Selasa, 22 September 2015

TIPS SENTIASA CERGAS SEHINGGA MALAM

Assalamualaikum dan selamat tengah hari. Alhamdulillah, hari ni awal pulak saya siap memasak. Sambil menemankan Azra yang tidur, saya google sekejap dan terbaca kelebihan tidur sebelum Zohor. Selama ni memang tahu Rasulullah pun anjurkan kita untuk tidur sekejap sebelum masuknya Zohor.Tapi tak pernah pula nak meneliti dengan details kan. Jadi sementara ada ilmu sedikit di dada ni tini nak share la jugak di sini. Boleh la dijadikan bekal sebagai saham akhirat kan?InsyaAllah. Selain itu, tidur sekejap di siang hari adalah tips efektif untuk kekal cergas sehingga malam. Jom kita share apa yang tini dapat.

Tidur sekejap di siang hari sebelum tidur kita panggil sebagai Qailulah. 

QAILULAH-tidur sekejap sebelum Zohor.

MASA YANG BAIK UNTUK TIDUR/QAILULAH
Antara jam 12.00 tengah hari sehingga masuknya waktu Zohor.

BERAPA LAMA UNTUK QAILULAH?
Cukup jika kita tertidur selam 10-15 minit sahaja.

ANDA TAHU?
Dikatakan seminit tidur dalam tempoh ini kualitinya adalah bersamaan 45 minit waktu tidur kita pada waktu malam. Fantastic kan?




KELEBIHAN QAILULAH/TIDUR SEKEJAP

Kenapa tini kata tidur sekejap di siang hari adalah tips untuk sentiasa cergas sehingga malam. Kita study kelebihannya ye.

1. Jika kita bangun pagi seawal  5.30 pagi untuk bersedia memulakan hari kita, bermakna tempoh badan kita bekerja sehingga masa Qailulah ni adalah 7-8 jam, maka Qailulah membantu memberi kerehatan pada tubuh.

2. Selain itu, tidur di tengah hari juga membantu memberi kerehatan pada jantung manusia yang sentiasa bekerja kuat setiap hari. Oleh itu, amalan rehat dan tidur sekejap di tengah hari membantu mengelakkan masalah jantung.

3. Selain itu, jika anda ingin bangun Qiamullail dengan lebih mudah, tidur siang adalah satu cara yang paling senang yang dapat membantu kita bangun malam dengan mudah.

4. Jika kita sering mempunyai tugasan yang perlu disiapkan sehingga lewat petang, tidur sebentar di siang hari ini membantu kita untuk merehatkan otak dan badan dengan sangat berkesan. Hasilnya, perkembangan minda akan sangat baik bahkan memberi hasil yang baik selepas kita amalkan tidur sebentar ini.

Jika anda belum mencuba untuk amalkan tidur sekejap sebelum zohor ni.anda mesti cuba dulu.Sebenarnya memang buat kita rasa bertenaga sepanjang hari walaupun kita terlelap dalam 10 minit je.

Sebelum mengundur diri, tini tak nak lupa mengucapkan selamat hari raya aiduladha..semoga korban kita meningkatkan keimanan kita.

Yang nak kan produk Qaseh Gold, jangan tunggu lama-lama untuk menghubungi tini

KARTINI JUSOH
014-2907448
Qaseh Gold


Tiada ulasan:

Catat Ulasan