Selasa, 23 Februari 2016

LAGI TESTIMONI UNTUK SUSU MELIMPAH

Assalamualaikum dan salam berqaseh..

Tini sebenarnya dah nak tidur, tapi terbelek whatsapp tadi. Oooh.. tini kena share ni testimoni best ni. Khas untuk ibu-ibu yang sedang berjuang menyusukan bayi dengan susu ibu.

Seperti yang tini pernah post sebelum ni, masalah kekurangan susu ibu boleh berlaku akibat masalah persekitaran serta stress dan penat yang melampau. Keadaan ini akan menyebabkan ketidakstabilan pengeluaran susu. InsyaAllah boleh rujuk semula artikel sebelum ni ye.

Klik sini ye; http://qaseh83.blogspot.my/2015/07/susu-badan-kurangbagaimana-nak-bagi.html

Oh ye, kisahnya beberapa minggu lepas lagi sorang kawan tini duk bagitau susu dia dah makin kurang. Tini faham sangat dengan masalah dia. Maklumlah membesarkan anak berusia setahun lebih seorang diri tanpa suami di sisi memang sangat memenatkan. Ditambah lagi dengan urusan kerja dan serangan persekitaran sekarang yang panas dan hujan berselang. Semuanya mengundang masalah yang membuatkan sahabat tini ni sangat stress.



Bila tini share-share tentang Qaseh Gold yang begitu menyokong penyusuan ibu secara meluas. Tini share kan kebaikan Qaseh Adinda untuk merangsang pengeluaran susu lebih banyak. So, lepas cuti CNY yang lepas terus dia order. Alhamdulillah, tiga hari selepas amalkan Adinda dengan konsisten terus wasap tini yang masa tu tengah makan kat kantin sekolah.




Lepas je pam, terus wasap tini. Tini pun tumpang seronok bila dapat membantu dia. Mesti dia dah tak risau lagi dengan stok susu untuk anak terunanya.

Oh ye, baru beberapa hari lepas pylak syok dia bercerita yang periodnya memang datang mencurah-curah.Sejak bersalin, period nya tak pernah 'lawas' dan banyak macam tu.
So, sy bagitau tu pun kesan pengambilan adinda yg konsisten. Lagipun berkat makanan sunnah yang terkandung dalam adinda membantu membetulkan masalah dalaman wanita.

Wanita-wanita gojes semua..jangan bertangguh untuk mendapatkan qaseh adinda tau.Adinda memang terbaik untuk membantu masalah dalaman wanita. kalau kita yang tak sayang diri kita, ada kah orang lain kisah?

Jom hubungi tini untuk mendapatkan qaseh adinda.InsyaAllah, ikhtiar kira dipermudahkan.

hubungi saya,

KARTINI JUSOH
KONSULTAN QASEH GOLD
014 2907448


Isnin, 22 Februari 2016

KENCING MANIS SEMASA HAMIL

Assalamualaikum dan salam berqaseh untuk semua.

Alhamdulillah, malam ni tini terima satu mesej dari seorang kawan yang terpaksa mengambil suntikan insulin untuk kehamilannya sekarang. Lantas bertanyakan produk yang sesuai untuknya.

Teringat kehamilan tini yang lepas apabila tini juga disahkan menghadapi masalah GDM atau kencing manis semasa hamil. Mengikut istilah perubatan, kencing manis semasa hamil adalah dikenali sebagai diabetis gestasi.

KENAPA BOLEH BERLAKU DIABETIS GESTASI?

Kencing manis semasa hamil berlaku kerana badan seseorang yang gagal menghasilkan sejenis hormon yang kita kenali sebagai 'insulin' untuk keperluan badan dengan secukupnya. Kalau badan kita mempunyai masalah untuk menyimpan insulin tambahan, paras gula dalam darah akan meningkat. Kesannya anda dikesan menghidap diabetis!

INSULIN??

Insulin ialah sejenis hormon yang dihasilkan oleh pankreas dan ia terkenal dengan dua tugas penting seperti berikut;

a) mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan oleh badan
b) membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan.

APAKAH KESAN KENCING MANIS SEMASA HAMIL?

Jangan terlalu memandang remeh ye. Gula yang melampau dalam darah menyebabkan gula merentasi plasenta dan bayi turut menerima tempias iaitu bayi dalam kandungan menjadi lebih besar. Bayi besar? Chances untuk bersalin secara pembedahan terpaksa dilakukan jika bayi kita sangat besar!!



Apa yang lebih menakutkan ialah jika bayi yang tinggi gula semasa dilahirkan memberi masalah kesihatan seperti bayi anda akan berdepan risiko gula dalam darah yang rendah (hipoglisemia), Bayi akan ditahan di hospital lebih lama untuk diawasi.

APAKAH YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH IBU HAMIL YANG MENGHIDAP KENCING MANIS?

1. Amalkan diet dan pemakanan yang seimbang. Yang paling utama, pemilihan makanan yang terbaik untuk mengurangkan kandungan gula dalam darah.

2. Senaman sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari? Penat?? Banyakkan berjalan kaki kerana berjalan kaki juga dapat mengurangkan kandungan gula dalam darah.

QASEH GOLD DAN KENCING MANIS

Jika anda menghadapi masalah kencing manis, Qaseh Gold menawarkan Sole untuk diamalkna sepanjang hari. Bagaimana? Hanya titiskan Sole ke dalam air minuman dan amalkan Sole sepanjang masa. Sangat mudah tau!!





NAK ATASI MASALAH KENCING MANIS ANDA??Hubungi tini seperti berikut

KARTINI BINTI JUSOH

0142907448(sms/whtsapp)
PENGEDAR SAH QASEH GOLD JERANTUT




Sabtu, 20 Februari 2016

Pentingkah aktiviti home schooling?

Sebenarnya saya ni masih dalam proses pembelajaran untuk memahami dan menggodek ilmu home schooling activity. Sejak Azra dah makin memahami bahasa dan pandai bercakap, saya mula mendalami home schooling activity yang mungkin dapat saya aplikasikan untuk Azra.

Berdasarkan pemahaman saya, homeschooling activity lebih kepada melatih kemahiran motor anak-anak, iaitu kemahiran motor kasar dan motor halus. Hihi..motor la plak memalam ni kan?
Selain meningkatkan kemahiran motor halus dan motor kasar anak, saya yakin homeschooling dapat mengikat bonding ibu dan anak menjadi lebih kuat. Nampak seronok je ibu dan anak semasa menjalankan aktiviti bersama-sama.

Sebenarnya nak bercerita lebih pun ini bukan bidang saya lagi. Namun, saya dah mula bertatih memahami homeschooling activity. Dan saya percaya kebolehan itu memang wujud secara semulajadi dalam diri anak-anak. Namun kebolehannya akan lebih cepat berkembang dengan galakan, sokongan dan perhatian ibu bapa.

Pagi tadi, semasa saya sedang memasak di dapur, saya tinggalkan Azra dengan beberapa bekas bersama penutupnya. Saya ajar untuk memadankan penutup dengan bekas yang sesuai. Saya perhatikan Azra saya yang terkial-kial memadankan penutup dengan bekasnya. Akhirnya ia menjadi mudah selepas dibiarkan beberapa lama. Ya, tetiba saya rasa anak saya dah makin besar sebab dapat buat tugasannya dengan jayanya. Alhamdulillah.

Nampak tak kelebihan homeschooling di situ? Mak pula yang terlebih excited dan menghargai bakat kecil anak. Sebab anak kita tak tahu pun kita sedang menilai mereka. Yang penting ilmu itu diperolehi daripada orang yang paling hampir dengannya, iaitu UMMI!

So tini sharekan beberapa gambar yang menunjukkan usaha Azra yang bersungguh-sungguh semasa menjalankan aktiviti tadi. Hihi





Oh ye, jangan lupa ye ibu-ibu semua, PROMOSI FEBRUARI 2016, pembelian dua botol Qaseh Junior melayakkan anda untuk mendapat satu puzzle comel yang boleh dimainkan bersama ibu dan anak.






KARTINI BINTI JUSOH
013 9924660
konsultan Qaseh Gold

Sabtu, 13 Februari 2016

MAULIDUR RASUL YANG MULIA

Assalamualaikuum semuua.

Sebenarnya malam ni tini teringin mengabadikan beberapa gambar yang diambil semasa sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah baru-baru ni. Mungkin sedikit terlewat namun tini rasa kenangan ni sangat indah untuk dikenang dan tini seronok melihat warna-warni sepanjang sambutan Maulidur Rasul tahun ni.

Seperti biasa, sambutan Maulidur Rasul pastinya sinonim dengan perbarisan dan kain rentang kan.
Pertama kali sepanjang lapan tahun menjadi guru ni kali pertama buat kain rentang. Sebab sebelum ni mengajar di Sarawak dan tak terlibat dengan proses membuat kain rentang ni. Huhu..maklum lah majoriti pelajar adalah bukan Islam.

Alhamdulillah, walaupun terkejar-kejar dengan kelas yang agak pack tini masih sempat menjenguk proses penghasilan kain rentang atau banner untuk sambutan Maulidur Rasul ni. Seronok tengok anak-anak didik yang begitu teruja melukis, mewarna dan memastikan kain rentang mereka hasilkan dalam keadaaan yang terbaik.

Alhamdulillah, mujur pertandingan hanya melibatkan unit beruniform. Kalu pertandingan mengikut kelas, masak lah saya nak handle bebudak tingkatan satu..Maklum lah jadi cikgu kelas tingkatan satu.
Seronok juga mewarna kain rentang selepas hampir sepuluh tahun saya tinggalkan berus dan warna.
Sepuluh tahun?Ye la, last sekali pegang berus masa tingkatan lima.Itu pun kerana subjek lukisan yang saya ambil. Jadi, tahun ni saya warnakan sendiri sebahagian kecil lukisan pada banner tersebut.

Setel bab banner, saya yang kali pertama menguruskan perbarisan ni diingatkan oleh cikgu penasihat lain untuk memastikan bunga manggar dan bunga pahar ada pada hari perbarisan tersebut. Adoi, nasib baik Cikgu Ain yang beritahu. Jenuh saya mencari bunga pahar dan bung manggar petang hari sebelum pertandingan tersebut. Alhamdulillah, segalanya dimudahkan. Terima kasih kepada suami yang sudi menemani saya sehingga ke malam hari.

Part paling best bila kami diumumkan sebagai naib Johan kain rentang yang dihasilkan. Kami kalah hanya dengan kiraan satu mata je tau. Itu pun juri kata kami kalah kerana tema yang dicipta kurang memenuhi tema Maulidur Rasul tahun ni. Tak pe lah rezeki kami hanya di sini. Bagi tini, pengalaman yang diperolehi lagi berharga. Insya Allah tahun hadapan kita cuba lagi kan.

Jom layan beberapa gambar kami ye.









NI LAH KAIN RENTANG UNIT PBSM KAMI YANG BERJAYA DAPAT TEMPAT KEDUA








NI ANAK MURID SAYA YANG SIBUK NAK GAMBARNYA DIAMBIL SEMASA PERBARISAN

Oh ye, sepanjang hari ni memang sangat memenatkan, namun saya tak lupa untuk ambil Qaseh Adinda setiap hari untuk atasi kepenatan saya. Maklum lah, kat sekolah kita dah penat dengan macam-macam tugasan dan balik rumah pastinya masa kita diisi dengan telatah dan ragam si manja dan suami. Alhamdulillah, mujur ada Qaseh.

Yang nak dapatkan Qaseh, boleh hubungi tini ye. COD sekitar Jerantut adalah percuma tau.

Nak Qaseh??

KARTINI BINTI JUSOH
013 9924660 ( sms/whatsapp)

Khamis, 11 Februari 2016

ANAK SYURGA DEMAM DAN QASEH JUNIOR

Assalamualaikum dan salam februari semua..
Subhanallah, rindunya dengan blog qaseh tini ni.Syukur dapat juga menulis malam ni.
Malam ni tini sekadar berkongsi pengalaman anak syurga tini yang demam semasa cuti CNY ni. Pastinya Qaseh Junior peneman setia anak syurga saya.

pengalaman saya dengan qaseh junior..

azra saya umurnya dah setahun setengah.kalau tengok dia sekarang orang takkan tahu dia ada jantung berlubang.badan dah montel, makan tak memilih,aktif dan banyak mulut.tapi agak penakut..hihi.

Sabtu lepas suami tiba-tiba beritahu nak balik kampung esoknya.Sebenarnya kami dah plan taknak balik kampung CNY ni sebab bulan Mac ni nak balik cuti sekolah.Tapi tak pe lah, balik kampung memang dinanti pun.
So, Ahad tu kami balik kampung.Melepas la nak menjamu selera di rumah baru seorang adik, rakan satu sekolah.

Dijadikan cerita,badan azra agak panas pagi tu.hidungnya dah mula berair.tapi hati saya meronta nak balik kampung.So sy on kan alarm dalam mind untuk bagi azra 2 atau 3 jam sekali junior ni.
Sy tengok junior yang dah tinggal 1/4 botol.risau jugak saya. Stok plak kebetulan dah zero. Saya tawakal je.



2-3 jam sekali saya bagi susu dan junior untuk azra.Petang nya kami sampai ke kampung.Nenek azra kata badan azra panas.Kena cepat bagi ubat.Saya diam dan bancuh susu+ junior.
kak ipar saya pun dukung azra. selain komplen azra dah berat dia bagitau badan azra panas sket.
Jadi, saya tidur kan azra awal dan bagi junior lagi sebelum tidur.
Tapi saya berjaga malam tu untuk monitor suhu azra.Alhamdulillah, suhu azra mantain dan tak naik tinggi.Tengah malam tu saya bancuh lagi susu+junior dan sua ke mulut azra.
Alhamdulillah, esok pagi badan azra sejuk dah dan hingusnya mengering.tapi saya tetap bagi junior 2-3 jam skali.

Hari Isnin tu pun kami banyak berada dalam kereta sebab berkunjung ke rumah saudara mara.Petang tu badan azra panas balik.sket-sket je.So saya bancuh susu+junior lg.
Alhamdulillah, malam kedua juga suhu badan azra tak naik.

Hari ketiga, azra dah sihat dan badan tak panas lagi. Saya pulak rasa sangat penat sebab malam asyik berjaga  untuk monitor suhu azra. Tapi saya telan adinda je untuk cover balik tenaga.Alhamdulillah, Qaseh Adinda pun banyak membantu meningkatkan lagi tenaga saya.




Alhamdulillah, junior memang serasi dengan azra. Dah banyak kali azra tak jadi demam sejak amalkan Qaseh Junior. Tini memang pastikan azra ambil junior sekerap mungkin if tini rasa badan azra mula panas.Lagi pun tini tak sanggup tengok azra if dia demam.
Jom layan beberapa gambar Azra yang dah sihat




untuk anda yang berada di sekitar Jerantut, tini boleh COD kan kepada anda. Untuk yang berada jauh dari jerantut, boleh hubungi tini untuk tini poskan kepada anda.
Oh ye, konsultasi juga adalah free tau untuk semua customer tini 
Jom berqaseh!!!


KARTINI JUSOH
Pengedar Qaseh Gold
0142907448 (sms/whatsapp)