Khamis, 3 Disember 2015

MAKANAN UNTUK WANITA HAMIL TRIMESTER PERTAMA

Assalamualaikum dan salam berqaseh untuk semua. 

Pagi ni tini teringin untuk kongsikan beberapa makanan terbaik yang boleh wanita hamil trimester pertama ambil. Yang penting perlu untuk kita faham bahawan makanan sangat mempengaruhi kita sebagai wanita yang sedang mengandung serta boleh mempengaruhi kandungan kita. Kenapa pemakanan penting dalam trimester pertama?

Makanan yang diambil pada tiga bulan pertama kandungan akan mempengaruhi perkembangan dan kesihatan janin yang dikandung.Diet yang sihat dan seimbang adalah sangat penting untuk mereka terutamanya makanan yang mengandungi Vitamin A, folat dan karotena. Alahan teruk sehingga tiada selera makan?

Itu adalah perkara normal untuk seorang ibu hamil. Alahan yang teruk menunjukkan bahawa perkembangan anak dalam kandungan adalah baik dan sihat. Namun demikian, ibu yang bijak mesti kreatif mempelbagaikan gaya masakan yang dapat memenuhi selera ibu mengandung.


MAKANAN UNTUK WANITA HAMIL TRIMESTER PERTAMA

1. sayur-sayuran
Sayuran hijau mengandungi folat atau nutrisi penting untuk pertumbuhan sel. Folat yang diperolehi secara semulajadi boleh didapati dalam sayuran seperti bayam, sawi, brokoli dan asparagus.

Tak selera nak makan? Memang lah mana lah tekak kita nak terima kan? Cuba olah sayuran kita jadi salad, kerabu atau sup sayur sahaja.


2. Buah-buahan
Buaha-buahan adalah pilihan terbaik untuk ibu-ibu hamil yang sedang hilang selera makan. Sangat mudah untuk dimakan kan? Lagi pun dalam buah-buahan ni terdapat mineral dan vitamin yang dapat mengekalkan kesihatan janin kita.

Antara buah-buahan yang baik ialah kurma, epal, anggur, pisang dan lain-lain.


3. Susu dan produk tenusu
Susu adalah sangat penting ye. Protein dan Kalsium yang tinggi dalam susu akan membantu pembentukan sel tulang untuk janin yang dikandung. Perkembangan sel memang sangat pesat untuk tiga bulan pertama, jadi ibu-ibu memang kena perbanyakkan protein untuk membantu pembentukan sel anak-anak yang sedang dikandung.

4. Makanan tinggi protein
Bab ni tak susah sangat kan jika kita masih mengambil nasi setiap hari. Walaupun tak makan nasi terlalu banyak, pastikan lauk yang diambil seperti ayam, ikan dan lauk lain yang kaya protein diambil dalam portion yang lebih sedikit. 
Seperti yang saya sebutkan tadi, protein sangat penting pada tiga bulan pertama untuk pertumbuhan dan perkembangan sel kandungan anda.


Apa sahaja yang kita ambil pastinya memberi kesan kepada janin yang dikandung. Jika alahan anda terlalu teruk, cuba mabil makanan secara kerap dalam kuantiti kecil seperti biskut-biskut dan coklat. InsyaAllah cara ini mengurangkan rasa mual dalam diri kita.

Untuk makanan tambahan, suka untuk tini cadangkan Qaseh Adinda untuk anda yang sedang mengalami alahan teruk dan toada selera makan. Kandungan Qaseh Adinda yang sangat kaya dengan kurma dapat memberi tenaga segera untuk anda dan membekalkan pelbagai nutrisi terbaik dengan campuran pelbagai makanan sunnah di dalamnya. 







Untuk mendapatkan makanan tambahan untuk kehamilan trimester pertama anda, hubungi tini tanpa segan tau.

KARTINI JUSOH
Pengedar Qaseh Gold
0142907448


Tiada ulasan:

Catat Ulasan