Ahad, 11 Oktober 2015

TIPS UNTUK BERSEDIA MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Assalamualaikum dan selamat malam

Malam ini adalah malam terakhir untuk para pelajar PT3 mengumpul sejuta maklumat daripada guru masing-masing. Esok adalah hari pertama untuk semua pelajar tingkatan tiga menghadapi peperiksaan PT3. Sama ada mereka bersedia atau tidak, esok tetap hari pertama peperiksaan PT3. Jadi, tini nak kongsikan beberapa tips untuk para pelajar amalkan bagi menghadapi peperiksaan.

TIPS DAN PETUA UNTUK HADAPI PEPERIKSAAN

1.Sebelum tidur malam ni, pastikan anda sudah meminta maaf dengan ahli keluarga terutamanya ibu bapa. 

2. Pastikan semua keperluan untuk peperiksaan esok sudah disediakan seperti alatulis , kad pengenalan, slip peperiksaan, kalkulator dan sebagainya sudah siap dipack ke dalam beg sekolah.

3. Baca berulang-ulang nota dan latihan yang sudah dibekalkan oleh guru sebelum tidur.

4. Relax dan tenangkan hati untuk merehatkan otak selepas penat mengulangkaji

5. Pastikan anda sudah bersolat Isyak sebelum tidur dan kuncikan jam untuk bangun lebih awal daripada biasa

6. Solat hajat, tahajud dan witir pada awal pagi dan mohon agar dipermudahkan segala urusan untuk menjawab peperiksaan pada hari peperiksaan

7. Pastikan anda sebagai calon peperiksaan datang lebih awal daripada biasa

8.  Amalkan doa untuk menghadapi peperiksaan sepanjang hari peperiksaan


9. Doa dan tawakal selepas menduduki peperiksaan

Kongsikan tips untuk bersedia menghadapi peperiksaan kepada semua rakan-rakan anda.

KARTINI BINTI JUSOH
KONSULTAN QASEH ANDA
0139924660

Tiada ulasan:

Catat Ulasan