh ye, malam ni tini nak share kan beberapa testimoni menarik tentang Qaseh Gojes. Semuanya berpuas hati dengan penggunaan Gojes.Untuk dapatkan kulit cantik tanpa masalah, semestinya dengan konsisten pada Gojes. Ada lagi yang tertanya-tanya tentang Gojes?http://qaseh83.blogspot.my/2015/08/kandungan-qaseh-gojes-untuk-kulit.html

Selamat menghayati testimoni -testimoni menarik tentang Qaseh Gojes. Semua pengguna memang teruja.









Dalam keghairahan kita mendapatkan produk kecantikan jangan terlupa untuk mendapatkan produk yang halal dan suci.
Tambahan pula Gojes ni sangat senang diminum.

Jadi untuk anda yang berminat untuk mendapayka Qaseh Gojes sila hubungi saya seperti di bawah.


KARTINI BT JUSOH
014-2907448

Sabtu, 19 September 2015

Cara Mengawal Kencing Manis (Diabetis) Dengan Qaseh Premier

Pagi ni saya bangun pagi seperti biasa. Maklum lah cuti-cuti sekolah ni walaupun bangun awal tapi malas juga nak mandi awal. Sekali sekala kan.Hihi. So, saya siapkan dulu sarapan pagi utnuk suami sebab walaupun saya bercuti tapi suami masih bekerja. Selepas siapkan bihun goreng, saya mulakan aktiviti mengemas dapur. Tiba-tiba dengar bunyi whatsapp masuk ke telefon. Saya tahu ni mesti wasap dari geng-geng sekolah saya dulu. Best betul geng-geng sekolah saya sebab kami saling ambil tahu dan saling menasihati antara satu sama lain. Alhamdulillah, asbab wasap menjadi penghubung persaudaraan kami.

Berbalik pada mesej wasap saya, bila saya buka wasap memang sah wasap group sekolah dah cecah beratus walaupun di awal pagi. Tiba-tiba mata saya terpaku pada satu mesej wasap daripada sahabat saya yang jauh di Marudi. Dua minggu lepas, dia baru je belikan ibu nya Qaseh Premier. Katanya ibu ada macam-macam penyakit tapi kalau boleh dia nak kurangkan paras gula dalam darah la. So, tini sarankan untuk hadiahkan Qaseh Premier untuk ibu tercinta. 



Mula-mula sekali tini perkenalkan dulu bahawa Qaseh Premier adalah produk baru yang merangkumi pelbagai makanan sunnah yang lebih padat dan berkhasiat. Sebut je makanan sunnah mana yang tidak terdapat dalam Qaseh Premier. 

Kemudian, tini sertakan juga kebaikan-kebaikan yang bakal diperolehi melalui pengamalan Qaseh Premier secara konsisten.



Setelah Qaseh Premier dipos, saya ingatkan sahabat saya untuk amalkan Premier di awal pagi dan sebelum tidur. Jangan skip-skip minum kalau tak mana nak dapat efek yang baik. 
Seminggu selepas consume Qaseh Premier saya update dari customer saya ni sama ada healing crisis ada atau tak. Kata sahabat saya ni sejak amalkan Qaseh, maknya mudah sangat rasa panas. Jadi saya nasihatkan supaya minum air kosong banyak-banyak untuk percepatkan pembuangan toksin dalam badan.

Alhamdulillah, pagi ni pula tini dapat satu wasap membawa berita yang sangat menggembirakan. 
Alhamdulillah, tini memang sangat hepi berkongsi kebaikan dengan ramai orang.



Apa lah sangat yang saya boleh tolong.Melainkan sama2  berkongsi dan menyebarkan kebaikan

Untuk anda yang masih tercari-cari sesuatu yang terbaik untuk ayah bonda cepat- cepat hubungi tini ok.


KARTINI BINTI JUSOH
014-2907448

Tips Sentiasa Sihat Dengan Qaseh Gold

Alhamdulillah, cuti sekolah pun dah bermula hari ni.Seronok rasanya boleh melepak kat rumah.melepak? sebenarnya ke hulu ke hilir juga untuk siapkan kerja-kerja rumah.Tapi yang pasti tini dah telan qaseh adinda tiga sudu pagi ni.Rupanya kerja kat rumah lagi memenatkan dari kerja kat sekolah.memang salute surirumah-surirumah dunia ni.Inilah tips saya untuk sihat dengan Qaseh Gold. Qaseh Adinda adalah pilihan saya untuk memulakan hari-hari saya.
Bagi tini, Adinda memang sangat membantu mencergaskan badan dan menghilangkan keletihan. Maklum lah tugas harian surirumah ku bermula hari ni.


Anakanda saya baru tidur.Selepas saya bagi dua sudu teh qaseh junior, dia bersarapan dengan bihun goreng yang tini masak.berselera makan bihun goreng.Kalau tini goreng kueyteow dia akan muntahkan balik.mungkin xsedap kut bagi dia..hihi.Tapi alhamdulillah,setakat ni memang bab makan takde masalah. Ada kawan bagitau anak dia kurang selera makan.Tapi sejak amalkan Qaseh Junior, selera makan anaknya bertambah.Tini pulak tak tau la ngan Azra ni.tapi setiap kali kita bagi makanan tak pernah lagi tolak. Atau mungkin dia berselera makan sebab sejak dari kecik lagi dah amal Qaseh Junior ni.Azra ni kalau dah dapat Junior memang akan menjilat-jilat sampai licin la sudunya.


Suami saya pula pernah alami kemalangan dulu. So memang selalu ada masalah dengan belakangnya. Tak boleh buat kerja berat sangat takut sakit belakang datang lagi. Dulu saya pernah bagi suami amalkan Qaseh Kekanda, tetapi sejak Qaseh Premier berada di pasaran, saya memang paksa suami ambil Qaseh Premier. Alhamdulillah, suami saya kata dia makin cergas. Syukur sangat,
Mungkin kami sekeluarga memang serasi dengan Qaseh Gold. Lagipun Qaseh Gold memang makanan tambahan terbaik berasaskan pelbagai makanan sunnah.

NAK TAHU KENAPA SAYA PILIH MAKANAN SUNNAH?

1. Qaseh Gold telah menjalani ujian dan kajian terperinci dan memang sudah terbukti bahawa makanan sunnah sendiri adalah makanan yang mengandungi antioksidan yang tinggi dan mengandungikhasiat yang sangat banyak.

2. Makanan sunnah juga sudah termaktub dalam Al-Quran sebagai makanan yang baik

3. Lagipun makanan sunnah ni adalah makanan amalan Nabi dan para sahabat.


Bagi anda yang ingin mencuba Qaseh Gold untuk seisi keluarga atau untuk diri sendiri, jangan segan utnuk menghubungi tini seperti di bawah.

KARTINI BINTI JUSOH
014-2907448
FB: Tini Kartini

Khamis, 17 September 2015

Rahsia Pikat Suami Dengan Gojes

Assalamualaikum dan selamat pagi.
Tak sempat malam tadi nak berblog. Menidurkan si anak yang tak nak tidur.Last-last maknya pulak tertidur. Hehe. Pagi tadi, sembang-sembang dengan kawan pasal wajah berseri-seri. Warna muka pinky-pinky cantik la kan?Nampak segar. Muka cantik dan berseri selalu adalah rahsia pikat suami kita.Jom, saya share sikit apa produk yang boleh buat muka kita pinky2-pinky sokmo and selalu dan semestinya boleh jadi rahsia hebat untuk pikat suami.

Bulan September ni, tambah-tambah lak gaji tadi kan, banyak la saya dapat wasap dari kengkawan yang bertanyakan hal Gojes, Si Pinky yang memikat. Yang penting Si Gojes ni adalah rahsia pikat suami kita.So, apa penerangan saya? Gojes dihasilkan dengan matlamat supaya kita bercantik-cantik secara halal untuk yang halal sahaja. Menarik kan?
Usahakan konsisten dengan Gojes ni.Sebab dalam Gojes ni ramuannya memang sangat berkhasiat. Meh, kita selidik satu daripada ramuan istimewanya iaitu bunga sakura. Seperti yang kita tahu bunga sakura ni bunga yang glamer kat Jepun.Tau ke bunga sakura?



Ni contoh bunga sakura. Warnanya cantik kan? Bung Sakura sangat unik kerana hidup dalam tempoh 1-2 minggu sahaja untuk setahun. Jom kita bandingkan sikit ngan kotak Gojes.



APA KELEBIHAN BUNGA SAKURA DALAM GOJES?

1. mengecilkan pori
2. menyerlahkan warna pink pada wajah
3. memperbaiki tekstur kulit
4. menyokong kelembapan kulit
5. sesuai untuk mereka yang mengalami masalah kulit

ADAKAH ANDA TAHU? 
1.Bunga sakura digunakan sebagai simbolik kepada kecantikan bagi wanita Jepun. 
2.Bunga sakura sangat kaya dengan kandungan bahan antioksidan dan anti radang yang dapat merawat masalah kulit.
3. Mengandungi minyak jojoba yang dapat menghilangkan sel kulit mati sehinggan menghasilkan wajah yang cerah dan putih
4. Bunga sakura juga dapat melembapkan kulit, menghasilkan sel baru pada kulit dan mengatasi kulit kusa

Sekarang kita dah tahu betapa tingginya khasiat bunga sakura dalam Gojes ni sehingga mampu memberikan wajah yang cantik dan berseri. Bukankah wajah berseri dan cantik adalah rahsia untuk pikat suami? 

Selain daripada kecantikan wajah untuk rahsia pikat suami, jangan lupa bahawa hati suami adalah milik Allah. Dekatkan diri kita kepada Allah dengan amalan-amalan terbaik kita kerana Allah pastinya tidak akan pernah meninggalkan kita sendirian.

Saat hati kita kuat dan yakin pada Allah, seri dan Nur sebenar akan terpancar ke wajah kita. Inilah rahsia terhebat untuk kita pikat suami. Bukankah sudah janji Allah, selagi mana kita menjaga urusan Allah, maka selagi itu Allah akan menjaga urusan kita. 

Jadi, jangan terlalu fokus pada kecantikan wajah sahaja untuk pikat suami tapi ikatlah hati kita kepada Allah. InsyaAllah hati yang terikat pada Allah adalah hati yang sentiasa tenang sehingga Nur sebenar terpancar pada seri wajah kita. Dan saya sangat yakin Nur inilah adalah pengikat hati suami kepada kita.

Jika anda yang ingin mencuba Qaseh Gojes, jangan segan utnuk menghubungi tini seperti di bawah. Penghantaran percuma akan dilakukan di Jerantut. Dan sedikit cas penghantaran untuk anda yang berada di Jengka dan Kuala Krau. 

#QASEH UNTUK CANTIK#

KARTINI BINTI JUSOH
014-2907448
FB: Tini Kartini


Rabu, 16 September 2015

Langkah Keselamatan Semasa Jerebu

Assalamualaikum semua. Beberapa hari ni memang sibuk kat sana sini tentang jerebu kan?Bacaan IPU di Jerantut sehingga semalam ialah 150 lebih dah. Memang agak tinggi tetapi rupa-rupanya Selangor, Kuala Lumpur dan Melaka Indeks Bacaan pencemaran udaranya lebih tinggi. Bila dah berjerebu teruk ni, nak drive ke sekolah pun terasa penat je mata ni.Ye la, terlalu fokus ke depan sebab kat depan sangat terhad penglihatan kita. Merisaukan juga sebenarnya. Perjalanan tini ke sekolah dari bandar Jerantut ke kawasan felda tak lah semudah disangka. Dengan jalan seperti ular kena palu, ditambah pula dengan lembu-lembu yang berkeliaran di sesetengah kawasan,agak merisaukan juga tini bila memandu ke sekolah dalam jerebu ni.

Bila dah berjerebu sangat ni, saya mula studi banyak tentang jerebu. Dan malam ni saya nak sharekan sedikit info yang saya ada. InsyaAllah, semoga bermanfaat untuk semua.



APA ITU JEREBU?
Jerebu ialah partikel halus yang memang kita tak dapat lihat dengan mata kasar kita tetapi ia wujud dan terapung di udara. Yang tak nampak di mata ni sebenarnya lagi bahaya kan, sebab kita tak boleh nak elak. Contohnya, kalau kita tengah berjalan, tiba-tiba kita nampak duri kat tengah jalan, apa kita buat?kalau tini, mesti akan mengelak dari duri tu. Tapi jerebu ni partikel halus yang kita tak nampak kan. Macam mana kita nak mengelak?

LANGKAH KESELAMATAN SEMASA JEREBU

1. Jika anda perlu berada di luar rumah untuk aktiviti harian seperti bekerja, pastikan anda sentiasa memakai topeng muka atau mask. Jika anda penunggang motorsikal, risiko anda lebih tinggi kerana bukan sahaja terdedah kepada jerebu tetapi juga kepada pencemaran udara lain seperti asap kenderaan lain.

2. Lebihkan aktiviti dalam bangunan atau dalam rumah sahaja. Ini adalah langkah paling strategik kerana pendedahan kepada persekitaran luar yang tak sihat akan menambah risiko terdedahnya kita kepada bahaya jerebu.

3. Sentiasa membasuh muka dan bahagian badan yang terdedah kepada jerebu. Tapi yang paling penting memang kena jaga bahagian muka kan. Sebab kalau dah disedut masuk ke hidung, habis lah kita kan

4. Minum air kosong dengan banyak.Melebihi 8 gelas sehari.

5. Amalkan suplement sebagai tambahan nutrien yang boleh menambah sistem imun kita. Pilihan tini semestinya Qaseh Adinda dan Sole.

Untuk anda yang sangat menjaga kesihatan dan ingin mengambil langkah pencegahan, jangan bertangguh untuk menghubungi tini seperti di bawah. Konsultasi percuma untuk semua pelanggan tini.

KARTINI BINTI JUSOH
013-9924660



BILA SI JUNIOR MAKIN MEMBESAR

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia semua. Alhamdulillah, sempat lagi saya menyelit waktu ini. Teruja dengan kerenah si Dia yang macam-macam ragam sekarang ni.

Agaknya penat asyik main je, Azra tertidur di lengan abahnya hari ni. Bermula jam 7.30 pagi tadi sehingga jam 11 asyik main je tak henti-henti. Ada je 'kerja' yang dia nak buat. Sama ada nak kutip baju dia yg dah siap dilipat dari bakulnya. memanjat katil.menyelerakkan mainannya dan macam-macam kerja lagi yang dia buat. Alhamdulillah, walaupun penat melayan kerenah Azra, tapi saya tahu dia sihat sebab tu dia aktif. 

