Rabu, 16 September 2015

Langkah Keselamatan Semasa Jerebu

Assalamualaikum semua. Beberapa hari ni memang sibuk kat sana sini tentang jerebu kan?Bacaan IPU di Jerantut sehingga semalam ialah 150 lebih dah. Memang agak tinggi tetapi rupa-rupanya Selangor, Kuala Lumpur dan Melaka Indeks Bacaan pencemaran udaranya lebih tinggi. Bila dah berjerebu teruk ni, nak drive ke sekolah pun terasa penat je mata ni.Ye la, terlalu fokus ke depan sebab kat depan sangat terhad penglihatan kita. Merisaukan juga sebenarnya. Perjalanan tini ke sekolah dari bandar Jerantut ke kawasan felda tak lah semudah disangka. Dengan jalan seperti ular kena palu, ditambah pula dengan lembu-lembu yang berkeliaran di sesetengah kawasan,agak merisaukan juga tini bila memandu ke sekolah dalam jerebu ni.

Bila dah berjerebu sangat ni, saya mula studi banyak tentang jerebu. Dan malam ni saya nak sharekan sedikit info yang saya ada. InsyaAllah, semoga bermanfaat untuk semua.



APA ITU JEREBU?
Jerebu ialah partikel halus yang memang kita tak dapat lihat dengan mata kasar kita tetapi ia wujud dan terapung di udara. Yang tak nampak di mata ni sebenarnya lagi bahaya kan, sebab kita tak boleh nak elak. Contohnya, kalau kita tengah berjalan, tiba-tiba kita nampak duri kat tengah jalan, apa kita buat?kalau tini, mesti akan mengelak dari duri tu. Tapi jerebu ni partikel halus yang kita tak nampak kan. Macam mana kita nak mengelak?

LANGKAH KESELAMATAN SEMASA JEREBU

1. Jika anda perlu berada di luar rumah untuk aktiviti harian seperti bekerja, pastikan anda sentiasa memakai topeng muka atau mask. Jika anda penunggang motorsikal, risiko anda lebih tinggi kerana bukan sahaja terdedah kepada jerebu tetapi juga kepada pencemaran udara lain seperti asap kenderaan lain.

2. Lebihkan aktiviti dalam bangunan atau dalam rumah sahaja. Ini adalah langkah paling strategik kerana pendedahan kepada persekitaran luar yang tak sihat akan menambah risiko terdedahnya kita kepada bahaya jerebu.

3. Sentiasa membasuh muka dan bahagian badan yang terdedah kepada jerebu. Tapi yang paling penting memang kena jaga bahagian muka kan. Sebab kalau dah disedut masuk ke hidung, habis lah kita kan

4. Minum air kosong dengan banyak.Melebihi 8 gelas sehari.

5. Amalkan suplement sebagai tambahan nutrien yang boleh menambah sistem imun kita. Pilihan tini semestinya Qaseh Adinda dan Sole.

Untuk anda yang sangat menjaga kesihatan dan ingin mengambil langkah pencegahan, jangan bertangguh untuk menghubungi tini seperti di bawah. Konsultasi percuma untuk semua pelanggan tini.

KARTINI BINTI JUSOH
013-9924660



Tiada ulasan:

Catat Ulasan