Rabu, 7 Oktober 2015

FAMILY DAY SMK SG RETANG

Assalamualaikum..

Sekolah tini sebenarnya baru je habis aktiviti family day di Kuantan. Haha..lucu bila sebut Kuantan sebab tini ni mana pernah lagi sampai sana sendiri.Dulu-dulu kalau g biasanya ikut famili sendiri.Kami suami isteri bertolak dari Jerantut kul 4.00 petang dan sampai ke Kuantan kul 6.30 petang. Lambat juga kan.Maklumla kami ni sama-sama berpening-pening kat bandar Kuantan mencari hotel yang sekolah tempah.

Ikut rancangan nak bertolak awal, tapi suami tak boleh nak tinggal kerja dia lebih awal. Terpaksa lah bertolak lewat sikit daripada orang lain. Kami bertolak melalui jalan Jengka kemudian terus ke Maran. Dari Maran tu baru kami naik highway. Ikutkan plan kami nak je guna jalan lama tu tapi bila asyik kena follow lori je malas pulak kan.Jadi kami ambil keputusan untuk masuk highway je bila dah sampai Maran. Jam 5.30 petang di Maran, kami rehat kejap untuk solat Asar di Masjid.

Dah sampai ke Kuantan, bermula la episod kami pening-pening cari tempat. Kebetulan google map kami tak berfungsi so telefon je la kawan-kawan untuk tanya.Walaupun location dalam google map tu menunjukkan jarak yang dekat je tapi tak jumpa. Haha. Rupanya google map kami di handset tengah ting tong. Nasib baik ada kawan yang call bagitau arah dengan lengkap dan tepat dari tempat kami berpusing-pusing tu. Terasa lucu juga bila sesat. 


Malam tu kami dinner bersama-sama di Restoran Horizontal Garden kemudian terus ke Megamall untuk main bowling bersama. Kul 12.30 malam baru acara selesai. Tergolek-golek si Azra tidur. Nasib baik Azra behave very well.

Esok paginya kami semua bertolak ke pantai Batu Hitam atau Pantai Balok untuk acara sukaneka. Jerebu masih mencatat bacaan yang agak tinggi. Ingatkan acara luar ni terpaksa dibatalkan. Nasib baik nampak juga cahaya mataharinya dan kami teruskan juga acara sukaneka. Banyak juga acara yang disusun dan sangat menyeronokkan. Tini pula bertindak sebagai pembantu urusetia sebab si Azra kecik ni ada. Jadi tak dapat la nak join games.
Seronok juga jadi urusetia ni asyik ketawa je dengan gelagat kawan-kawan.

Nanti kita layan gambar-gambar best sepanjang family day kami ye.
Alhamdulillah, acara kami berakhir jam 11.45 tengah hari selepas selesai acara penyampaian hadiah. Bukan lah nak sangat hadiah tu tapi yang penting rasa seronok bila berkumpul ramai-ramai dan main bersama-sama.









Tini rasa semua kawan sporting dan boleh tumpang gelak bersama.Tahniah untuk pihak pengurusan Family Day SMK Sg Retang. Memang best la semua.

Oh ye, yang nak order produk Qaseh Gold, boleh hubungi tini ye. Jangan segan nak dapatkan maklumat dan details dari kami.

SAYA AMAL, SAYA SHARE, SAYA JUAL

KARTINI BINTI JUSOH
KONSULTAN QASEH GOLD ANDA
0139924660

Tiada ulasan:

Catat Ulasan