Rasanya baru je saat melahirkan Azra, masih teringat lagi saat bersengkang mata malam-malam untuk menyusukan Azra. Sekarang ni terasa dia sangat cepat membesar. Kecil-kecil dulu bila dah disahkan ada jantung berlubang, hati ibu ni terasa sayu yang amat sangat. Doktor pun dah pesan untuk jaga Azra baik-baik. Seboleh mungkin elakkan dari demam sebab risau dia semput atau terkena jangkitan pada paru-paru. Tapi demam ni lumrah untuk anak-anak yang sedang membesar kan. Seawal enam bulan lebih saya dah amalkan qaseh junior untuk Azra, semata-mata untuk kesihatan Azra. dan memang saya perasan dia dah sangat jarang demam. Kalau demam pun memang cepat kebah. 

Alhamdulillah, walaupun orang kata Qaseh Junior elok untuk anak-anak usia setahun tapi saya dah mula berikan pada Azra seusia 6 bulan lebih lagi. Alhamdulillah, serasi Azra dengan Qaseh Junior ni. Selain demam pun dah berkurang, saya perasan juga kalau selesema datang pun hingusnya cepat kering. Agaknya Junior ni memang serasi dengan Azra.





Bila dah lama consume Qaseh Junior ni, Azra pun dah rasa seronok. Yang paling best dia bole je jilat sudu tu sampai licin. Selain daripada Qaseh Junior, saya juga sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Azra. Harapan saya semoga Azra membesar dengan sihat dan jantung berlubangnya akan mengecil tanpa perlunya pembedahan. Tolong doakan ye kawan-kawan.

Oh ye, bagi anda yang berada di sekitar Jerantut, Kuala Krau dan Jengka boleh hubungi saya untuk penghantaran Qaseh Junior. Bagi anda yang berada di luar kawasan yang saya sebutkan, jangan risau kerana pengeposan akan saya lakukan setiap hari.

Jangan teragak-agak hubungi tini ye.


KARTINI BINTI JUSOH
013-9924660
FB: Tini Kartini


Selasa, 15 September 2015

salam satu malaysia

assalamualaikum dan selamat menyambut hari malaysia.

Hari ni hari cuti yang dinanti.best juga bila tengah-tengah minggu kita dapat bercuti.Boleh la merehatkan otak dari tugasan sekolah.Semalam dah balik lewat petang.buat tuisyen untuk anak2 pelajar tingkatan empat.Tahun ni asyik cuti je, silabus pun tak sempat nak dihabiskan.huhu

So, apa yang anda buat hari ni?saya ni dari pagi lagi dah di dapur.Masak nasi goreng je pagi.Lepas tu kemaskan dapur pula.Sarapan kul 8.00 dah readi.Tapi kul 10 tadi, suami saya dah minta makanan lagi.Katanya lapar.Hadoi, kesian pula kan.So, saya menggoreng keropok ikan dan sedikit keropok beras bekalan dari kampung hari tu.

Anakanda saya pun bukan main juga.Asyik makan juga.haha.Tak pe la, bukan selalu saya boleh berada lama dalam ruangan kegemaran saya, iaitu dapur.

Lepas makan keropok, suami bagitahu dia lupa teguk qaseh premier awal pagi tadi.So, boleh aje dia ambil premier dan teguk kat depan peti ais tu.Yang peliknya bukan bersungguh lagi dia teguk sampai ditekan- tekan botol tu sambil meneguk. Bila saya tanya kenapa, katanya premier dia dah habis.Erm..patutla...



Alhamdulillah, dah habis premier tu.Yang penting khasiat premier tu dapat diserap sepenuhnya oleh badan.Oh ye, suami saya ni pakai spek.Rabun orangnya.sebab tu saya bagi Premier.Qaseh Premier boleh bantu atasi masalah rabun tau.InsyaAllah boleh beransur sembuh.

Kalau hari biasa, selalu juga suami saya merungut sakit badan.Saya ni tengah2 malam pun pernah panaskan tungku untuk suami bertungku.Tapi alhamdulillah, sejak amalkan qaseh premier ni dah jarang dia mengadu sakit.Serasi agaknya badan suami saya dengan premier.



Gambar kat atas tu adalah kandungan dan ramuan istimewa qaseh premier.yang penting qaseh premier sarat dengan pelbagai makanan sunnah dan dijamin halal.

Nak dapatkan khasiat terbaik premier? Boleh hubungi tini seperti di bawah.Penghantaran boleh dilakukan sekitar Jerantut, Jengka dan Kuala Krau.

KARTINI BINTI JUSOH
013-9924660
fb- Tini Kartini

Isnin, 14 September 2015

Pecutan Akhir PT3

Hari ni dah dah masuk fasa akhir bagi pelajar tingkatan tiga sebelum menduduki peperiksaan PT3. Kita sebagai cikgu ni pun terasa debarannya. Sekarang fokus kita hanya kepada latih tubi dan menjawab pelbagai soalan. Pelaksanaan PT3 bagi tahun kedua ni sebenarnya buat kepala tini kabur lagi. Banyak yang nak kita sebagai guru pun studi dan membiasakan pelajar dengan bentuk soalan baru. Penekanan soalan berasaskan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi atau KBAT ni masih lagi samar-samar bagi pelajar tini.

Sebab tu lah tini rasa kita sebagai cikgu ni pulak terasa lebih debarannya berbanding pelajar sendiri. Setakat ni kalau pelajar kelas tini ni semua nampak relax dan steadi jerk. Kelas tuisyen pun masih sanggup lagi ponteng. Kadang-kadang dah puas fikir kita sebagai cikgu ni macam mana lagi nak guide dan didik supaya kesedaran nak periksa tu cepat-cepat timbul. BAyangkan peperiksaan tak sampai 40 hari lagi. Ditolak cuti dan rehat ada la baki lagi beberapa belas hari. Tak tahu lah sempat pecut ke tidak anak-anak pelajar saya ni.

Semalam masa tengah ulangkaji bab pengukuran panjang, ada satu soalan tu tanyakan fungsi benang dan pembaris. Masih ada yang tak tahu bahawa benang dan pembaris digunakan untuk mengukur garisan berlengkung seperti sungai dalam peta. Aish.. mengeluh panjang saya ni sebagai cikgu mereka. Ermm.. kalau bab ukuran panjang pun dah tak tahu nak jawab, tini rasa terpaksa polish lebih kuat kepala diaorang ni. Adoi.. Ya Allah, semoga saya diberi kekuatan untuk mendidik dengan sabar.

Mungkin bagi sesetengah orang, kerja cikgu ni tak susah pun. Setakat masuk kelas dan mengajar. Tapi mereka lupa yang kami berdepan bukan dengan seorang pelajar tetapi berpuluh-puluh pelajar dengan ragam yang sangat berbeza setiap seorang. Kalau nak ikutkan hati rasa nak pelempang je kan.Haha. Hanya cikgu yang memahami cikgu.

Untuk mak-mak dan ayah yang kat luar sana, Anda mungkin berdepan dengan 4 atau 5 orang anak sahaja. Tetapi kami berdepan dengan berpuluh kepala dengan cara dan pemikiran yang berbeza. Kalau anda sebagai ibu bapa yang bijaksana pemerhatian dan pengawasan yang lebih untuk anak yang akan menduduki exam  PT3 terutamanya dari segi masa belajar, pergaulan dan cara mereka menghabiskan masa lapang akan dapat meringankan bebanan guru untuk membimbing pelajar di sekolah.

Kecemerlangan bukan datang bergolek tetapi memerlukan usaha keras daripada pelajar dan kerjasama erat antara guru dan ibu bapa. Semoga semua pelajar PT3 akan berjaya menghadapi peperiksaan PT3 dengan lancar.


SALAM KECEMERLANGAN DARI SAYA


KARTINI BINTI JUSOH
013 9924660






Rahsia Wajah Cantik hanya dengan Sapuan Ringan

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. 

Bercerita tentang wajah yang cantik, saya yakin semua orang memang ingin kelihatan cantik. Tapi yakin lah setiap kita memiliki kecantikan tersendiri. Cantik itu kan subjektif. Jika bukan kerana kita ini cantik dan indah, mustahil begitu mudah ibu dan ayah begitu menjaga dan menyayangi kita. Jadi kena ingat, cantik itu subjektif. Yang penting bagaimana kita nak menyerlahkan kecantikan kita mengikut batas syarak dan menggunakan produk yang halalan toyyiban lagi suci. So, jom kita bongkar satu rahsia wajah cantik hanya dengan sapuan ringan sahaja.

Syarikat Ana Edar memahami kehendak umat Islam yang mencari produk kosmetik halal dan suci yang begitu mesra pengguna yang mana boleh dibawa dalam solat. Bahkan, produk yang dihasilkan adalah produk bumiputera dan berasaskan ramuan terpilih yang sudah menjalani kajian dan penyelidikan. Jadi, untuk anda yang ingin wajah cantik hanya dengan sapuan ringan, tini perkenalkan bedak kompek halal dari Syarikat Ana Edar.

BEDAK KOMPEK 

Bedak kompek ini terdiri dari satu warna sahaja yang dapat dipadankan dengan semua tona kulit. Bedaknya sangat halus, tidak bertompok dan dapat mengawal minyak pada wajah yang berlebihan.
Oh ye, span bedak ni terletak kat bahagian belakang. Senang dibawa ke mana-mana sebab slim je bentuk bekasnya. Kemudian memang bedaknya sangat best.

Masa tini guna kali pertama dulu risau jugak sebab warna kulit tini ni agak gelap, risau kalau nampak bercapuk kan. Alhamdulillah, rupanya sangat selesa bila kita dah pakai dan sangat senang diratakan ke muka dan yang paling best muka rasa ringan je.Tak de la kita beria je tempek bedak ni tebal-tebal kat muka. memang sangat best.

RAMUAN BEDAK KOMPEKA

1. Ekstrak manggis
2. Gamat
3. Vitamin E
4. Minyak Zaitun

Khasiat Manggis
Manggis mempunyai sifat antibakteria di mana ia dapat merawat masalah kulit atau inflamasi yang berlaku pada kulit seperti jerawat, noda hitam, kulit berminyak dan kulit kering. Bahkan isinya juga santa kaya dengan vitamin C

Khasiat Gamat
Kaya dengan protein (asid amino), vitamin dan mineral.Ia terdiri daripada lebih 50 jenis nutrien yang dapat memberikan efek positif kepada kulit seperti mengurangkan alahan, memudarkan parut serta merawat sel atau tisu rosak

Khasiat Minyak Zaitun
Sangat tinggi vitamin E di mana vitamin E sangat baik untuk kulit wajah yang cantik. Penggunaan minyak zaitun mampu melindungi kulit daripada rosak akibat pancaran cahaya matahari. Minyak zaitun juga mampu mengatasi masalah kulit berminyak pada wajah.


Yang pasti, bedak kompek ini adalah HALAL dan suci.

KEBAIKAN BEDAK KOMPEK

1. menjadikan wajah cantik dengan sapuan ringan
2. Wajah tidak bertompok atau bercapuk
3. Mengawal minyak berlebihan pada wajah
4. Sangat ringan dan bebas pada wajah
5. Memudarkan parut
5. Mencegah jerawat
6. Menutup cela pada wajah

Dengan harga RM 35 sahaja tini yakin bedak ini mampu milik dan saya yakin anda akan berpuas hati dengan hanya sekali sapuan sahaja.

Untuk mendapatkan bedak kompek, boleh berhubung dengan saya seperti di bawah.


KARTINI BINTI JUSOH
013-9924660
FB: Tini Kartini


Ahad, 13 September 2015

Rahsia Makanan Lambat Basi Dibongkar

Assalamualaikum semua.
Pagi ni saya nak cuci periuk nasi, tapi tau tak saya punya periuk dah dipenuhi encik-encik semut pulak. Nasi masih elok dan tak basi pun. Sayang pulak dah kena buang nasi ni sebab encik-encik semut yang dah breakfast dulu dari kami.Hihi.Takpe la tu dah kira rezeki semut-semut je la.

Sebut tentang makanan yang tak basi ni, tini nak share satu lagi produk Ana Edar yang dipanggil garam masakan Kristal Mineral. Sebenarnya Garam ni kita boleh gunakan dalam setiap masakan kita sebagai pengganti garam yang biasa kita guna kat dapur tu. 

Garam masakan Kristal Mineral ni diperolehi daripada lapisan paling dalam bukit. Berbentuk kristal yang sangat cerah dan tidak mengalami sebarang proses kimia di kilang. Ia nya adalah 100% semulajadi. Garamnya juga keras dan tidak melekit kerana sepanjang penghasilannya tiada anti caking atau drying agent yang digunakan. Semuanya diperolehi secara semulajadi.



KEISTIMEWAAN GARAM MASAKAN KRISTAL MINERAL

1. Kandungan Garam masakan ialah garam tulen berbanding garam laut dan garam bukit. 
2. Menagndungi 84 mineral semulajadi yang membantu melengkapkan keperluan mineral dalam badan sekaligus mengekalkan kesihatan tubuh
3. Tiada bahan kimia ditambah ke dalam garam masakan ni
4. Tidak menjejaskan pesakit darah tinggi 
5. Mineral yang lebih diserap oleh badan
6. Makanan menjadi lambat basi


KEBAIKAN GARAM MASAKAN KRISTAL MINERAL
1. Meningkatkan kadar metabolisme badan
2. Menyelesaikan masalah gumpalan lemak dan kolesterol
3. Membuang toksin dan asid urik dalam badan
4. Menyerap gas-gas dalam perut dan usus
5. menambah kandungan oksigen dan melemahkan virus kanser
6. Melancarkan sistem saraf dan memperbaiki sistem penghantaran maklumat yang menjadi isyarat ke otak
7. Tidak mendatangkan kesan negatif kepada pesakit darah tinggi

APA BEZA GARAM MASAKAN KRISTAL QASEH DENGAN GARAM MASAKAN BIASA?

Garam masakan biasa contohnya garam bukit Himalaya diperolehi daripada permukaan bukit dan diproses sebelum dipasarkan.

Manakala garam masakan Kristal Qaseh adalah garam yang diperolehi secara semulajadi tanpa sebarang pengubahsuaian dan semulajadi. Bahkan garam kita juag dijamin HALAL dan yang paling istimewa makanan akan LAMBAT BASI.

Dengan pelbagai keistimewaan yang ada pada garam masakan ni, saya yakin harga garam ni RM 15 bukanlah nilai yang tinggi jika dibandingkan dengan nilai kesihatan yang akan kita nikmati. Bukankah nikmat kesihatan itu adalah nikmat yang sangat hebat?


