Rabu, 27 Januari 2016

BAGAIMANA UNTUK MENGETAHUI KEHAMILAN NORMAL ATAU EKTOPIK

Assalamualaikum dan selamat berjuang di tahun baru.

Baru-baru ni banyak pula cerita tentang kehamilan yang berlaku di luar rahim. Bila dah dengar cerita ni, sedikit sebanyak menarik minat tini untuk mendalami tentang kehamilan ektopik. Sebab itu, tini akan share kan sedikit tentang pengetahuan kehamilan normal dan ektopik ni.Bagaimana kita boleh mengenali kehamilan normal atau kehamilan ektopik.

MAKSUD KEHAMILAN EKTOPIK
Berdasarkan buku Penjagaan dan Kesihatan Wanita Hamil, yang ditulis oleh Puan Haiza Noor dan Norizan Abu Samah,kehamilan ektopik berlaku kerana sel telur yang telah disenyawakan akan berkembang di dalam salur tiub fallopio.Salur tiub fallopio adalah saluran untuk sel telur (ovum) disenyawakan sahaja.



Dikatakan dalam 200 kehamilan berlaku, kemungkinan satu daripada 200 kehamilan tersebut akan dikesan mengalami kehamilan ektopik. Bahkan ibu hamil ektopik juga turut merasai alahan dan tanda-tanda kehamilan normal di peringkat awal kehamilan. Namun demikian, perkembangan bayi akan hanya berlaku sekitar awal kehamilan sahaja. Lebih kurang usia kandungan mencecah 3 bulan, salur tiub akan mengalami had maksimum menyebabkan perkembangan zigot terhad dan jika tidak dikesan awal, kehamilan boleh menyebabkan salur tiub mengembang dan pecah.

TANDA-TANDA KEHAMILAN EKTOPIK

1. Pada peringkat awal kehamilan iaitu bulan pertama hingga kedua, ibu hamil turut mearasai tanda alahan dan mungkin turut merasai perasaan nyeri setiap kali perut berkembang. Perasaan loya, ingin  muntah, pening, penat serta hilang selera makan adalah antara gejala kehamilan biasa yang berlaku dan turut dirasai oleh ibu hamil ektopik. 

2. Namun demikian, ada sesetengah kes hamil ektopik turut menyebabkan komplikasi lain iaitu sakit bahagian perut dan pelvis yang teruk. 

3. Pendarahan di vagina yang kerap terutamanya dengan keluarnya darah berwarna coklat-coklat. 

4. Denyutan jantung yang lebih laju.

PANDANGAN NEGATIF IBU-IBU

Ramai yang beranggapan bahawa kehamilan pertama yang dilalui dengan kehamilan ektopik akan menyebabkan kehamilan berikutnya berisiko mengalami kehamilan ektopik juga.

Sebagai seorang wanita, ubah persepsi dan anggapan negatif berikut supaya yakin dan percaya bahawa kehamilan yang normal akan berlaku dalam masa yang terdekat. Menurut Prof. Dr. Muhaya anggapan dan pemikiran negatif atau positif umpama doa yang akan menentukan masa depan kita. 

Maka, kegagalan kehamilan pertama bukan penentu untuk kegagalan pada kehamilan berikutnya. Yang penting, usaha dan doa untuk mendapatkan zuriat.


Bagi anda yang sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat kembali selepas kegagalan kehamilan pertama, hubungi tini untuk mendapatkan set kehamilan Qaseh yang terdiri daripada Qaseh Adinda , Sole dan Qaseh Kekanda.


KARTINI JUSOH
Pengedar Qaseh Gold
0139924660(whatsapp)
0142907448


Rabu, 6 Januari 2016

SELAMAT MEMULAKAN SESI PERSEKOLAH 2016

Assalamualaikum..Selamat datang 2016.

Seperti biasa sesi persekolahan 2016 bermula pada hari Isnin minggu pertama bulan Januari. ahun 2016 sesi persekolahan di Pantai Barat bermula pada hari Isni 4 Januari. Agak mengujakan sebab tahun ni sekolah bermula tanpa perlu menghadapi banjir lagi. Alhamdulillah.

Sebenarnya sesi pendaftaran pelajar tingkatan satu di SMK Sg Retang bermula pada hari Sabtu 2 Januari. Seronok tengok pelajar-pelajar yang comel datang dengan pakaian sekolah lengkap dan mendaftar. Maklum lah baru datang sekolah baru.

Isnin, 4 Januari kebanyakan pelajar datang dengan baju sekolah baru. Cikgu-cikgu pun sama.Ada yang datang dengan baju baru, tudung baru, hand bag baru, kemeja baru, kasut baru. Pendek kata cuti sebulan memang memberi semngat baru kepada warga sekolah sama ada guru mahu pun pelajar.

Namun seperti biasa di celah-celah kehidupan, pastinya ada kisah duka yang tidak mampu dielak. Saat kita mendaftarkan pelajar baru, ada ibu bapa yang merayu untuk menangguhkan pembayaran yuran disebabkan ketidakmampuan. Ada yang membawa anak ke sekolah dengan kasut yang sudah uzur. Ada ibu bapa yang datang dengan pelbagai kisah. Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Keadaan ekonomi tidak pernah memberi sinar harapan buat warga kampung yang sentiasa hidup dalam kemiskinan.

Doa kami warga pendidik biarlah ibu bapa mereka terbelenggu dengan kemiskinan, namun anak-anak yang dihantar mesti dididik untuk mereka memandang ke luar dan membina kehidupan yang lebih baik. 2016 mungkin tahun yang memberi 1001 kepahitan dengan kemelesetan ekonomi yang teruk. Namun semoga Allah melimpahkan rezeki buat semua.

Selamat Tahun baru untuk semua.Salam berqaseh dari saya, Cikgu Kartini Jusoh.

Pengedar Qaseh Gold Jerantut
013-9924660
FB:

Jumaat, 1 Januari 2016

KEGUGURAN SEMASA HAMIL, PUNCA DAN CARA MENGATASI

Kehamilan berlaku apabila bercantumnya sperma dan ovum di dalam rahim seorang wanita. Namun, dikatakan satu dalam lima kehamilan terdapat keguguran yang mana ianya tidak dapat dielak dengan kudrat manusia.

PUNCA BERLAKUNYA KEGUGURAN

Apabila seorang wanita disahkan positif hamil, bayi membawa 23 kromosom dalam sperma(mewakili bapa) dan 23 lagi kromosom yang terdapat dalam ovum(mewakili ibu). Sempurnanya perkembangan kromosom akan membantu berlakunya perkembangan bayi yang sempurna. Ini sekaligus mengelakkan keguguran berlaku.
Adakah ketidaksempurnaan kromosom ini disebabkan ibu dan bapa tidak sihat?
TIDAK sama sekali. Bagaimana kromosom yang tidak normal ini berlaku tidak dapat dipastikan oleh pakar perubatan sendiri. So, lebih sennag untuk tini fahami ia bukan rezeki kita lagi kan.
Selain itu, kegagalan embrio berkembang dengan baik juga menjadi penyebab keguguran di awal kehamilan.

TANDA-TANDA KEGUGURAN

Tanda keguguran itu biasanya bermula apabila berlakunya pendarahan dari faraj. Darah yang keluar dipanggil sebagai 'ancaman keguguran atau 'threatened miscarriage'. Darah yang keluar akan diikuti dengan rasa sakit pada bahagian perut seperti sakit senggugut. Jika pendarahan kembali normal selepas keguguran di mana darah semakin berkurang setiap hari kemungkinan besar keguguran berlaku dengan sempurna. Sebaliknya jika keguguran diikuti dengan pendarahan tanpa henti dalam kuantiti yang banyak, anda perlu segera menghubungi doktor untuk memastikan bahawa keguguran telah berlaku dengan sempurna.

APA YANG BOLEH DILAKUKAN SELEPAS KEGUGURAN?

1. Dapatkan rehat yang cukup kerana anda baru sahaja kehilangan darah. Pastikan keadaan diri kembali kuat untuk meneruskan aktiviti harian

2. Elakkan makanan yang boleh menyebabkan bentan iaitu sayuran yang sejuk seperti timun, tembikai, ubi dan lain-lain. Elakkan juga tumbuhan yang tumbuh menjalar seperti kacang panjang, labu dan lain-lain.
Pengambilan makanan di atas menyebabkan angin dalam badan dan anda mungkin berdepan masalah bentan atau sakit badan yang teruk.

3. Digalakkan untuk bertungku dan mendapatkan urutan untuk mengembalikan kesegaran tubuh dan membantu pengaliran darah berjalalan dnegan baik.

4. Lengkapkan diet berpantang dengan makanan berkhasiat atau dapatkan makanan tambahan untuk menampung kekurangan zat makanan semasa berpantang.

5. Dapatkan Qaseh Gold dari saya, pengedar sah anda..hihi..


BAGAIMANA QASEH GOLD MEMBANTU?
Kepentingan zat mineral SOLE:
------------------------
🌕 setiap sel hidup bergantung kpd mineral utk pembentukan struktur dan untuk ia berfungsi.

🌕mineral diperlukan utk pembentukan darah, tulang, komposisi cecair badan, fungsi saraf yg sihat, operasi sistem kardiovaskular dan lain-lain.

🌕Elemen-elemen zat mineral ini berspektra luas dan berbentuk ionik (bercaj elektrik) yg berfungsi sebagai penggiat setiap sel. Ia berperanan di peringkat selular utk aktiviti biologikal, fizikal dan fungsi mental.

🌕 Bekalan zat-zat mineral ini adalah unsur asas yg sangat penting bagi menghasilkan pelbagai jenis cairan biologi manusia dan juga penting untuk penyerapan zat-zat makanan. Ia adalah keperluan untuk semua peringkat umur! 

KEPENTINGAN QASEH GOLD ADINDA

9 kandungan bahan yang terdapat dalam QASEH ADINDA

1-AIR ZAM-ZAM--air terbaik dunia, paling suci, bersih, berkualiti ,kaya mineral

2-KURMA--pelbagai khasiat & nutrisi untuk tubuh & emosi

3-MADU--''..dengan itu keluarlah dari badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia...(An-Nahlu:69)

4-HABBATUS SAUDA'--penawar segala penyakit (riwayat bukhari)

5-DELIMA--antioksidan tinggi untuk mencegah kanser, juga baik untuk kecantikan tubuh wanita

6-BUAH ZAITUN---buahan yang disebut dalam Al-Quran (an-Nur ayat 35)

7-ZA'FARAN---Raja segala rempah kerana harganya sangat mahal setanding harga emas pasaran!

8-ARABIC GUM--mengandungi prebiotik semulajadi yang baik untuk perut

9-BUAH TIIN--Allah bersumpah dengan buah tiin di dalam Al-Quran, bermaksud padanya ada tanda-tanda kebesaran Allah

Jika anda berminat untuk menaparkan Qaseh, jangan lupa hubungi tini segera ye.

KARTINI JUSOH
Pengedar Qaseh Gold
0142907448