Isnin, 30 November 2015

INDAHNYA BERQASEH

Alhamdulillah, malam ni Allah izinkan saya kembali menulis. Kesibukan dengan tugasan harian di hujung tahun membantutkan masa saya untuk menulis. Seronok kembali menarikan tangan di atas keyboard.

Malam ni saya hanya ingin berkongsi kisah. Kisah tentang indahnya berQaseh. Bulan lepas, saya mengenali seorang customer dari page Ummi tiniey's shop. Katanya terlihat iklan tentang Qaseh sebelum ni dan berminat nak mencuba untuk anak-anaknya.

Saya sambut dengan baik. Bahkan saya yakin mungkin ini jalan terbaik yang Allah pilih untuk saya. Mungkin rezeki akan datang kan. Alhamdulillah, urusan jual beli berlangsung dengan baik. Bahkan customer tini ni seorang yang sangat humble.

Dalam indahnya kekalutan closing masa tu, saya mula menghantar order customer tini ni kepada stokis saya untuk urusan penyediaan produk dan pengeposan. Tapi tak tahu macam mana mata saya ni terkhilaf apabila alamat rumah beliau tertukar dari 14/10 menjadi 41/10. Biasanya kalausaya menggunakan khidmat poslaju sehari pun barang dah sampai. Contohnya hari ni pos, komfem esok barang dah sampai.

Alkisahnya barang customer saya ni dah berhari-hari tak sampai. So saya komfemkan alamat rumah dengannya.Katanya alamat dah betul. Saya dah mula gelisah. Tak pernah lagi sejak berqaseh ni jadi macam ni. Dulu masa jual kosmetik Kayla memang pernah juga berlaku.Tapi sebab customer tak de kat rumah dan posmen sendiri yang call sebab tak de orang nak ambil barang. Huhu. dalam hati ni berdebar sangat.

Alhamdulillah, pagi esoknya customer saya beritahu baru perasan no rumah yang salah. Bukan 41/10 tetapi 14/10..Hoho, berusaha lah saya menelefon pejabat pos Batu Caves beberapa kali. Alhamdulillah, selepas setengah jam mencuba baru lah kakitangannya mengangkat telefon. Selepas penukaran alamat, baru lah saya lega. Syukur juga semasa saya meminta maaf kerana kesilapan saya tu, customer saya ni sangat cool dan baik hati. Yang bestnya very soft spoken.

Syukur, esoknya Qaseh selamat sampai kepada customer saya ni. Terlalu banyak yang Allah ingin saya belajar dari pengalaman ini. Walaupun dihimpit masalah, namun saya yakin ukhwah yang terbina antara saya dengan customer ni menjadi lebih harum dengan kesantunan dan pekerti antara kedua-dua pihak. Saya masih teringat dengan bicara lembutnya, semua orang buat silap kak, tak pe.Syukur sangat, inilah antara keindahan yang saya dapat dengan berqaseh.

Biarpun masa berlalu ukhwah kami makin utuh apabila pada bulan November ni jugak, beliau membuat keputusan untuk sama-sama berqaseh dengan team kami yang sangat hebat. Satu keputusan yang saya sangat alukan dengan tangan dan hati terbuka. Welcome dear, jom sama-sama berqaseh dan sebarkan manfaat berqaseh kepada semua.

Ini gambar insan yang saya ceritakan tadi. Sabina Habib



Yang sedang mencari-cari suplement kenapa tidak mencuba Qaseh? Formulasi makanan sunnah dengan 7 jenis makanan sunnah yang hebat. Jom hubungi tini untuk setiap masalah yang dihadapi kerana sesungguhnya berqaseh itu indah. Kita yang menyantuni setiap ukhwah ini.

Salam berqaseh untuk semua.

KARTINI BINTI JUSOH
KONSULTAN QASEH GOLD
013 9924660 (SMS/WHATS APP/ CALL)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan