Baru-baru ni banyak pula cerita tentang kehamilan yang berlaku di luar rahim. Bila dah dengar cerita ni, sedikit sebanyak menarik minat tini untuk mendalami tentang kehamilan ektopik. Sebab itu, tini akan share kan sedikit tentang pengetahuan kehamilan normal dan ektopik ni.Bagaimana kita boleh mengenali kehamilan normal atau kehamilan ektopik.
MAKSUD KEHAMILAN EKTOPIK
Berdasarkan buku Penjagaan dan Kesihatan Wanita Hamil, yang ditulis oleh Puan Haiza Noor dan Norizan Abu Samah,kehamilan ektopik berlaku kerana sel telur yang telah disenyawakan akan berkembang di dalam salur tiub fallopio.Salur tiub fallopio adalah saluran untuk sel telur (ovum) disenyawakan sahaja.
Dikatakan dalam 200 kehamilan berlaku, kemungkinan satu daripada 200 kehamilan tersebut akan dikesan mengalami kehamilan ektopik. Bahkan ibu hamil ektopik juga turut merasai alahan dan tanda-tanda kehamilan normal di peringkat awal kehamilan. Namun demikian, perkembangan bayi akan hanya berlaku sekitar awal kehamilan sahaja. Lebih kurang usia kandungan mencecah 3 bulan, salur tiub akan mengalami had maksimum menyebabkan perkembangan zigot terhad dan jika tidak dikesan awal, kehamilan boleh menyebabkan salur tiub mengembang dan pecah.
TANDA-TANDA KEHAMILAN EKTOPIK
1. Pada peringkat awal kehamilan iaitu bulan pertama hingga kedua, ibu hamil turut mearasai tanda alahan dan mungkin turut merasai perasaan nyeri setiap kali perut berkembang. Perasaan loya, ingin muntah, pening, penat serta hilang selera makan adalah antara gejala kehamilan biasa yang berlaku dan turut dirasai oleh ibu hamil ektopik.
2. Namun demikian, ada sesetengah kes hamil ektopik turut menyebabkan komplikasi lain iaitu sakit bahagian perut dan pelvis yang teruk.
3. Pendarahan di vagina yang kerap terutamanya dengan keluarnya darah berwarna coklat-coklat.
4. Denyutan jantung yang lebih laju.
PANDANGAN NEGATIF IBU-IBU
Ramai yang beranggapan bahawa kehamilan pertama yang dilalui dengan kehamilan ektopik akan menyebabkan kehamilan berikutnya berisiko mengalami kehamilan ektopik juga.
Sebagai seorang wanita, ubah persepsi dan anggapan negatif berikut supaya yakin dan percaya bahawa kehamilan yang normal akan berlaku dalam masa yang terdekat. Menurut Prof. Dr. Muhaya anggapan dan pemikiran negatif atau positif umpama doa yang akan menentukan masa depan kita.
Maka, kegagalan kehamilan pertama bukan penentu untuk kegagalan pada kehamilan berikutnya. Yang penting, usaha dan doa untuk mendapatkan zuriat.
KARTINI JUSOH
Pengedar Qaseh Gold
0139924660(whatsapp)
0142907448
Tiada ulasan:
Catat Ulasan