KARTINI BINTI JUSOH
013 9924660
Fb- Tini Kartini



Sabtu, 12 September 2015

Krim Muka Yang Sangat Mudah Diratakan dan Jadikan Tona Wajah Anda Sekata

Saya merupakan seorang yang sangat cerewet dengan krim memandangkan wajah saya jenis yang berminyak dan mempunyai parut. Parut lama yang kian pudar sejak penggunaan Sabun Eksotika Wajah menjadikan saya sangat memilih krim untuk alas muka saya. Jika tersalah pilih krim, krim boleh tertinggal pada dalam parut dan ini boleh matikan mood saya tau.Hihi. 

Kali pertama saya order krim BB Treatment plus Collagen ni ialah minggu lepas. So, Hari Rabu minggu lepas saya mula oleskan buat kali pertama ke wajah saya. Allahu..Alhamdulillah, saya sangat suka. Nampak sangat kering bila kali pertama saya buka penutup krim ni. Tapi bila saya oleskan ke wajah, ia sangat mudah diratakan. Alhamdulillah. Pada bahagian berparut tu, saya cuma ratakan dengan lembut tetapi memang krim tak melekat kat ruangan 'dalam' parut saya. Saya sangat excited!!!







Krim BB treatment plus collagen ni adalah krim alas atau kita panggil foundation berfungsi untuk menutup cela pada wajah, memutih dan menegangkan kulit wajah. Yang bestnya, penggunaan BB cream secara konsisten membantu anda mengalami kulit cerah tanpa pengelupasan serta mampu menyerap minyak berlebihan pada wajah yang menjadikan  kulit berminyak anda sangat selesa dengannya. Bahkan krim ini juga mampu melindungi kulit wajah anda dari sinaran UV cahaya matahari dengan kandungan SPF 30.

KANDUNGAN BB TREATMENT PLUS COLLAGEN

1. Ekstrak Gamat
2. Minyak Kelapa Dara
3. Propolis
4. Minyak Jojoba
5. Kolagen
6. Minyak Zaitun
7. Vitamin E
8. Vitamin C dan
9. Vitamin B5

KRIM BB TREATMENT PLUS COLLAGEN JUGA DIJAMIN HALAL. Dan anda boleh gunakan tanpa was-was.

KELEBIHAN KANDUNGAN BAHAN DALAM KRIM INI

1. Gamat
merupakan haiwan laut yang mempunyai unsur seperti kolagen. Gamat membantu memberikan nutrisi tambahan pada kulit. Kolagen sangat membantu dalam menganjalkan kulit wajah agar sentiasa kelihatan muda 

2. Minyak Kelapa Dara
Mengatasi pelbagai masalah kulit termasuk masalah jerawat, jeragat, parut dan memberikan kesegaran pada kulit wajah

3. Minyak Zaitun
Minyak Zaitun sangat kaya dengan vitamin E iaitu vitamin yang sangat penting untuk kulit. Bertindak untuk mengtasi masalah jerawat serta merawat kulit dari pelbagai masalah kulit dan mampu menghaluskan lagi kulit anda.

4. Propolis
Dihasilkan dari resin yang dikumpulkan oleh lebah pekerja. Propilis juga bertindak sebagai antibiotik asli atau semulajadi. Penggunaan propolis yang konsiisten mampu merawat serta mengatasi pelbagai masalah kulit wajah manusia.

Kesimpulannya, Krim BB treatment plus collagen merupakan krim alas yang terbaik untuk kulit wajah anda. Kandungannya yang merangkumi semua bahan terbaik untuk kulit akan memberikan efek terbaik pada wajah anda. Untuk mendapatkan tona wajah sekata, anda tidak perlu teragak-agak utnuk menggunakan BB tretament mulai sekarang. 
Untuk mendapatkan krim ini, boleh hubungi tini seperti di bawah.

KARTINI BINTI JUSOH
013-9924660(SMS/WHATSAPP)
https://www.facebook.com/tini.kartini.140

Rindu Qoqo Minuman bercoklat yang sihat tanpa gula

Assalamualaikum. 

Sejak timbul isu memboikot Milo yang dikatakan membantu Israel, memang tini tercari-cari minuman bercoklat lain sebagai alternatif. Alhamdulillah, sejak mengamalkan Qaseh Gold dengan konsisten tini mula berjinak-jinak dengan minuman bercoklat yang sihat tanpa gula iaitu Rindu Qoqo.


KANDUNGAN RINDU QOQO

1. Koko Asli
2. Stevia (pemanis semulajadi)
3. Kurma
4. Krimer


KEISTIMEWAAN RINDU QOQO

1. Tanpa perisa tiruan
2. Tanpa Pengawet
3. Tanpa Aroma Tiruan
3. Tanpa Gula

CARA PENYEDIAAN

1. Masukkan 4 scoop RIndu Qoqo ke dalam cawan
2. Tambhakan 150ml air panas
3. Kacau sebati

BOLEH DIMINUM PANAS ATAU SEJUK






Ni ialah serbuk Rindu Qoqo yang belum dibancuh. Memang dah tersedia dalam botol ni scoop putih.
Tini pun biasa minum Rindu Qoqo ni panas kalau buat waktu pagi. Tapi kalau teringin nak minum petang-petang hari biasa lagi sedap kita tambah ais la kan..

Menarik kan nampak koko tu..hihi.memang sedap.

SIAPA YANG BOLEH AMALKAN RINDU QOQO

1. kanak-kanak yang suka sangat minum milo
2. Ibu hamil sebab boleh bekalkan tenaga dan tiada gula
3. Ibu Menyusu sebab ada ibu hamil yang amal Rindu Qoqo ni bagitau susu badan banyak sikit pas minum Rindu Qoqo
4. Pesakit Diabetis- sebab kita tiada gula hanya stevia je sebagai pemanis

MACAM MANA NAK DAPATKAN RINDU QOQO?
Untuk anda yang berada di sekitar Jerantut, Jengka dan Kuala Krau, penghantaran boleh dilakukan dengan sedikit tambahan cas penghantaran.
Manakala bagi anda yang berada di luar kawasan yang tini sebutkan tadi, pengeposan boleh saya lakukan mengikut kawasan anda. InsyaAllah Rindu Qoqo adalah minuman bercoklat tebaik untuk seisi keluarga



KARTINI BINTI JUSOH
013-9924660(CALL/SMS/WHATSAPP/
https://www.facebook.com/tini.kartini.140


Anda suka Kopi? Minuman melancarkan perjalanan darah

Assalamualaikum semua. Malam ni tini stay up jap sebab dah lama sangat tak berblog kan. Malam ni sambil menulis blog dan blog walking tini menikmati kesedapan kopi "Rindu Cafe" keluaran Syarikat Ana Edar ni. Memang sangat sedap. Jom kita share sikit minuman kopi ni serta manfaat yang kita boleh dapat.




ANDA PEMINAT KOPI?
Jika anda seperti tini ynag suka minum kopi, anda kena cuba sendiri kopi Rindu Cafe ni. Bukan sahaja rasa kopi yang sedap tapi kerana khasiat dan manfaat yang anda boleh dapat dari kopi ni.
Satu kotak Rindu Cafe mengandungi 20 sachet dan setiap sachet mengandungi 25g Rindu cafe.

(sekotak Rindu Cafe = 20 x 25g)

RAMUAN RINDU CAFE





Ni ramuan original yang tertulis pada belakang sachet kopi ni.

1. Kopi Arab (Coffee Arabica)
2. Krimer
3. Koko
4. Ashwagandha
5. Madu

KOPI ARAB
 Merupakan sejenis kopi yang mengandungi kafein sekitar 0.8 - 1.4% sahaja.



2. Madu
Merupakan pilihan terbaik rakyat Malaysia dan terkenal dengan ketinggian khasiatnya. Kandungan fruktosa yang tinggi dalam madu menghasilkan rasa manis yang berbeza jika dibandingkan dengan manis gula. Sebab itu, Rindu Cafe lebih sedap kerana manis pada Rindu Cafe adalah dengan kehadiran madu.

3. Ashwagandha (Herba India)

Herba yang berasal dari India ini memang terkenal dalam perubatan kita. Ia berfungsi menguatkan sistem imun tubuh, memberikan tenaga dan mengurangkan keletihan serta secara tidak langsung turut memperbaiki dalam masalah seksual manusia.


CARA MENYEDEDIAKAN RINDU CAFE

1. satu sachet Rindu Cafe dituang k dalam cawan.
2. Tambah 150 ml air panas ke dalam cawan berisi Rindu Cafe 
3. Nikmati aroma yang sedap sebelum anda minum



KHASIAT DAN MANFAAT RINDU CAFE
1. Melancarkan perjalanan darah
2. Mengurangkan keletihan
3. Meningkatkan sistem imun badan
4. Mengurangkan stress
5. Membuang angin dalam badan

FAKTA NUTRISI RINDU CAFE

Bagi setiap sachet yang mengandungi 25 g Rindu Cafe

1. Tenaga  - 109 kCal
2. Protein - 0.93 g
3. Karbohidrat - 19.8 g
4. Lemak - 2.95g
5. Gula 14.1 g


Anda peminat kopi dan teringin untuk mencuba Rindu Cafe? Boleh dapatkan dengan tini segera dan saya yakin Rindu cafe adalah pilihan terbaik anda.

Untuk produk Qaseh Gold yang lain, bagi anda yang berada di sekitar Jerantut, Jengka dan Kuala Krau boleh hubungi tini untuk penghantaran ke tempat anda dengan sedikit cas penghantaran. Manakala anda yang berada di luar kawasan yang tini sebutkan, penghantaran boleh dilakukan melalui pos.
Hubungi tini untuk sebarang maklumat dan konsultasi anda.

KARTINI BINTI JUSOH
013-9924660 (sms/whatsapp)
https://www.facebook.com/tini.kartini.140