Lama tini bercuti dari dunia blog ni. Semoga Allah lancarkan penulisan saya hari ini tanpa tersekat. Hari ni tini nak sentuh sedikit tentang punca jeragat dan cara mengatasinya. Jeragat memang menjadi musuh utama kebanyakan wanita Asia memandangkan keadaan cuaca di Asia yang mampu mendorong pertumbuhan jeragat di muka. Jadi, jom kita kenali punca jeragat dan cara mengatasi jeragat.
APAKAH JERAGAT
Jeragat atau tompok-tompok hitam di muka atau wajah seseorang menjadikan wajah kita seolah-olah bercapuk atau tona kulit muka tidak sekata. Jeragat atau melasma adalah masalah kulit yang kerap timbul di kalangan wanita yang berusia 20-50 tahun.
Bagaimana jeragat berlaku? Mari kita kenali punca jeragat serta cara untuk mengatasinya.
PUNCA JERAGAT
1. Terdedah kepada cahaya matahari
Matahari kita mengandungi sinar Ultraviolet atau UV yang menjadi punca kepada pertumbuhan jeragat yang pesat. Jika anda adalah seorang yang terpaksa bekerja di bawah terik matahari, pertumbuhan jeragat akan menjadi lebih pantas. Memandangkan lapisan ozon yang makin menipis sejak akhir-akhir ini, tidak mustahil pancaran UV adalah lebih terdedah secara terus kepada mereka yang bekerja di bawah pancaran matahari.
2. Faktor Genetik
Selain daripada terdedah kepada cahaya matahari, sesetengah kes yang dirujuk, jeragat berlaku disebabkan oleh genetik keluarga. Bermakna jika sesebuah keluarga mempunyai ibu bapa yang berdepan masalah jeragat maka tidak mustahil generasi seterusnya juga akan menghadapi masalah jeragat.
3. Pengambilan ubat-ubatan
Bagi sesetengah wanita yang mengamalkan jenis ubatan tertentu seperti pil hormon atau pil perancang peratus untuk jeragat tumbuh juga adalah lebih tinggi.
4. Mengandung
Namun demikian, bagi ibu yang sedang hamil dan menghadapi masalah jeragat, adalah disaran agar tidak terlalu risau memandangkan jeragat yang berlaku boleh hilang selepas melahirkan bayi mereka.
5. Penggunaan Kosmetik
Sesetengah produk kosmetik yang terdiri daripada bahan kimia tertentu boleh memberikan kesan pemutihan pada wajah dan kemudian akan tumbuhnya jeragat dengan sangat banyak.
CARA MENAGATASI JERAGAT
1. Elakkan diri dari terdedah kepada cahaya matahari secara terus. Namun jika anda memang bekerja di bawah matahari, pastikan anda sudah memakai sunblock sebagai langkah mengurangkan infeksi akibat cahaya matahari
2. Pastikan anda memilih produk semulajadi untuk mengatasi masalah jeragat anda. Sama ada anda menggunakan krim sapuan atau produk yang memerlukan anda untuk minum atau bancuh, pastikan tidak mengandungi bahan kimia terlarang yang akan memberikan kesan pertumbuhan jeragat yang lebih banyak.
3. Sesetengah jeragat yang tebal memerlukan tempoh yang lama menggunakan kaedah fizikal seperti laser dan sebagainya bagi menghapuskan jeragat.
4. Penggunaan Qaseh Gojes secara konsisten juga mampu menghilangkan jeragat. Qaseh Gojes merupakan produk kecantikan yang berasaskan bahan semulajadi. Anda hanya perlu menuangkan satu sachet ke dalam mulut setiap malam sebelum tidur tanpa perlu dibancuh kerana Qaseh Gojes didatangkan dalam bentuk cecair.
Bagi anda yang menghadapai masalah jeragat yang serius dan berminat untuk mendapatkan Qaseh GOJES, boleh hubungi saya seperti di bawah.
Penghantaran percuma sekitar Jerantut, Kuala Krau dan Bandar Pusat Jengka.
Namun demikian, saya juga menggunakan khidmat penghantaran pos kepada anda yang berada di luar kawasan yang saya sebutkan tadi.
KARTINI BINTI JUSOH
Konsultan QASEH GOLD
014-2907448 (sms/call/wasap)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan