Ahad, 18 Oktober 2015

TIPS KESELAMATAN SEMASA DI TAMAN PERMAINAN

Assalamualaikum semua.

Petang tadi kami suami isteri bawa Azra ke taman permainan I-city,Jerantut. Sebenarnya tini baru beberapa kali bawa Azra ke taman. Semenjak disahkan sebagai pesakit jantung berlubang, doktor ada nasihatkan kami supaya Azra tidak terlalu terdedah kepada orang ramai kerana dikhuatiri jangkitan kuman.Lagi pun Azra tak cukup kuat untuk melawan kuman tersebut. Tapi tini yakin dengan Qaseh Junior yang Azra amalkan akan dapat meningkatkan sistem imun Azra.

Rasanya Azra baru ke taman ni dalam 5 ke 6 kali. Tak lah ke taman setiap minggu. Tengok keadaan abah dia juga, sibuk atau tidak kan.
Tapi Azra ni memang sangat seronok bila tengok ramai orang. Kadang-kadang dia gelak kuat bila tengok gelagat kawan-kawan di taman yang sedang berkejar dan sebagainya.

Taman I-City adalah taman yang menjadi tempat beristirehat untuk seisi keluarga.Bahkan tini rasa taman ni memang glamer untuk mereka yang tinggal berhampiran dengan Jerantut.Bila dipakaikan kasut semasa di taman, Azra dah mula menggelepar nak turun.Bukan setakat berjalan bahkan ikut sama berlari dengan kumpulan kanak-kanak lain.

Azra ni tak lah excited sangat nak cuba permainan tapi lagi seronok ikut kawan-kawan berlari.Saya pun masih tak yakin sangat dengan kekuatan kaki dia untuk berlari. So memang tini akan ikut je ke mana dia nak pergi.

Bila melihat sekeliling seronok juga tau. Menyelami dunia kanak-kanak yang memang nak bebas dan sentiasa "NAK" aje tanpa memikirkan keselamatan mereka.
Jom kita lihat beberapa tips untuk keselamatan anak semasa di taman permainan.

1. Selalunya aspek pakaian la. Pastikan pakaian anak sesuai untuk ke taman permainan. Tini selalu pastikan sesuai tak pakaian Azra nak ke taman. Selalunya tini pakaikan seluar panjang. Nak lindungi bahagian lutut Azra supaya tak mudah terluka jika jatuh

2. Peka. Ibu bapa memang kena peka sama ada permainan yang akan dinaiki anak adalah selamat. Lalai boleh mengundang padah. Kalau permainan yang berbuju tajam tini sedayanya nak elak Azra dari bermain. 

3. Awasi anak-anak semasa mereka bermain.Mana tahu ada yang bertolak-tolak semasa berebut mainan dan sebagainya.

4. Peti First Aid yang kecil boleh sentiasa diletakkan dalam kereta.

5. Nasihat kan anak-anak yang membawa basikal supaya tidak ikut campur dengan kanak-kanak yang tiada basikal. Risau kan kalau terlanggar dan sebagainya,

6. Doakan anak sentiasa selamat dunia dan akhirat. Doa ibu bapa kan mustajab.

7.Alwiz beware dan berjaga-jaga sebab sekarang ni banyak sangat kes anak hilang kan..

So, tini belanja gambar yang kami sempat snap tadi. Seronok tengok anak gembira.



Ni gambar hari berbeza.Seronok main buih.


ok, tini rasa setakat ni dulu untuk malam ni.Jika dipanjangkan usia, tini akan dipertemukan lagi di ruangan ini..

Jom Sihat
SIHAT ITU JIHAD


KARTINI JUSOH
KONSULTAN QASEH GOLD
0139924660

Tiada ulasan:

Catat Ulasan