Rabu, 16 September 2015

BILA SI JUNIOR MAKIN MEMBESAR

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia semua. Alhamdulillah, sempat lagi saya menyelit waktu ini. Teruja dengan kerenah si Dia yang macam-macam ragam sekarang ni.

Agaknya penat asyik main je, Azra tertidur di lengan abahnya hari ni. Bermula jam 7.30 pagi tadi sehingga jam 11 asyik main je tak henti-henti. Ada je 'kerja' yang dia nak buat. Sama ada nak kutip baju dia yg dah siap dilipat dari bakulnya. memanjat katil.menyelerakkan mainannya dan macam-macam kerja lagi yang dia buat. Alhamdulillah, walaupun penat melayan kerenah Azra, tapi saya tahu dia sihat sebab tu dia aktif. 

Rasanya baru je saat melahirkan Azra, masih teringat lagi saat bersengkang mata malam-malam untuk menyusukan Azra. Sekarang ni terasa dia sangat cepat membesar. Kecil-kecil dulu bila dah disahkan ada jantung berlubang, hati ibu ni terasa sayu yang amat sangat. Doktor pun dah pesan untuk jaga Azra baik-baik. Seboleh mungkin elakkan dari demam sebab risau dia semput atau terkena jangkitan pada paru-paru. Tapi demam ni lumrah untuk anak-anak yang sedang membesar kan. Seawal enam bulan lebih saya dah amalkan qaseh junior untuk Azra, semata-mata untuk kesihatan Azra. dan memang saya perasan dia dah sangat jarang demam. Kalau demam pun memang cepat kebah. 

Alhamdulillah, walaupun orang kata Qaseh Junior elok untuk anak-anak usia setahun tapi saya dah mula berikan pada Azra seusia 6 bulan lebih lagi. Alhamdulillah, serasi Azra dengan Qaseh Junior ni. Selain demam pun dah berkurang, saya perasan juga kalau selesema datang pun hingusnya cepat kering. Agaknya Junior ni memang serasi dengan Azra.





Bila dah lama consume Qaseh Junior ni, Azra pun dah rasa seronok. Yang paling best dia bole je jilat sudu tu sampai licin. Selain daripada Qaseh Junior, saya juga sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Azra. Harapan saya semoga Azra membesar dengan sihat dan jantung berlubangnya akan mengecil tanpa perlunya pembedahan. Tolong doakan ye kawan-kawan.

Oh ye, bagi anda yang berada di sekitar Jerantut, Kuala Krau dan Jengka boleh hubungi saya untuk penghantaran Qaseh Junior. Bagi anda yang berada di luar kawasan yang saya sebutkan, jangan risau kerana pengeposan akan saya lakukan setiap hari.

Jangan teragak-agak hubungi tini ye.


KARTINI BINTI JUSOH
013-9924660
FB: Tini Kartini


Tiada ulasan:

Catat Ulasan