Rabu, 27 Julai 2016

PENGALAMAN HB RENDAH SEMASA HAMIL

Assalamualaikum dan selamat pagi..

Alhamdulillah, pagi ni tini diberi kekuatan dan kesempatan untuk berkongsi lagi.
Beberapa hari kebelakangan ni tini perasan sangat tini sangat mudah penat walaupun usia kandungan baru je cecah 24 minggu. Maknanya tini baru hamil 6 bulan kan. Tapi pregnant kali ni buat tini rasa penat sket.

Petang tadi tini ke hospital untuk pemeriksaan rutin ibu mengandung. Tau tak apa hasilnya? Hb tini drop tetiba jadi 10.5!! Sebelum ni ok je la kan, 11 point lebih2 je. Tapi hari ni drop betul. Tini dah mula berdebar bila Hb tetiba drop. Bila nurse check jantung baby, lagi tini terkejut sebab mula-mula tu 178 tau bacaannya. Agak laju juga sebab bacaan sepatutnya hanya 160 ke bawah la. So nurse tu suruh tini cool, relax dan bernafas dengan lebih teratur. Alhamdulillah, lepas tu bacaan kembali normal dengan bacaan 158 je. Alhamdulillah. Tapi jumpa doktor jugak la sebab risau kan kita mudah penat.

Bila dah depan doktor ni, banyak lah yang disoal siasat especially bila doktor perasan Hb tini drop betul. Bila doktor check paru-paru dan jantung( buat jugak la ujian CTG) semua memang cantik dan ok. So doktor buat kesimpulan keadaan tini ni disebabkan Hb yang drop tetiba ni lah. Adoi memang kena bedah siasat betul-betul dengan doktor sebab pelik jugak usia kandungan baru 6 bulan tapi gaya penatnya macam dah nak sampai bulan.Hihi.

Bab pemakanan tini habis disiasat bebetul. Alkisahnya pulak, sejak tini beraya aritu, selera minum kopi dan teh tini memang menjadi-jadi. Setiap kali amik makanan berat mesti tini nak minum kopi dan teh panas. Bukan segelas atau secawan tau, tapi sekole! Terkejut doktor bila tau. Dari segi pengambilan makanan mengikut diet ibu hamil, makanan yang tini ambil setiap hari memang dah membekalkan zat besi yang diperlukan. Tetapi akibat pengambilan kopi dan teh yang terlampau banyak menyebabkan penyerapan zat makanan tu gagal diserap ke dalam darah.

Patut lah Hb tini rendah kan? Kuat sangat minum minuman berkafein. Tak elok untuk ibu hamil. Sebenarnya tini memang amalkan Qaseh Adinda secara konsisten. Sepatutnya Hb tini akan ok bila maintain je minum Adinda ni. Tapi betul kut kata doktor, zat terbaik mana pun yang kita makan, tapi jika diambil dengan air berkafein, pastinya penyerapan zat tersebut akan terhalang dengan kahadiran kafein.
Jadi buat rakan-rakan yang menghadapi masalah yang sama dengan tini jangan risau ye. 
Teruskan dengan amalan makan ubat di samping pengambilan Qaseh Adinda. Yang paling utama, NO CAFEIN dalam hidangan setiap hari!

So mulai esok tini akan stopkan dulu semua minuman berkafein ni dan teruskan dengan ubat dan Qaseh Adinda untuk mengembalikan bacaan Hb yang cantik. InsyaAllah, pray for me ye kawan-kawan.

Untuk anda yang ingin berikhtiar mencantikkan bacaan Hb, jom pm tini untuk dapatkan Qaseh Adinda anda. Tini sertakan testimoni untuk panduan bersama ye





Tapi, elakkan minuman berkafein ye sepanjang mengamalkna Qaseh Adinda. Tini tak nak pengalaman tini arini akan turut dirasai oleh ibu2 yang hamil lain tau. Ok, cukup dulu untuk hari ini. 

Untuk mendapatkan Qaseh, sila hubungi tini seperti di bawah ye.

KARTINI BINTI JUSOH
Pengedar Qaseh Gold Jerantut,
014 2907448 (fon/whatsapp)
myself140383@yahoo.com

atau kunjungi facebook tini ye..https://www.facebook.com/tini.kartini.140



Tiada ulasan:

Catat Ulasan