Sabtu, 17 Oktober 2015

MENGHORMATI AZAN

Assalamualaikum semua.

Hari ni tini nak share satu topik yang mungkin dah sangat biasa kita dengar. Bangun pagi ni tini dapat satu mesej whatsapp untuk kempen menghormati azan. 

Tini yakin kita memang tahu bahawa azan ialah seruan dari Ilahi utnuk umat Islam bersegera menunaikan solat di awal waktu. Azan dilaungkan untuk memberitahu bahawa waktu solat telah masuk. Namun demikian, apa yang kita perhatikan sekarang generasi kita seolah-olah sudah terlupa dan ada yang tidak tahu bagaimana menghormati azan.

BAGAIMANA MENGHORMATI AZAN

1. Berdiam diri apabila azan dilaungkan. Ini adab yang pertama. Apabila azan kedengaran semua yang mendengar diam dan menghayati azan.

Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud :

"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."


Jika maksud azan dihayati dan diamalkan, tidak mustahil pun untuk kita umat Islam mencapai kejayaan.

2. Menghentikan semua aktiviti harian
Saat azan kedengaran di telinga, saat itu juga sepatutnya semua aktiviti harian kita dihentikan serta merta. Semua orang perlu bergegas dan bersegera menunaikan solat.

Tapi pernah tak kita selalu menggunakan perkataan ni, "Sikit lagi nak siap.Jap lagi la solat" Itu juga ayat saya selalunya, Hihi..
Jom kita ubah sekarang menjadi, "Dah masuk waktu, sambung jap lagi la.Semayang dulu".

3. Menjawab Azan
Tak tahu nak jawab azan? Ikut je apa yang dilaungkan muazzin kecuali bahagian seruan "hayya a'las  solah..dan falah."
Yang part tu kita jawab "La hau la walaa quwwata Illa billah"
Tak pe, tak tahu boleh belajar. Jangan jadi bodoh sombong untuk belajar tau.



4. Membaca doa selepas Azan
Selepas azan selesai diseru, baca lah doa selepas azan.Alaa, doa yang selalu kuar dalam tv tu. Mesti semua dah ingat kan. Hari-hari kuar tv tau.

Akhir sekali, sebagai peringatan untuk tini sendiri, solat adalah tiang agama. Solat lah yang menentukan kita berada dalam golongan yang berjaya atau dalam golongan yang gagal.

Jom, sama-sama pertingkat amalan kita untuk sentiasa jadi insan yang terbaik.Pilihan ada di tangan kita sendiri



KARTINI JUSOH
KONSULTAN QASEH GOLD
013 9924660

Tiada ulasan:

Catat Ulasan