Jumaat, 10 Julai 2015

PETUA HILANGKAN DEMAM, SELESEMA BAYI SECARA SEMULAJADI

Pagi ni semasa bersahur, saya baru je berbual dengan suami yang anakanda kami dah lama tak demam.Kalau dulu, hampir setiap bulan Anakanda akan demam. Kadang-kadang sampai saya terpaksa ambil MC sebab nak menjaga anak yang demam. Memang merisaukan saya kalau terpaksa membiarkan Azra dengan pengasuh jika dia demam. Bukannya tidak percaya dengan pengasuh Azra tetapi hati kita ni takkan senang kan kalau dah tahu dia demam. Biasanya dulu bila Azra demam saya sedaya upaya elakkan bagi ubat untuk Azra. Saya lebih suka gunakan petua-petua orang lama untuk mengurangkan demam dan selesema Azra. 
Sebab tu tercetus idea untuk tini share sikit petua untuk hilangkan demam, selesema bayi secara semulajadi yang tini dah kumpulkan.

PETUA HILANGKAN DEMAM, SELESEMA BAYI SECARA SEMULAJADI

1. BASAHKAN KEPALA ANAK DENGAN AIR
Biasanya kalau kita ni menyusu badan, kita boleh rasa suhu badan anak meningkat apabila anak dah masukkan mulut dia untuk menyusu. Kalau kita rasa hangat semacam je dalam mulut bayi, boleh terus check suhu anak dengan termometer. Biasanya memang betul suhu anak tinggi kalau kita rasa mulut anak panas je. Kalau tini dulu cam gitu lah.Dah rasa panas je mulut Azra ke badan tini, memang cepat-cepatla ambil termometer. Kalau suhu 37.0 darjah celcius memang tini dah start ambil air untuk basahkan kepala Azra. 

2. BASAHKAN BADAN SECARA KESELURUHAN
Selain basahkan kepala anak, tini akan pastikan bahagian celah dan lipatan badan anak juga akan tini basahkan secara kerap. Untuk bayi lelaki, basahkan juga bahagian baawah "batu" anak tu. Kadang-kadang kita lupa untuk basahkan bahagian tersembunyi ni kan.

3. GUNAKAN AIR DAUN BUNGA RAYA
Dulu, arwah mak tini selalu basahkan kepala tini dengan air ramasan daun bunga raya ni. Mak kata daun bunga raya ni bila kita ramas akan keluarkan lendir. Jadi lendir tu akan  bertahan lama kat kepala kita dan menyerap haba dari badan. jadi tini selalu juga gunakan air ramasan daun bunga raya ni sebab senang je nak buat kan. Stok daun bunga raya banyak kat umah pengasuh Azra. Selalu tini mintak je ngan kak Zan ni.hihi

4. STOKIN BASAH ATAU STOKIN CUKA
Yang ni paling excited tuk tini sebab selama ni tak pernah tahu dl. Rupanya ada satu cara yang lebih senang untuk percepatkan haba keluar dari badan anak kita. Rendam stokin ke dalam cuka selama 5-10 minit. Kemudian perah lebihan cuka dari stokin dan pakaikan ke kaki anak. Jika stokin kering boleh rendam semula stokin dan pakaikan semula ke kaki anak.

tu antara empat cara yang tini gunakan untuk Azra. Mungkin ada cara yang lebih baik bolehla sahabat-sahabat share kan bersama ye.

Selain daripada itu, pastikan anak kita mendapat rehat dan tidur yang cukup kerana anak yang demam ni badannya memang sangat penat.

Oh, ye selain daripada cara di atas, tini juga pastikan Azra ambil Qaseh Junior 4 jam sekali. Qaseh junior kan gabungan 15 ramuan hebat dan mempunyai campuran makanan sunnah terbaik. InsyaAllah demam anak akan cepat kebah.Selesema pun cepat kering







bagaiimana nak dapatkan Qaseh gold junior? Boleh hubungi tini seperti di bawah.sms ke whatsapp ke..insyaAllah akan segera tini respon

KARTINI JUSOH
0139924660
fb: Tini Kartini
emel: myself140383@yahoo.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan