Selasa, 3 November 2015

RESIPI MASAK IKAN SALAI DENGAN TEMPOYAK

Ok, malam ni tini nak share satu resipi yang tini belajar dengan orang Jerantut ni. Sejak duk Pahang ni, memang pandai lah saya makan tempoyak. Ikan salai pun dah makan sekarang ni. So malam ni tini nak share lah satu resipi yang tini belajar dari Pahang. Resipi masak lemak ikan salai, erm..sedap tau.

RESIPI UNTUK MASAK LEMAK TEMPOYAK

1.Ikan salai
2. kunyit hidup
3. 2 batang serai
4. asam keping
5. daun kunyit
6. garam dan gula secukup rasa
7, bawang dan kuching
8. Bawang dan cili kering.

1. CUCI IKAN SALAI
Mula-mula pastikan ikan salai dibersihkan bersih dan kering. Ikut petua orang lama boleh cuci menggunakan tepung gandum. Salut tepung kepada ikan. Biarkan sekejap dan cuci. Kemudian ambil asam limau nipis dan perah ke dalam air berisi ikan salai tadi. Bersihkan dan toskan ikan yang disalai

2. Tempoyak ikan salai
Kisar bawang, cili api hingga hancur
Tumiskan bahan kisar  sehingga masak dan naik bau

3. Masukkan serai yang ditindik bersama dengan asam keping. Kemudian masukkan ayam dan tunggu sehingga ayam masak. Tempoyak, Garam dan perisa dah boleh dimasukkan semasa kuah nak menggelegak. Saya pilih garam masakan Ana Edar tau.

4. Masukkan santan dan biarkan sehingga kuah mendidih. Kemudian hirisan daun kunyit ditabur ke dalam periuk.Sedap baunya bila daun kunyit ditabur. Tunggu sekejap dan padamkan api.

Bestnya bila dihidang panas-panas dan dimakan dengan nasi kosong. Wow, boleh ke laut diet kita.Haha..



SELAMAT MENCUBA!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan