Isnin, 19 Oktober 2015

CARA MENGATASI HB RENDAH SEMASA MENGANDUNG

Assalamualaikum semua. 
Salam berqaseh untuk semua pembaca..:)

Malam ni tini terlambat mengisi ruangan blog ni sebab baru selesai dengan kelas online yang diadakan oleh mentor-mentor hebat kami dalam Group Qaseh. Alhamdulillah, terlalu banyak lagi yang perlu saya belajar untuk jadi kental, tahan cabaran dan berjaya dalam bisnes. Subhanallah, indahnya berQaseh.

Malam ni tini nak kongsikan masalah hemoglobin rendah semasa hamil. Petang tadi semasa skroll fb tini, ada seorang sahabat yang bertanyakan tentang HB rendah semasa hamil. Jadi malam ni kita bincang-bincang sikit lah ye.

APA ITU HB RENDAH?

Masalah hormon yang tidak stabil semasa mengandung menyebabkan ibu hamil berdepan dengan pelbagai masalah sama ada bacaan HB yang rendah, GDM atau kencing manis dan sebagainya lagi.
HB rendah bermaksud berlaku penurunan paras hemoglobin dalam darah kita.Hemoglobin adalah pigmen yang berwarna merah yang terdapat dalam sel darah merah manusia. Kekurangan kandungan hemoglobin atau diistilahkan sebagai anemia boleh berlaku disebabkan oleh beberapa perkara.

PENTINGKAH HEMOGLOBIN?

Ya. Hemoglobin bertanggungjawab untuk bergabung dengan gas oksigen dan membawa oksigen untuk digunakan di bahagian badan yang memerlukannya. Penurunan paras hemoglobin dalam darah boleh mengakibatkan kurangnya Oksigen yang boleh diangkut ke dalam badan seterusnya. Yang paling dirisaukan ialah jika berlaku Hb rendah semasa mengandung, oksigen tak dapat dibekalkan secukupnya kepada bayi. Kalau kekurangan oksigen berlaku di otak boleh menyebabkan kecacatan atau kerencatan akal.

PUNCA BERLAKUNYA HB RENDAH

Biasanya HB rendah berlaku akibat kurangnya zat Besi dalam badan. Zat besi membantu pembentukan hemoglobin. Kekurangan zat besi dalam badan boleh berlaku akibat pemakanan yang tidak sihat serta penyerapan zat besi yang sangat lemah dalam badan.

Selain puncanya nya disebabkan oleh zat besi, HB rendah juga boleh berlaku kerana penyakit genetik seperti talasemia.

HB rendah juga boleh berlaku akibat kehilangan darah yang banyak seperti akibat kemalangan, semasa haid dan sebagainya.

TANDA-TANDA IBU HAMIL YANG ANEMIA/ HB RENDAH
1. ibu cepat penat dan sentiasa keletihan
2. mudah pening dan pucat berterusan
3. semput, sesak nafas dan jantung berdegup kencang

CARA MENGATASI HB RENDAH

1. Memastikan pengambilan diet makanan yang seimbang 
2. Memperbanyakkan makanan yang mengandungi zat besi seperti bayam, kerang, brokoli dan lain-lain.



3. Ikhtiar dengan qaseh gold

Suka untuk saya memperkenalkan produk Qaseh yang dapat mengatasi masalah HB rendah. 
* penggunaan Qaseh sole 
* penggunaan Qaseh Adinda

Qaseh Sole adalah garam bukit yang mengandungi 84 mineral termasuk zat besi.
Manakala Qaseh Adinda adalah gabungan pelbagai makanan sunnah. Makanan sunnah seperti kurma sebenarnya mempunyai kandungan zat besi yang sangat tinggi.

APAKAH YANG BERLAKU JIKA KEKURANGAN OKSIGEN 

1. melahirkan bayi pra matang
2. anak bermasalah selepas dilahirkan
4. kandungan boleh gugur
4. ibu sentiasa termengah-mengah

INGIN MENDAPATKAN SET QASEH NI?

Untuk anda yang berada sekitar Jerantut, Bandar Pusat, Jengka dan Kuala Krau.Penghantaran akan dilakukan setiap hari. Kalau jauh-jauh tu, tini cas sket ye tuk duit minyak.hihi. Namun demikian, tini juga menggunakan pos laju untuk penghantaran qaseh-qaseh kita ke seluruh Malaysia. Pm tini untuk mendapatkan qaseh-qaseh ye.

KARTINI JUSOH
KONSULTAN QASEH GOLD
014-2907448

Tiada ulasan:

Catat Ulasan