Jumaat, 9 Oktober 2015

TIPS SERONOK BELAJAR DENGAN SAINS

Assalamualaikum dan selamat malam semua.

Malam ni tini nak share sikit story sal bebudak anak didik tini sendiri. Tak tahu la nak puji ke nak mengeluh ni. Budak-budak sekarang kut la kan, memang dah tak bersemangat cam kita dulu-dulu. Zaman kita dulu respek la kat cikgu ni sampai nak angkat kepala pun tak berani. Ke saya je cam tu? :) 
Kalau boleh dipanggil sebagai tips seronok belajar dengan sains pun boleh. Tapi tini yakin ramai otai-otai Sains mesti lagi hebat cara pengajaran dan pengalaman mereka.

Minggu lepas tini baru je selesai dengan tajuk Kestabilan untuk pelajar tingkatan dua. Disebabkan tajuk tu pendek je jadi tini ambil kesempatan untuk uji kemahiran pelajar untuk mengaplikasikan pemahaman pelajar serta kreativiti mereka dalam pembinaan model berasaskan prinsip kestabilan. 

Saya sebenarnya adalah pengikut setia Group Cikgu Sains Kreatif dalam facebook. Terlalu banyak idea best yang dikongsi dalam group ni. Apa yang saya faham, pelajar sekarang dah tak nak disogokkan dengan fakta semata-mata. Mereka lebih suka melakukan tugasan 'hands-on'. 

Jadi, bila selesai topik kestabilan ni, berdasarkan pengalaman guru-guru di Group Cikgu Sains Kreatif saya minta pelajar saya untuk sediakan straw dan alatan untuk membina model bangunan atau struktur yang mengaplikasikan konsep kestabilan.

Peringkat awalnya saya minta pelajar merangka binaan atau model yang akan dibina. Rancang struktur yang dapat memenuhi faktor-faktor yang mempengaruhi kestabilan. Kemudian melalui pelan yang dilukis pelajar diminta merealisasikan lukisan mereka mengikut kreativiti masing-masing.

Berikut adalah proses awal pembinaan model selepas pelajar merangka model mereka.






Semuanya nampak bersemangat sebab tak payah mendengar teori dan membuat latihan.

Saya sebenarnya agak tertarik dengan beberapa model yang dirangka pelajar.Namun demikian, tak semua model  yang dibina mengikut pelan asal. Jom kita lihat hasilnya.










  Walaupun ada pelajar yang tak mampu menghasilkan model sebagaimana yang dirangka namun saya tetap memuji hasil kerja mereka kerana usaha keras dan semangat bekerjasama yang ditunjukkan dalam setiap kumpulan.

Jadi, apa yang saya dapat rumuskan di sini, antara tips yang membuatkan pelajar seronok belajar sains ialah:

1. Pelajar lebih suka melakukan aktiviti semasa belajar sains. Aktiviti boleh dipelbagaikan. Contohnya jika sesuatu topik selesai, kuiz uji minda mengikut kumpulan boleh dilakukan. Cara ini membolehkan pelajar bergerak dan bekerjasama dengan pelajar lain dan sekaligus mengelakkan pelajar dari mengantuk.

2. Pelajar lebih suka melakukan eksperimen. Untuk memahami suatu konsep, jika kelengkapan makmal lengkap dan keadaan mengizinkan, setiap konsep boleh diperkenalkan melalui eksperimen. Hasil daripada eksperimen yang pelajar jalankan sendiri akan membantu pelajar mengingati konsep dengan lebih mudah.

3. Belajar secara berkumpulan. Pelajar yang dipecahkan dalam kumpulan yang dipilih masing-masing akan saling membantu antara satu sama lain. Kadang kala bahasa yang kita gunakan untuk membantu pelajar memahami sesuatu konsep tidak mencapai tahap pemikiran sesetengah pelajar. Maka hanya rakan-rakan sahaja yang boleh membantu memahamkan rakan-rakan mereka sendiri.

4. Peta minda. Pembinaan peta minda membantu pelajar mendapatkan konsep-konsep penting dalam sesuatu tajuk. Ditambah dengan penggunaan warna yang pelbagai akan menarik minat pelajar.

Apa pun yang kita lakukan, hanya kita sebagai guru yang memahami tahap pelajar masing-masing. Saya juga percaya, sebagai guru kita ada 1001 cara untuk sentiasa membantu pelajar kita kan? 
Oh ye, jangan lupa tinggalkan komen anda di sini jika anda mempunyai teknik yang lebih menarik untuk dikongsikan ye.


KARTINI JUSOH
KONSULTAN QASEH GOLD
0139924660

Tiada ulasan:

Catat Ulasan