Sabtu, 26 Disember 2015

TANDA-TANDA AWAL KEHAMILAN UNTUK TIGA BULAN PERTAMA

Menerima kehadiran cahaya mata baru biasanya memang merupakan perkhabaran indah yang ditunggu. Namun, dalam usia awal kandungan, kita akan berdepan dengan beberapa tanda awal kehamilan yang sangat biasa dilalui oleh semua wanita mengandung. Berikut tini kongsikan beberapa tanda awal kehamilan untuk tiga bulan pertama kandungan.

TANDA-TANDA AWAL KEHAMILAN UNTUK TIGA BULAN PERTAMA

1. mual dan muntah (morning sickness)
Istilah ini sangat sering kita dengar dan hampir semua wanita hamil akan melalui morning sickness. Biasanya perasaan mual dan loya ini melalui masa puncaknya di awal pagi dan ada juga pada lewat petang. Bergantung kepada keadaan ibu yang mengandung.

bagaimana menghadapi morning sickness?
Yang paling penting ibu-ibu perlu memastikan perut mereka tidak kosong terlalu lama. Kerapkan pengambilan makanan dalam kuantiti kecil. Contohnya bekalkan biskut-biskut atau coklat untuk senggang masa antara waktu makan. Jika alahan anda terlalu teruk sehingga hilang selera makan, dapatkan makanan yang boleh anda telan sekalipun bukan makanan yang mengenyangkan. Contohnya jika kita hilang selera makan nasi dan lauk pauk tetapi hanya dapat makan epal dan buah-buahan lain. Makanlah buah-buahan tersebut sekalipun mungkin tidak mengenyangkan tetapi tetap mendapat khasiat yang baik untuk kandungan kita.

2. Deria bau yang lebih kuat
ini saya akui kerana sekalipun orang di sekeliling kita tidak menyedari sesuatu bau ibu mengandung memang akan dapat menghidu dengan jelas. Hihi. Nasiblah kalau bau badan suami pun tak dapat nak dielak.

3. Kerap buang air kecil
ini adalah perkara biasa kerana salur kencing yang memang hampir dengan rahim wanita. Apabila mengandung, rahim wanita memang sedang berkembang dan membesar dan ini mempengaruhi kekerapan ibu-ibu untuk membuang air kecil. Jadi adalah normal untuk ibu-ibu hamil kerap ke tandas tau.

4.Kepenatan melampau.
Biasanya kepenatan melampau ni pun antara yang dipanggil alahan. ada sesetengah ibu yang akan merasa selalu mengantuk dan badan nak berbaring je. Bila baring mula mata tu nak terpejam je ye. Tu pun antara alahan yang kerap melanda ibu-ibu hamil di awal kehamilan.

Tini ni baru mengandung sekali.Jadi tak banyak sangat lagi pengalaman yang boleh dikongsi. Tapi kalau ingat balik, memang saya ni jenis yang agak teruk alahannya.Penat, letih dan lesu memanjang. masak pun dapat.Makan pun tak selera.Kronik sikit alahan sehingga kandungan 4 bulan lebih..hihi,.Tu masa Azra dulu la.



Untuk pembaca blog saya yang bergelar wanita hamil, tahniah.Tini doakan segala urusan sepanjang kehamilan akan dipermudahkan.Oh ye, jangan lupa suburkan anak-anak kita dengan akhlak al-Quran dan bacaan Al-Quran ye.

Bagi yang ingin mendapatkan makanan tambahan untuk kecergasan dan mengatasi alahan serta keletihan melampau, Qaseh Gold menawarkan Qaseh Adinda dan Sole. Gabungan set kehamilan ini banyak membantu ibu-ibu hamil di trimester pertama menghadapi alahan dan memberi tenaga tambahan.





Untuk mendapatkan set hamil Qaseh, boleh hubungi tini segera. InsyaAllah, tini akan consult sepanjang pengamalan anda dengan produk kami.

Hubungi tini segera ye.

SAYA AMAL, SAYA KONGSI, SAYA JUAL

KARTINI BINTI JUSOH
014-2907448

https://www.facebook.com/tini.kartini.140

Tiada ulasan:

Catat Ulasan