Sabtu, 17 Oktober 2015

TIPS BERMAIN DENGAN BAYI ANDA

Assalamualaikum semua.

Malam ni tini sedang menggodek dan mencari idea untuk tips bermain dengan bayi anda. Bila Azra dah makin besar ni tini pun dah konfius nak belikan mainan yang macam mana. Selalu terfikir, apa yang tini boleh buat untuk perkembangan otaknya. Lepas berjaya menggodek beberapa blog, tini nak share kan sedikit bagaimana kita boleh bermain dengan bayi dari dia kecil sehingga usia dua tahun

TIPS BERMAIN DENGAN ANAK

1. USIA 1-3 bulan
Perbanyakkan aktiviti menggunakan VISUAL nya. Sama ada kita nak letakkan mainan yang berwarna terang-terang atau apa sahaja yang mommies boleh buat untuk melihat bagaimana respons anak apabila melihat sesuatu. Ni tini sertakan contoh mainan yang boleh menggerakkan mata anak kita as latihan untuk visualnya.



2. USIA 7-9 bulan
Perbanyakkan komunikasi dengan anak. Pada usia sebegini anak-anak kita sudah mula mengumpulkan data dan maklumat bahasa kita. Dia sudah mula cuba untuk memahami percakapan kita dan yang bestnya bila kita berbisik, kita akan dapat lihat  respons mereka seolah-olah cuba mendengar dan cuba memahami. :)

3. USIA 10-12 bulan
Pada usia yang makin meningkat, kita tingkatkan kemahiran motor anak-anak seperti kemahiran memegang, merasa dan membina. Aktiviti seperti ini mudah mengembangkan IQ anak-anak.


4. USIA 13-15 tahun
Pada usia sebegini, kita dah boleh start ajar anak konsep-konsep asas dan mudah seperti huruf, nombor, huruf jawi, bentuk, warna  dan lain-lain.



5. USIA 16-18 bulan.
Meningkatkan keupayaan anak dengan kemahiran mengenalpasti seperti memperdengarkan bunyi-bunyi dari binatang yang berbeza

 6. USIA 19-21 bulan
Anak-anak sudah cukup besar untuk memahami bahawa mereka kena hidup dalam keadaan teratur dan bersih. Kita bimbing kereka untuk mengemaskan semula mainan dan menyimpan di tempat asal

7. USIA 22-24 bulan
Kita perbanyakkan aktiviti yang dapat melatih anak-anak untuk berimaginasi dan membimbing mereka untuk membina impian dengan usaha keras.




Oh ye, sebelum tini berundur bagi ibu-ibu dan bapa-bapa sekalian, jika anda ingin mendapatkan produk yang dapat memberi jaminan kesihatan serta meningkatkan IQ anak-anak, boleh hubungi saya dengan segera.


Qaseh Junior adalah pilihan terbaik untuk anak-anak.Selain meningkatkan tahap kesihatan anak ia juga dapat mengatasi pelbagai masalah kesihatan yang lain.

KARTINI JUSOH
KONSULTAN QASEH GOLD ANDA
0139924660


Tiada ulasan:

Catat Ulasan