Sabtu, 24 Oktober 2015

PENGASINGAN SISA PEPEJAL UNTUK KITAR SEMULA

Pengasingan sisa pepejal untuk kitar semula telah pun dimulakan pada 1 September 2015. Pengasingan sisa pepejal dilakukan bertujuan untuk:

1. Mengelakkan pembuangan bahan yang boleh dikitar semula. 

2. Mengurangkan jumlah sisa pepejal yang perlu dihantar ke tapak pelupusan

3. Mengurangkan peruntukan wang negara untuk proses pelupusan sisa bahan pepejal.

APA YANG PERLU KITA ASINGKAN?

1. sisa baki
Sisa baki termasuklah sisa dapur, sisa makanan, bahan-bahan kotor dan lampin pakai buang

2. Kertas

3. Plastik

4. Lain-lain
Lain-lain yang dimaksudkan ialah tin aluminium, kaca atau seramik, bahan fabrik, getah dan kulit, sisa elektronik dan sisa berbahaya seperti tin aerosol dan sebagainya.

KEBAIKAN KITAR SEMUALA BAHAN

1. Menjimatkan sumber Alam
Pembuatan kertas memerlukan penebangan pokok bagi menghasilkan kertas. Dengan usaha kitar semula ini maka kertas yang dikitar dapat digunakan semula

2. Mengelakkan pencemaran
Dengan melaksanakan program kitar semula semua penduduk berusaha mengasingkan sisa pepejal dan ini boleh menghalang pembuangan bahan pepejal ke tempat yang tidak sepatutnya seperti di sungai dan sebagainya.

3. Memupuk sikap cintai alam 
Dengan meneydari kepentingan kitar semula, kita akan sedar bahawa kitar semula akan dapat menyelamatkan berapa batang pokok daripada ditebang.

Biasanya pungutan sisa bahan pepjal ini berlaku beberapa kali seminggu. Untuk kitar semula, ia akan diambil untuk sekali seminggu sahaja manakala untuk sisa baki akan diambil untuk dua kali seminggu


Ayuh kita sama-sama jayakan misi kerajaan untuk menyelamatkan bumi hijau kita.
SELAMAT MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB MASING-MASING

KARTINI JUSOH
KONSULTAN QASEH GOLD
013-9924660

Tiada ulasan:

Catat Ulasan