Isnin, 5 Oktober 2015

Bagaimana Mendidik Anak Mengemas Rumah

Assalamualaikum dan selamat pagi.. Dah menjelang tengah hari dan saya baru sempat menulis.Hari ni, saya nak kongsikan bagaimana mendidik anak mengemas rumah.

Teringin menulis story ni bila saya teringatkan kisah Azra semalam. Petang semalam sebelum saya mandikan Azra, saya buka bajunya dan tinggalkan di atas hamparan di hadapan TV.

Selepas tu, kami berjalan berpimpin tangan ke bilik air. Saya tahu mesti ibu-ibu lain pun dah boleh agak bagaimana anak-anak ni kalau dah jumpa air kan? Mula la dia seronok main dengan air sambil lompat-lompat. Selepas mandi dan pakaikan dia baju saya bergegas panaskan lauk dan nasi untuk suami yang dah nak pulang kerja. Dalam sibuk-sibuk kat dapur Azra datang tunjukkan baju yang dah dipakai sebelum mandi sambil mulutnya bising membebel. Lepas tu dia masukkan dalam bakul berhampiran mesin basuh. Saya tersenyum je dengan kerajinan tangan dan mulutnya. Hihi

Alhamdulillah, Azra memang dah tahu kalau baju mesti masukkan ke dalam bakul berhampiran mesin basuh. Cuma dia masih belum kenal baju yang macam mana yang mesti dimasukkan ke dalam bakul. Kadang-kadang ada baju yang saya longgokkan sekejap atas hamparan untuk dilipat, tapi Azra dah kutip satu-satu untuk dimasukkan ke dalam bakul.Haha.. Terover rajin pulak kan?

Bila dah tengok Azra yang dah pandai dan faham saya bercakap, buktinya dia dah tahu letak baju yang dipakai ke dalam bakul. Baru saya terfikir memang time ni adalah time terbaik untuk ajar dan biasakan anak-anak kita dengan mengemas rumah. So, bagaimana ye kita nak didik anak kecil untuk mengemas rumah?

Pertama, lazimkan anak dengan apa yang sepatutnya dia buat. Contohnya Azra ni bila dah masuk 11 bulan lebih masa dia dah pandai jalan dengan elok, saya pimpin tangan dia ke mesin basuh untuk buka baju dan masukkan baju yang dipakai ke dalam bakul. 
Mula-mula buat tu susah juga sebab dia masih tak faham apa yang kita cakap, tapi masa buka baju tu memang saya cakap baju yang kita dah pakai mesti masukkan dalam bakul dekat mesin ye dik. Tak kisahla dia faham ke tak tapi saya nak dia biasa dengar ayat tu.
Jadi sekarang memang saya tak payah cakap dia tahu kat mana nak letak baju yang dah dia pakai.

Kedua, Biasakan anak untuk mengemas toys
Yang ni mesti diajar sejak kecil, kalau tak gerenti rumah kita bersepah-sepah. Toys Azra saya masukkan dalam bakul khas. Jadi dia tahu bakul tu adalah bakul mainannya. Bila saya perasan dia dah tak nak main, (buktinya dia dah tak endah pun dengan mainan tu lagi) jadi saya akan pujuk slow-slow dan ajak dia masukkan balik mainan ke dalam bakul mainan. Tapi memang susah sket la ngan Azra ni. Bila dah tak nak main dan disuruh kemas toys dia akan pilih-pilih toys yang dia nak simpan.Ada juga toys yang dia sayang untuk simpan. Kalau dia simpan mesti dia akan keluarkan balik. Haha. Nampaknya yang ni kena latihan intensif lagi ni.

Ketiga. Beri galakan bila anak dah siap kemas sama ada tepuk tangan atau ciuman. Biasanya tini akan tepuk tangan sambil sebut pandai adik. Sekarang ni pula kalau dia buat sesuatu dan saya puji dia akan terus tepuk tangan dan gelak-gelak..Sangat comel kan?

Keempat. Sistematik dan teratur. Sebagai ibu bapa memang kita kena sama-sama berbincang untuk tetapkan rules dalam rumah supaya boleh jadi ikutan anak-anak. Contohnya dulu masa mula-mula kahwin saya letakkan bakul baju busuk kat dalam bilik je. Malam baru saya pindahkan ke mesin basuh. Tapi sejak ada anak saya bincang dengan suami agar baju busuk mesti dimasukkan terus ke dalam bakul dekat mesin basuh. Sebab itu yang kita akan latih anak buat. Alhamdulillah, setakat ni suami saya memang beri sokongan 100%.

Kelima. Disiplin. Yang ni memang perlukan kerjasama suami isteri. Bila dah tetapkan rules masing-masing kena pantau sama ada anak buat atau tak ikut rules kita. Kadang Azra ni main tipu juga. Ada satu hari lepas abahnya solat Asar saya minta dia masukkan kain tualanya ke dalam bakul dekat mesin basuh. Tapi disebabkan abahnya ada dan nak ajak abahnya main kat luar rumah dia hantar tualanya sekerat jalan je. Dah sampai kat dapur dia dah campakkan tualanya. Tu nasib baik abahnya nampak. Haha. Jadi abahnya suruh dia hantar tuala ke mesin basuh dulu. Hai..14 bulan pun dah panjang akal kan?Hihi.

OK, itu antara tips yang tini dan suami sedang usahakan untuk didik anak kami mengemas rumah. Mungkin ibu-ibu kat luar sana ada tips yang lagi hebat dan boleh dikongsi bersama.

Oh ye, bagi anda yang ingin mendapatkan produk Qaseh Gold especiallay Qaseh Junior untuk anak-anak boleh hubungi tini seperti di bawah. Qaseh junior ni sangat baik untuk antibodi anak-anak dan elakkan penyakit tiga serangkai iaitu demam, batuk dan selesema. Yang sangat bagus lagi Qaseh Junior akan membantu meningkatkan tahap kecerdasan IQ anak-anak kita.
Insya Allah, qaseh junior pilihan terbaik kita untuk anak-anak.




SAYA JUAL, SAYA AMAL DAN SAYA KONGSI


KARTINI BINTI JUSOH

KONSULTAN QASEH

013-9924660


Tiada ulasan:

Catat Ulasan