Isnin, 5 Oktober 2015

RESIPI SINGGANG DAGING YANG BEST

Assalamualaikum semua.
Pernah dengar singgang daging tak? Ini feveret tini ni.Tambah pulak kan aritu dah raya korban atau raya haji. Memang stok daging banyak kat rumah kan? Antara feveret resipi tini ialah singgang daging lah. Kalau ada tulang pun boleh juga. Tapi tini ni kalau tulang lembu lagi suka kalau buat sup.Haishh..sedapnya semua ni.

Petang tadi, tini buatkan singgang daging untuk keluarga. Amboiiii..kemain la anak dara saya makan nasi, tak sabar-sabar nak nasinya..Alhamdulillah, suami pun sampai bertambah nasi. Memang singgang sedap, sebab rasanya yang masam-masam dan pedas-pedak manja gitu.

Layang gambar dulu sekeping baru kita bagitau resipinya ye.



Ermm..menyelerakan, kalau di kelantan kita panggil singgang merah ni.

BAHAN-BAHAN

1. 500 g daging yang dihiris nipis
2. 3 keping asam keping
3. 5 inci lengkuas
4. cili kering
6. bawang merah dan putih dihiris
7. garam secukup rasa
8. ketumbar
9. jintan manis

CARA-CARA

Semua daging yang dah dihiris nipis mesti direbus sampai empuk. Sebab tu tini suka masak daging batang pinang sebab mudah empuk. Atau nak lagi senang, boleh je masukkan dalam periuk tekanan. Kalau masa masak sup tulang aritu tini cuma panaskan dalam 40 minit je tulang dalam periuk tekanan dah lembut pun.

Semasa merebus, masukkan sekali jintan manis, ketumbar dan lengkuas bersama daging supaya mudah mesra.

Kemudian bila dah empuk, masukkan bawang, asam keping  dan cili kering yang dipotong ke dalam kuah. Perasakan dengan garam apabila mendidih.

Bila dah rasa sedap dan daging pun dah readi untuk diangkat. Boleh angkat dan hidangkan bersama nasi putih yang panas..

Waahhh, sangat sedap dan berbaloi rasanya. Jom cuba sama-sama resipi ni. Sangat mudah tau.

Buat anda yang menghadapi masalah darah tinggi atau pening-pening selepas makan daging, sila ambil qaseh kekanda atau adinda.
Pengambilan daging tanpa kawalan boleh meningkan bacaan tekanan darah anda.

Qaseh Kekanda dan Qaseh Adinda adalah alternatif terbaik bagi mengawal masalah tekanan darah. Jadi berhati-hati dengan pengambilan daging supaya tekanan darah anda normal.

Hubungi tini untuk mendapatkan Qaseh anda

SAYA AMAL SAYA KONGSI SAYA JUAL 


KARTINI BINTI JUSOH
KONSULTAN QASEH GOLD
013 9924660

Tiada ulasan:

Catat Ulasan