Selasa, 13 Oktober 2015

Belajar Sains, matahari sebagai sumber tenaga utama

Assalamualaikum semua.

Hari ni tini rasa kepenatan yang sangat melampau. Balik rumah je terus cakap ngan suami badan rasa macam nak demam. Nak minum Qaseh Adinda stok dah habis sebab dah terbagi stok kat kawan yang nak sangat try untuk resdungnya. Jadi tini try juga Qaseh Premier tadi sebelum menulis ni. Harap-harap badan tini cukup kuat.

Hari ni tini cuma nak share keghairahan pelajar-pelajar tini semasa melakukan aktiviti sains di sekolah tadi. Memang muka mereka sangat excited untuk belajar sains dan melakukan aktiviti.Dari kelmarin lagi tini dah ingatkan pelajar untuk bawa kertas, daun kering atau kain buruk. Aktiviti yang tini buat tadi ialah untuk membuktikan bahawa matahari adalah sumber tenaga haba utama.




So, apa yang diperlukan hanya lah satu kanta pembesar dan bahan-bahan untuk dibakar sama ada kertas, daun kering atau kain buruk. Selepas tini adakan sedikit taklimat untuk menerangkan tentang matahari dan kegunaan haba kepada pelajar, baru lah pelajar memulakan aktiviti mereka.

Nanti kita layan beberapa gambar di mana pelajar-pelajar tini begitu bersungguh-sungguh nak menggunakan kanta pembesar dan menyalakan api. Jadi pelajar akan mencuba dan menggunakn kreativiti mereka untuk memulakan pembakaran.



Seronok tini tengok budak-budak lelaki ni. Diaorang kreatif dan mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi.








Oh ye, yang nak bertanyakan produk Qaseh, jangan malu untuk hubungi tini lagi ye.

KARTINI JUSOH,
KONSULTAN QASEH GOLD
013 9924660



Tiada ulasan:

Catat Ulasan