Rabu, 6 Januari 2016

SELAMAT MEMULAKAN SESI PERSEKOLAH 2016

Assalamualaikum..Selamat datang 2016.

Seperti biasa sesi persekolahan 2016 bermula pada hari Isnin minggu pertama bulan Januari. ahun 2016 sesi persekolahan di Pantai Barat bermula pada hari Isni 4 Januari. Agak mengujakan sebab tahun ni sekolah bermula tanpa perlu menghadapi banjir lagi. Alhamdulillah.

Sebenarnya sesi pendaftaran pelajar tingkatan satu di SMK Sg Retang bermula pada hari Sabtu 2 Januari. Seronok tengok pelajar-pelajar yang comel datang dengan pakaian sekolah lengkap dan mendaftar. Maklum lah baru datang sekolah baru.

Isnin, 4 Januari kebanyakan pelajar datang dengan baju sekolah baru. Cikgu-cikgu pun sama.Ada yang datang dengan baju baru, tudung baru, hand bag baru, kemeja baru, kasut baru. Pendek kata cuti sebulan memang memberi semngat baru kepada warga sekolah sama ada guru mahu pun pelajar.

Namun seperti biasa di celah-celah kehidupan, pastinya ada kisah duka yang tidak mampu dielak. Saat kita mendaftarkan pelajar baru, ada ibu bapa yang merayu untuk menangguhkan pembayaran yuran disebabkan ketidakmampuan. Ada yang membawa anak ke sekolah dengan kasut yang sudah uzur. Ada ibu bapa yang datang dengan pelbagai kisah. Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Keadaan ekonomi tidak pernah memberi sinar harapan buat warga kampung yang sentiasa hidup dalam kemiskinan.

Doa kami warga pendidik biarlah ibu bapa mereka terbelenggu dengan kemiskinan, namun anak-anak yang dihantar mesti dididik untuk mereka memandang ke luar dan membina kehidupan yang lebih baik. 2016 mungkin tahun yang memberi 1001 kepahitan dengan kemelesetan ekonomi yang teruk. Namun semoga Allah melimpahkan rezeki buat semua.

Selamat Tahun baru untuk semua.Salam berqaseh dari saya, Cikgu Kartini Jusoh.

Pengedar Qaseh Gold Jerantut
013-9924660
FB:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan