Khamis, 14 Julai 2016

SELAMAT HARI RAYA

Assalamualaikum dan salam Aidilfitri untuk semua.

Apa khabar pembaca budiman? Dah hampir dua minggu aidilfitri berlalu. Tini pun baru berkesempatan menulis lagi. Jom kita share warna-warni Adilfitri 2016. Semoga Aidilfitri tahun ini membawa keberkatan bersama kita.

Pertama kali sepanjang tiga tahun berkahwin kami beraya tanpa suami sebab encik suami tak dapat cuti. Alhamdulillah, family pun very supportive. Walaupun badan sentiasa penat sebab kandungan tini dah nak masuk enam bulan tapi keluarga banyak membantu menguruskan anak dara yang sorang ni.Betullah kata orang, susah senang memang dengan keluarga. Orang luar mungkin boleh bersimpati je.

So sepanjang cuti hari raya ni, memang kakak-kakak ipar lah yang uruskan rumah. Tini nak melayan anak sorang pun tak larat. Cuma sarapan pagi je tini larat buat sebab masa pagi je bertenaga sikit.Hihi. Time lain, badan memang terjelepek la jawabnya.

Alhamdulillah, Ramadhan kali ni memang tini berjaya puasa penuh. Walaupun kekadang tu nak sampai ke waktu berbuka tu badan punya lah lembik sangat kan. Tapi syukur lah cukup hari puasa tahun ni..:)

Jom kawan-kawan kita share gambar-gambar kenangan kita bersama-sama sepanjang Raya kali ni. Kita abadikan bersama-sama. Kalau ada kawan-kawan yang nak share story, tini alu-alukan ok. Mana yang baik kita jadikan teladan, yang buruk kita jadikan sempadan.












r


PENGEDAR QASEH GOLD
KARTINI BINTI JUSOH
014 2907448

Tiada ulasan:

Catat Ulasan