Selasa, 20 Oktober 2015

TIPS ANAK TIDUR LEBIH AWAL SETIAP MALAM

Assalamualaikum..

Pernah tak hadapi situasi seperti tini, Badan dah rasa sangat penat tapi anak masih tak nak tidur. Jam dah menunjukkan pukul 10 malam pun dia masih kuat bermain?

Semalam semasa pulang dari kerja, badan tini dah rasa sangat penat. Sampai je di rumah, tini terus telan dua sudu Qaseh Adinda. Untuk tenaga dalaman, sebab badan dah rasa sangat penat. Alhamdulillah, Azra pula pulang dari rumah pengasuh asyik tidur memanjang sehingga jam hampir pukul 7.00 malam baru bangun. Bila dah tidur lama waktu petang, waktu tidur malamnya dah mula berganjak.

Malamnya selepas makan malam, saya temankan Azra bermain sehingga jam hampir ke pukul 11.00 malam. Pukul 11.00 malam saya tutup lampu tapi Azra masih bermain dengan leka. Dia tak nak pun join saya untuk tidur.Sudahnya kul 11 lebih malam baru tidur. Adoi, saya rasa mata saya ni dah tak boleh nak dibuka lagi.Huhu. So saya belajar satu perkara penting, jangan biarkan Azra lena lama sangat di waktu petang.Oh, tak sanggup dah tidur lebih dari jam 10.00 malam. Ok, jom kita kongsikan tips yang boleh diamalkan sama-sama ye.



TIPS TIDURKAN ANAK LEBIH AWAL

1. Tetapkan masa tidur anak anda untuk setiap malam. Katakan kita nak anak kita tidur paling lambat pun pukul 9.00 malam.So siapkan anak untuk masa tidurnya.

2. Sediakan suasana untuk tidur. Biasanya tini akan tutup lampu on time la pukul 9.00 malam. Tutup lampu, TV, semua dah ada di tempat tidur dan sediakan susu serta bantal peluk Azra.

3. Apabila berada di tempat tidur, diam dan jangan layan anak bermain. Kadang-kadang anak-anak ni tak nak tidur sebab ingat nak main je. Jadi kita buat tak tahu je dengan semua mainannya dan kalau dia ajak kita berbual pun diamkan aje.

4. Kurangkan waktu tidur siang. Yang ni sangat penting. Kalau tidur tengah hari ok lagi untuk Azra tidur lama. Tapi bukan waktu petang. Kalau Azra dah terlajak tidur petang tu memang kompem la tidur malamnya kan lewat

5. Sibukkan anak di siang hari. Kalau hujung minggu tini akan atur masa tidur Azra jam 11 pagi dan 3.00 petang. Jadi sebelum kul 5.00 petang memang biasanya dia dah bangun. So ada masa untuk Azra bermain-main sehingga jam 9.00 malam. 9.00 malam tu adalah masa yang tepat untuk dia berasa kembali penat dan memerlukan rehat.

6. Pastikan rutin yang kita lakukan setiap hari adalah sama supaya anak dengan sendirinya sedar masa tidur mereka. Jika dilakukan dengan berterusan anak akan mudah rasa mengantuk pada masa yang sama setiap malam.

Ok, itu sahaja daripada tini malam ni.Sempena jerebu ni, jangan lupa upkan pengambilan Qaseh Junior untuk anak-anak kita ye. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan Produk Qaseh Gold, jangan lupa untuk hubungi tini terus seperti di bawah.


KARTINI BINTI JUSOH
KONSULTAN QASEH GOLD
013 9924660

Tiada ulasan:

Catat Ulasan