Isnin, 9 November 2015

TAMBAH ILMU MAKANAN SUNNAH DI HQ ANA EDAR

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.Lamanya tak menaip dan bercerita.Harini cukup tujuh hari saya membiarkan sawang di blog. Kesian cinta hati saya ni. Pagi ni tini nak up pengalaman tini ke HQ Ana Edar buat kali pertama. Cinta dan qaseh untuk makanan sunnah ni buat tini sanggup ke HQ Ana Edar untuk menambahkan ilmu.

Kami bertolak dari Jerantut pukul 7.00 pagi, tu pun ingatkan dah lambat sangat. Maklumlah kali pertama nak ke HQ Ana Edar, tempat yang tak pernah kami sampai. Pagi tu sempat lagi goreng mee untuk breakfast kami bertiga. Pastinya berperisakan garam kristal Ana Edar. So breakfast awal pagi lagi dalam pukul 6.30 pagi. Lepas tu, tini mandikan Azra dan siapkan keperluan anak untuk dibawa. Kul 7.00 pagi kami mula turun dari rumah. Dalam hati berdoa juga supaya perjalanan kami dimudahkan.

Pukul 9.00 pagi kami masih berpusing-pusing mencari jalan ke HQ. Ikutkan GPS tu bukan main lagi tunjuk anak panah dekat je tapi asyik berulang ke jalan sama je. So saya call boss saya, Siti Nor Aisyah untuk dapatkan lokasi sebenar HQ.Alhamdulillah selepas berpusing-pusing tu kami selamat sampai ke HQ dalam pukl 9.20 pagi. Rupanya melalui jalan yang sama kami lalu tadi je.Huhu.

Alhamdulillah, walaupun sampai sedikit lewat tapi syukur terlalu banyak ilmu yang dikongsikan bersama. Perkara paling penting ialah sebagai seorang konsultan bagi produk Qaseh, setiap rania bertanggungjawab untuk mendalami ilmu makanan sunnah ni.Ilmu ni lah yang penting sangat untuk kita dalami dan sebarkan kepada umum. Bukan satu perkara mudah selepas menggalas tanggungjawab sebagai rania. 

Kami bermula dengan melihat kepada kebaikan yang ada pada setiap makanan sunnah yang terkandung dalam Qaseh Gold. Kurma dan madu sebagai ramuan utama memberi terlalu banyak kebaikan sampaikan tini sendiri rasa alahai ruginya kalau tak amal dengan konsisten qaseh-qaseh ni. Mampu tak kita makan kurma dan madu secara konsisten setiap hari? Tapi hanya dengan sebotol Qaseh, khasiat madu dan kurma akan diperolehi dengan optimum. 

Kami juga diingatkan bahawa Qaseh Gold bukan makanan sunnah. Tetapi Qaseh adalah formulasi makanan sunnah yang mampu memberi khasiat dari makanan sunnah itu sendiri. Qaseh juga bukan ubat! Qaseh adalah makanan tambahan yang mencukupkan keperluan nutrien kita sehingga mampu mengatasi dan merawat pelbagai masalah dan gangguan dalam sistem tubuh kita.

Puan Hasniza selaku Pengarah Eksekutif dan Penasihat Kesihatan kepada Qaseh Gold atau lebih tepat isteri kepada pemilik Syarikat Ana Edar adalah speaker pada hari tersebut. Saya sangat kagum dengan wanita kecil molek tetapi gagah dan yakin keperluan Qaseh Gold kepada umum. Ini menguatkan lagi semangat saya untuk menyebarkan kebaikan Qaseh kepada umum.



Dari khasiat semua makanan sunnah, kami beralih ke produk Qaseh Gold yang lebih spesifik. Masa ni Azra saya dah duduk tak diam. Mana yang sempat salin saya salin. Tapi tu lah banyak benda yang tak sempat sebenarnya.Asyik berkejar dengan Azra. Kejap gi usik anka orang. Kacau baby yang sedang tidur. Adoi aktif betul anak junior saya. Mujur lah pihak pengurusan memberikan ruang kepada anak-anak  kami usahawan Qaseh ni bermain-main dan berkawan.

Majlis ilmu ini tamat pada pukul 1.30 tengah hari. Terasa tak pausnya berbual dengan rakan-rakan niaga Qaseh dan bertukar-tukar cerita tentang kebaikan Qaseh kepada keluarga masing-masing. Memang majlis ilmu ini bukan sahaja menambahkna ilmu saya sebagai usahawan Qaseh tetapi melahirkan rasa kagum dengan syarikat bumiputera yang bersungguh-sungguh mengangkat makanan sunnah sebagai produk kesihatan terbaik.

Tini sertakan gambar-gambar sepanjang kami di sini ye. Bukan mudah nak sampai ke HQ dari Jerantut tau. Hihi.

Oh ye, entry akan datang tini akan sediakan pakej menarik utnuk anda yang berminat menjadi rakan niaga saya. Ayuh kita sebarkan kebaikan Qaseh kepada semua tau.


KARTINI JUSOH
KONSULTAN
QASEH GOLD JERANTUT
0139924660

Tiada ulasan:

Catat Ulasan