Ahad, 28 Jun 2015

Petua Mudah Hamil

Assalamualaikum Chenta,,:)

Anak adalah rezeki dari Allah. Kita hanya mampu berusaha, berdoa dan berserah kepada Allah. Tini dulu pun selepas berkahwin, setengah tahun juga menunggu untuk kehadiran cahaya mata pertama. Kalau ikut pengalaman kawan-kawan, 2 bulan kahwin dah ada berita baik.Kira tini ni lambat sikit la rezeki tu. Tapi Alhamdulillah, syukur sangat bila dah kompem mengandung tu. Masa tau tini mengandung, tini masih lagi mengajar di Sarawak. 2 bulan lebih usia kandungan, baru lah tini boleh transfer ke Jerantut. Alhamdulillah, aturan Allah memang indah. Hari ni tini nak share kan sikit tentang petua mudah hamil serta sedikit pengalaman tini la kan..:)


1. KENAL PASTI WAKTU SUBUR
Lepas kahwin, semua orang mengimpikan zuriat sendiri. Macam tini pun lepas kahwin tu tertunggu-tunggu jugak la kan. Dah berapa pregnancy test yang dibazirkan hanya sebab period tini terlewat sikit. Tapi sebenarnya tak sabar nak tau mengandung ke tak.hihi.Ok, faktor terpenting sebenarnya, kita kena tau waktu subur kita sendiri. Pastikan aturan haid kita setiap bulan teratur untuk memudahkan kiraan hari subur. Hari subur adalah hari terbaik untuk berlakunya persenyawaan atau lebih mudah kita kata, hari subur adalah hari terbaik untuk kita bersama suami supaya peratus untuk mengandung tinggi. Macam tini dulu, pas kahwin je period terus tak teratur. Biasanya period tini akan tetap setiap bulan iaitu 28 hari. Tapi sejak berkahwin, kadang-kadang period tini lambat sampai cecah 35 hari tau.So apa yang kita perlu buat ialah stabilkan dulu kitar haid kita.
Nak stabilkan period? Boleh cuba Qaseh Adinda dan Sole untuk satu tempoh tertentu sehingga disahkan hamil.




KENAPA KENA TAU WAKTU SUBUR?

Waktu subur seorang wanita yang teratur kitar haidnya ialah pada hari ke 14 -17 selepas kedatangan haid hari pertama. Semasa waktu subur, ovum yang matang akan dibebaskan oleh ovari sehingga ovum yang matang tersebut bergerak ke tiub fallopio untuk bersedia menerima sperma dan disenyawakan. Jika persetubuhan berlaku di luar tempoh waktu subur, ovum yang matang tidak dihasilkan dan persenyawaan adalah mustahil untuk berlaku (melainkan dengan izin Allah). Jadi setiap isteri, perlu tahu waktu subur mereka pada setiap bulan. 


2. Perbanyakkan istighfar dan solat malam
Ini diceritakan sendiri oleh sahabat tini yang dah hampir 8 tahun berkahwin dan belum dikurniakan zuriat. Dah beberapa kali menjalani rawatan di hospital dan berulang alik ke hospital untuk rawatan. Kos memang tak payah cerita la. Terlalu banyak wang yang habis. Akhir sekali, belaiu dinasihatkan seseorang untuk istiqamah dengan istighfar dan solat malam. Mengadu secara terus kepada Allah masalahnya. Alhamdulillah, setahun lebih istiqamah solat malam dan doa yang bersungguh Allah hadirkan seorang zuriat buatnya. Masa tini dapat tau berita gembira tu, menangis juga tini sebab selama ni memang dia akan mengadu ngan tini setiap kali dia balik dari hospital. Sampai sekarang tini masih ingat kata-kata dia, "Dulu aku ikhtiar, tapi aku tak sungguh-sungguh meminta direct dari Allah. Sekarang terasa manisnya nikmat Allah bila aku minta terus dari Allah(doa melalui solat malam) tetapi ikhtiar aku disertakan tawakal dan penyerahan total pada Allah bukan pada doktor".

3. Perbanyakkan bacaan doa Nabi Yunus



Bila nak diamalkan doa ni?

Bila-bila masa sahaja. Tak semestinya selepas solat. Zikirkan di bibir tanpa rasa jemu.

4. Jangan putus asa dan menyerah kalah

Ini adalah perkara yang paling sukar dalam hidup kita. Memandangkan orang sekeliling yang tak henti-henti bertanya, kita jangan pula turut merasa sedih dengan pertanyaan orang sekeliling. Jadikan pertanyaan mereka sebagai pendorong untuk terus hidup dengan kuat dan cekal.Kita takkan pernah mampu menghentikan mulut orang, tetapi kita boleh bersabar dan kuat untuk membiarkan sahaja pertanyaan orang sekeliling.

5. Ikhtiar dengan Qaseh Gold

Untuk anda yang nak mencuba set kesuburan, boleh hubungi tini untuk kita bincang2 ye.





KARTINI BINTI JUSOH

013-9924660 (CALL/SMS/WHATSAPP)

U27/0225-606

https://www.facebook.com/tini.kartini.140

myself140383@yahoo.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan