Rabu, 8 Julai 2015

CARA MENGHILANGKAN JERAWAT DENGAN BERKESAN

Assalamualaikum

Pagi ni masa bersiap-siap nak ke sekolah, saya membelek muka mencalitkan sedikit krim UV ke muka. Kemudian sambil meratakan krim ke muka, saya lihat jerawat di bawah dagu saya yang makin mengering. Muka saya naik dua biji jerawat minggu lepas selepas mula consume produk baru dari Qaseh Gold iaitu QASEH GOLD GOJES.Saya senyum membelek jerawat. Alhamdulillah, dah makin menyusut dan mengering.Bagaimana cara menghilangkan jerawat dengan berkesan ye?

Selepas mengenakan tudung kuning pagi tadi, saya mula melangkah yakin ke sekolah. Alhamdulillah, GOJES yang saya amalkan dua minggu lepas dah boleh buat saya tersenyum. Memang dua minggu lepas atau awal Ramadhan lepas, saya bertekad untuk mencuba produk baru dari Syarikat Ana Edar. QASEH GOLD GOJES khusus untuk kulit wajah saya yang sering berjerawat dan berparut.



Ye, inilah GOJES. Saya jatuh cinta bila melihat kotak GOJES yang berwarna purple pink. Kerana masalah kulit saya agak serius iaitu parut tebal dan berjerawat saya terus tamak dengan membeli 2 kotak GOJES sekaligus. Hari pertama mencuba GOJES, saya hanya perlu koyakkan penutup atas sachet. Kemudian dengan perlahan-lahan saya meneguk GOJES yang memang dalam bentuk cecair. Rasa GOJES  sedap, manis+masam dan agak 'keras' sedikit (rasa madu yang pure). 
Dua hari mengamalkan GOJES, saya mula rasa wajah saya sedikit berminyak, Kemudian, jerawat mula tumbuh di bawah dagu saya. Jerawat memang boleh tahan besarnya sebab saya pun malu nak keluar rumah. Tetapi saya teruskan minum GOJES selama genap tujuh hari dan mengabaikan jerawat di bawah dagu tu.Alhamdulillah, selepas mengamalkan GOJES secara berterusan, jerawat batu saya berkurang.Dan jerawat di bahagian yang lain jugak dah tiada. Alhamdulillah.Jadi saya yakin saya jumpa cara terbaik untuk menghilangkan jerawat dengna berkesan.

Alhamdulillah QASEH GOJES memang hebat

Berbalik kepada cara menghilangkan jerawat dengan berkesan, tini ada beberapa petua yang nak dikongsikan

1.BEDAK SEJUK
Cara ni agak berkesan dengan saya sebab jerawat saya pernah kering dengan ubat sejuk. 

2. DAUN JAMBU BATU
Ni petua mak-mak ye. Andainya sekarang ni jerawat dah tumbuh ke muka. Jadi try amik daun jambu batu dan diitumbuk halus dan tempekkan pad

3. Banyakkan minum air kosong
Satu sebab jerawat tumbuh ke muka selain daripada pori-pori tersumbat, disebabkan oleh kandungan toksin yang tinggi dalam badan. Maka, sebagai seorang yang mempunyai masalah jerawat ajarkan diri untuk minum banyak air kosong supaya toksin dalam badan cepat keluar melalui air kencing.

4. Bersenam
Masalah pori tersumbat menyebabkan toksin dari badan tidak dikeluarkan. Sekaligus mengundang jerawat untuk memenuhi wajah kita. Jadi aktiviti riadah yang aktif membantu mengeluarkan peluh badan seterusnya membuka pori pada kulit dan mengelakkan pori kulit kita tidak tersumbat.

5. Kawal pemakanan agar seimbang
Mengelakkan makanan yang berminyak dan berlemak dapat membantu mengatasi masalah jerawat.  

Ok, itu antara cara menghilangkan jerawat dengan berkesan. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi tini seperti di bawah.

KARTINI BINTI JUSOH
013 9924660
fB: Tini Kartini
emel: myself140383@yahoo.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan