Sabtu, 20 Februari 2016

Pentingkah aktiviti home schooling?

Sebenarnya saya ni masih dalam proses pembelajaran untuk memahami dan menggodek ilmu home schooling activity. Sejak Azra dah makin memahami bahasa dan pandai bercakap, saya mula mendalami home schooling activity yang mungkin dapat saya aplikasikan untuk Azra.

Berdasarkan pemahaman saya, homeschooling activity lebih kepada melatih kemahiran motor anak-anak, iaitu kemahiran motor kasar dan motor halus. Hihi..motor la plak memalam ni kan?
Selain meningkatkan kemahiran motor halus dan motor kasar anak, saya yakin homeschooling dapat mengikat bonding ibu dan anak menjadi lebih kuat. Nampak seronok je ibu dan anak semasa menjalankan aktiviti bersama-sama.

Sebenarnya nak bercerita lebih pun ini bukan bidang saya lagi. Namun, saya dah mula bertatih memahami homeschooling activity. Dan saya percaya kebolehan itu memang wujud secara semulajadi dalam diri anak-anak. Namun kebolehannya akan lebih cepat berkembang dengan galakan, sokongan dan perhatian ibu bapa.

Pagi tadi, semasa saya sedang memasak di dapur, saya tinggalkan Azra dengan beberapa bekas bersama penutupnya. Saya ajar untuk memadankan penutup dengan bekas yang sesuai. Saya perhatikan Azra saya yang terkial-kial memadankan penutup dengan bekasnya. Akhirnya ia menjadi mudah selepas dibiarkan beberapa lama. Ya, tetiba saya rasa anak saya dah makin besar sebab dapat buat tugasannya dengan jayanya. Alhamdulillah.

Nampak tak kelebihan homeschooling di situ? Mak pula yang terlebih excited dan menghargai bakat kecil anak. Sebab anak kita tak tahu pun kita sedang menilai mereka. Yang penting ilmu itu diperolehi daripada orang yang paling hampir dengannya, iaitu UMMI!

So tini sharekan beberapa gambar yang menunjukkan usaha Azra yang bersungguh-sungguh semasa menjalankan aktiviti tadi. Hihi





Oh ye, jangan lupa ye ibu-ibu semua, PROMOSI FEBRUARI 2016, pembelian dua botol Qaseh Junior melayakkan anda untuk mendapat satu puzzle comel yang boleh dimainkan bersama ibu dan anak.






KARTINI BINTI JUSOH
013 9924660
konsultan Qaseh Gold

Tiada ulasan:

Catat Ulasan