Sabtu, 12 September 2015

Krim Muka Yang Sangat Mudah Diratakan dan Jadikan Tona Wajah Anda Sekata

Saya merupakan seorang yang sangat cerewet dengan krim memandangkan wajah saya jenis yang berminyak dan mempunyai parut. Parut lama yang kian pudar sejak penggunaan Sabun Eksotika Wajah menjadikan saya sangat memilih krim untuk alas muka saya. Jika tersalah pilih krim, krim boleh tertinggal pada dalam parut dan ini boleh matikan mood saya tau.Hihi. 

Kali pertama saya order krim BB Treatment plus Collagen ni ialah minggu lepas. So, Hari Rabu minggu lepas saya mula oleskan buat kali pertama ke wajah saya. Allahu..Alhamdulillah, saya sangat suka. Nampak sangat kering bila kali pertama saya buka penutup krim ni. Tapi bila saya oleskan ke wajah, ia sangat mudah diratakan. Alhamdulillah. Pada bahagian berparut tu, saya cuma ratakan dengan lembut tetapi memang krim tak melekat kat ruangan 'dalam' parut saya. Saya sangat excited!!!







Krim BB treatment plus collagen ni adalah krim alas atau kita panggil foundation berfungsi untuk menutup cela pada wajah, memutih dan menegangkan kulit wajah. Yang bestnya, penggunaan BB cream secara konsisten membantu anda mengalami kulit cerah tanpa pengelupasan serta mampu menyerap minyak berlebihan pada wajah yang menjadikan  kulit berminyak anda sangat selesa dengannya. Bahkan krim ini juga mampu melindungi kulit wajah anda dari sinaran UV cahaya matahari dengan kandungan SPF 30.

KANDUNGAN BB TREATMENT PLUS COLLAGEN

1. Ekstrak Gamat
2. Minyak Kelapa Dara
3. Propolis
4. Minyak Jojoba
5. Kolagen
6. Minyak Zaitun
7. Vitamin E
8. Vitamin C dan
9. Vitamin B5

KRIM BB TREATMENT PLUS COLLAGEN JUGA DIJAMIN HALAL. Dan anda boleh gunakan tanpa was-was.

KELEBIHAN KANDUNGAN BAHAN DALAM KRIM INI

1. Gamat
merupakan haiwan laut yang mempunyai unsur seperti kolagen. Gamat membantu memberikan nutrisi tambahan pada kulit. Kolagen sangat membantu dalam menganjalkan kulit wajah agar sentiasa kelihatan muda 

2. Minyak Kelapa Dara
Mengatasi pelbagai masalah kulit termasuk masalah jerawat, jeragat, parut dan memberikan kesegaran pada kulit wajah

3. Minyak Zaitun
Minyak Zaitun sangat kaya dengan vitamin E iaitu vitamin yang sangat penting untuk kulit. Bertindak untuk mengtasi masalah jerawat serta merawat kulit dari pelbagai masalah kulit dan mampu menghaluskan lagi kulit anda.

4. Propolis
Dihasilkan dari resin yang dikumpulkan oleh lebah pekerja. Propilis juga bertindak sebagai antibiotik asli atau semulajadi. Penggunaan propolis yang konsiisten mampu merawat serta mengatasi pelbagai masalah kulit wajah manusia.

Kesimpulannya, Krim BB treatment plus collagen merupakan krim alas yang terbaik untuk kulit wajah anda. Kandungannya yang merangkumi semua bahan terbaik untuk kulit akan memberikan efek terbaik pada wajah anda. Untuk mendapatkan tona wajah sekata, anda tidak perlu teragak-agak utnuk menggunakan BB tretament mulai sekarang. 
Untuk mendapatkan krim ini, boleh hubungi tini seperti di bawah.

KARTINI BINTI JUSOH
013-9924660(SMS/WHATSAPP)
https://www.facebook.com/tini.kartini.140

Tiada ulasan:

Catat Ulasan