Jumaat, 9 Oktober 2015

TIROID, PUNCA DAN SIMPTOMNYA

Saya sebenarnya tak lah tahu sangat tentang tiroid. Tapi kalau ikut ilmu sains yang hanya sejemput ni, tiroid tu berlaku disebabkan oleh terlebihnya makanan yang mengandungi iodin. Tapi rupa-rupanya maklumat saya tu kurang tepat. Saya mula obvious nak tahu tentang tiroid ni bila seorang sahabat saya dikatakan suspect kepada tiroid apabila jantungnya tiba-tiba berdegup kuat. Risau tak?Tiba-tiba saya rasa risau. Banyaknya penyakit zaman sekarang ni. Jadi, saya selidik sedikit tentang punca dan simptom pada pesakit tiroid.

APA ITU TIROID?




Tiroid ialah kelenjar kecil yang terletak di bahagian bawah halkum pada leher. Kelenjar ini membebaskan hormon thyroxine (T4) and triiodothyronine (T3). Hormon-hormon ini akan meningkatkan keperluan oksigen dalam badan sekaligus merangsang sel-sel badan menghasilkan protein. 

Kelenjar tiroid dikawal oleh thyroid stimulating hormone (TSH) yang mana TSH dihasilkan di kelenjar yang terletak pada otak manusia. Biasanya apabila aras kandungan kelenjar tiroid lebih tinggi dalam badan, ini akan menghentikan pengeluaran TSH. Apabila pengeluaran TSH terhenti maka penghasilan Thyroxine dan Triiodothyronine juga akan terhenti.

Masalah akan timbul apabila kelenjar tiroid menjadi kurang aktif iaitu hypotirodisme atau kelenjar tiroid menjadi terlebih aktif iaitu hypertirodisme. 

PUNCA TIROID

Tiroid boleh berlaku disebabkan tahap rembesan hormon TSH pada kadar yang tidak sepatutnya atau tidak stabil.

Ia juga boleh berlaku akibat daripada masalah pada kelenjar tiroid seseorang.

Namun, bagi kebanyakan pesakit hypothyrodisme, ia berlaku kerana keadaan sistem imun semulajadi pada seseorang individu yang telah merosakkan sebahagian kelenjar tiroid. So, pembedahan mungkin jalan terbaik utnuk menyelesaikannya. Tetapi ada juga sebab lain seperti masalah pada kelenjar pituitari, kekurangan iodin atau berlaku pada seseorang sejak dilahirkan lagi atau dikenali sebagai congenital hypothyrodism.

Manakala bagi pesakit hyperthyrodisme, ia berlaku disebabkan oleh sistem imun yang menghasilakn antibodi yang mengawal keseluruhan kelenjar tiroid. Kesannya kelenjar tiroid menghasilkan hormon tiroid yang berlebihan. Selain itu, hyperthyrodism juga berlaku kerana pengeluaran TSH yang berlebihan.

SIMPTOM-SIMPTOM PESAKIT TIROID

- mudah keliru atau terlupa
- sembelit
- mengalami tekanan perasaan
- kulit kering
- keguguran rambut
- sentiasa tidak bermaya
- hilang berat badan
- jantung berdegup kencang
- tekanan darah tinggi
- cepat berpeluh
- sukar tidur malam
- osteoporosis terlalu awal

BAGAIMANA QASEH GOLD MEMBANTU PESAKIT TIROID?




Bagi anda yang ingin berikhtiar dengan QASEH GOLD untuk masalah tiroid, boleh hubungi tini seperti berikut.

KARTINI JUSOH
KONSULTAN QASEH GOLD
014-2907448

SAYA AMAL, SAYA SHARE, SAYA JUAL

Tiada ulasan:

Catat Ulasan