Isnin, 14 September 2015

Pecutan Akhir PT3

Hari ni dah dah masuk fasa akhir bagi pelajar tingkatan tiga sebelum menduduki peperiksaan PT3. Kita sebagai cikgu ni pun terasa debarannya. Sekarang fokus kita hanya kepada latih tubi dan menjawab pelbagai soalan. Pelaksanaan PT3 bagi tahun kedua ni sebenarnya buat kepala tini kabur lagi. Banyak yang nak kita sebagai guru pun studi dan membiasakan pelajar dengan bentuk soalan baru. Penekanan soalan berasaskan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi atau KBAT ni masih lagi samar-samar bagi pelajar tini.

Sebab tu lah tini rasa kita sebagai cikgu ni pulak terasa lebih debarannya berbanding pelajar sendiri. Setakat ni kalau pelajar kelas tini ni semua nampak relax dan steadi jerk. Kelas tuisyen pun masih sanggup lagi ponteng. Kadang-kadang dah puas fikir kita sebagai cikgu ni macam mana lagi nak guide dan didik supaya kesedaran nak periksa tu cepat-cepat timbul. BAyangkan peperiksaan tak sampai 40 hari lagi. Ditolak cuti dan rehat ada la baki lagi beberapa belas hari. Tak tahu lah sempat pecut ke tidak anak-anak pelajar saya ni.

Semalam masa tengah ulangkaji bab pengukuran panjang, ada satu soalan tu tanyakan fungsi benang dan pembaris. Masih ada yang tak tahu bahawa benang dan pembaris digunakan untuk mengukur garisan berlengkung seperti sungai dalam peta. Aish.. mengeluh panjang saya ni sebagai cikgu mereka. Ermm.. kalau bab ukuran panjang pun dah tak tahu nak jawab, tini rasa terpaksa polish lebih kuat kepala diaorang ni. Adoi.. Ya Allah, semoga saya diberi kekuatan untuk mendidik dengan sabar.

Mungkin bagi sesetengah orang, kerja cikgu ni tak susah pun. Setakat masuk kelas dan mengajar. Tapi mereka lupa yang kami berdepan bukan dengan seorang pelajar tetapi berpuluh-puluh pelajar dengan ragam yang sangat berbeza setiap seorang. Kalau nak ikutkan hati rasa nak pelempang je kan.Haha. Hanya cikgu yang memahami cikgu.

Untuk mak-mak dan ayah yang kat luar sana, Anda mungkin berdepan dengan 4 atau 5 orang anak sahaja. Tetapi kami berdepan dengan berpuluh kepala dengan cara dan pemikiran yang berbeza. Kalau anda sebagai ibu bapa yang bijaksana pemerhatian dan pengawasan yang lebih untuk anak yang akan menduduki exam  PT3 terutamanya dari segi masa belajar, pergaulan dan cara mereka menghabiskan masa lapang akan dapat meringankan bebanan guru untuk membimbing pelajar di sekolah.

Kecemerlangan bukan datang bergolek tetapi memerlukan usaha keras daripada pelajar dan kerjasama erat antara guru dan ibu bapa. Semoga semua pelajar PT3 akan berjaya menghadapi peperiksaan PT3 dengan lancar.


SALAM KECEMERLANGAN DARI SAYA


KARTINI BINTI JUSOH
013 9924660






1 ulasan: