Sabtu, 13 Februari 2016

MAULIDUR RASUL YANG MULIA

Assalamualaikuum semuua.

Sebenarnya malam ni tini teringin mengabadikan beberapa gambar yang diambil semasa sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah baru-baru ni. Mungkin sedikit terlewat namun tini rasa kenangan ni sangat indah untuk dikenang dan tini seronok melihat warna-warni sepanjang sambutan Maulidur Rasul tahun ni.

Seperti biasa, sambutan Maulidur Rasul pastinya sinonim dengan perbarisan dan kain rentang kan.
Pertama kali sepanjang lapan tahun menjadi guru ni kali pertama buat kain rentang. Sebab sebelum ni mengajar di Sarawak dan tak terlibat dengan proses membuat kain rentang ni. Huhu..maklum lah majoriti pelajar adalah bukan Islam.

Alhamdulillah, walaupun terkejar-kejar dengan kelas yang agak pack tini masih sempat menjenguk proses penghasilan kain rentang atau banner untuk sambutan Maulidur Rasul ni. Seronok tengok anak-anak didik yang begitu teruja melukis, mewarna dan memastikan kain rentang mereka hasilkan dalam keadaaan yang terbaik.

Alhamdulillah, mujur pertandingan hanya melibatkan unit beruniform. Kalu pertandingan mengikut kelas, masak lah saya nak handle bebudak tingkatan satu..Maklum lah jadi cikgu kelas tingkatan satu.
Seronok juga mewarna kain rentang selepas hampir sepuluh tahun saya tinggalkan berus dan warna.
Sepuluh tahun?Ye la, last sekali pegang berus masa tingkatan lima.Itu pun kerana subjek lukisan yang saya ambil. Jadi, tahun ni saya warnakan sendiri sebahagian kecil lukisan pada banner tersebut.

Setel bab banner, saya yang kali pertama menguruskan perbarisan ni diingatkan oleh cikgu penasihat lain untuk memastikan bunga manggar dan bunga pahar ada pada hari perbarisan tersebut. Adoi, nasib baik Cikgu Ain yang beritahu. Jenuh saya mencari bunga pahar dan bung manggar petang hari sebelum pertandingan tersebut. Alhamdulillah, segalanya dimudahkan. Terima kasih kepada suami yang sudi menemani saya sehingga ke malam hari.

Part paling best bila kami diumumkan sebagai naib Johan kain rentang yang dihasilkan. Kami kalah hanya dengan kiraan satu mata je tau. Itu pun juri kata kami kalah kerana tema yang dicipta kurang memenuhi tema Maulidur Rasul tahun ni. Tak pe lah rezeki kami hanya di sini. Bagi tini, pengalaman yang diperolehi lagi berharga. Insya Allah tahun hadapan kita cuba lagi kan.

Jom layan beberapa gambar kami ye.









NI LAH KAIN RENTANG UNIT PBSM KAMI YANG BERJAYA DAPAT TEMPAT KEDUA








NI ANAK MURID SAYA YANG SIBUK NAK GAMBARNYA DIAMBIL SEMASA PERBARISAN

Oh ye, sepanjang hari ni memang sangat memenatkan, namun saya tak lupa untuk ambil Qaseh Adinda setiap hari untuk atasi kepenatan saya. Maklum lah, kat sekolah kita dah penat dengan macam-macam tugasan dan balik rumah pastinya masa kita diisi dengan telatah dan ragam si manja dan suami. Alhamdulillah, mujur ada Qaseh.

Yang nak dapatkan Qaseh, boleh hubungi tini ye. COD sekitar Jerantut adalah percuma tau.

Nak Qaseh??

KARTINI BINTI JUSOH
013 9924660 ( sms/whatsapp)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan