Rabu, 28 Oktober 2015

RESIPI AYAM GORENG VERSI AYAM PENYET SARAWAK

Ayam Goreng!! Saya ni suka makan ayam goreng. KFC ialah salah satu favourite ayam saya. Tapi mana mampu nak makan ayam KFC setiap hari. Masa tini di Sarawak, tini biasanya membeli ayam dan makanan basah di kedai seorang auntie Iban ni. Dia memang jual ayam dan produk halal. Siap ada sijil HALAL Jakim lagi. Huish..bukan senang nak duduk di Sarawak, soal halal haram ni tak boleh amibil mudah.

Kalau ke kedai auntie ni memang tak sah la kalau tak duduk melepak lama sikit. Kat kedai auntie ni ada macam-macam katalog tau. Rorine, tupperware, Giacoma dan macam-macam lagi lah..
Boleh la cuci-cuci mata walaupun tak de supermarket kat Marudi tu.

Masa lepak-lepak ngan auntie ni kan, dia ada share satu resipi ayam goreng Crispy yang best tau. Simple dan sangat sedap. Pertama kali try terus jadi tau. Haha. Tapi sekarang dah banyak kali try sebab encik suami pun suka juga resipi ayam goreng ni.


RESIPI AYAM GORENG VERSI AYAM PENYET SARAWAK

Bahan-bahan

1. Ayam goreng, boleh boptong besar, belah 4 atau tini lagi suka potong kecil.Senang nak makan kan..
2. Serbuk lada putih (white pepper)
3. Bawang putih (ditumbuk halus)
4. tepung jagung
5. Minyak masak
6. Garam secukup rasa

CARA MASAK

1. Bersihkan ayam dan tos sehingga nampak agak kering, Sebab lepas tu kita nak lumur tepung kan. Tak nak tepung tu cair.
2. Selepas ayam ditos agak kering, gunakan garfu untuk cucuk semua bahagian ayam. Kita cucuk untuk bantu penyerapan garam dan serbuk lada putih
3. Ok, pas cucuk guna garfu tu kita dah boleh lumurkan garam secukup rasa dan juga serbuk lada putih kepada ayam.
4. Langkah seterusnya ambil bawang putih yang ditumbuk halus dan lumurkan pula pada seluruh ayam.
5.Biasanya tini biarkan selama 10-15 minit. APa ye orang kata, perap dulu ayam tu biar serasi bersama
6. Panaskan minyak masak yang banyak di dalam kuali. Kuantiti minyak tu agak-agak boleh tenggelamkan ayam yang kita goreng
7. Pastikan minyak betul-betul panas, kemudian sederhanakan api
8. Sebelum masukkan ayam dalam minyak panas, lumurkan ayam tadi dengan tepung jagung
9. Masak sehingga warna ayam nampak crispy-crispy sikit.

Yeah, ayam dah siap..




Boleh dimakan begitu sahaja atau dengan nasi panas-panas.Sedap wei..Selamat mencuba!!

KARTINI JUSOH
KONSULTAN QASEH GOLD
0139924660










Tiada ulasan:

Catat Ulasan