Jumaat, 3 Julai 2015

Susu Badan Kurang.Bagaimana nak bagi susu badan banyak?

Assalamualaikum semua. Bahagianya bila dengar ibu-ibu yang berjaya menyusukan anak secara eksklusif dengan susu badan kan. Tetapi kita juga pernah dengar sesetengah ibu yang hampir putus asa untuk memberikan susu badan disebabkan susu badan yang makin berkurang.Masalah susu badan makin berkurang bukanlah pelik kan. Kurang susu badan semasa pantang, kurang susu badan selepas masuk kerja dan sebagainya. Persolannya, bagaimana nak bagi susu badan kita banyak dan cukup untuk bayi kita minum?



SUSU BADAN KURANG SEMASA PANTANG

Sebenarnya susu badan kurang semasa tempoh berpantang adalah normal, terutamanya ibu-ibu muda yang baru melahirkan anak yang pertama. Pada awal minggu kelahiran susu badan yang keluar adalah sangat sedikit tetapi susu tersebut agak pekat. Memang susu badan yang sedikit di awal kelahiran bayi adalah sangat normal kerana pada usia awal seperti ini, anak-anak kita juga memerlukan hanya sedikit sahaja susu disebabkan perut mereka yang masih kecil.

BAGAIMANA NAK BAGI SUSU BADAN BANYAK SEMASA PANTANG?

Sebenarnya pada peringkat awal kelahiran, bayi kita masih belum kuat menyusu disebabkan oleh keperluan susu yang sangat sedikit untuk mereka. Untuk meningkatkan pengeluaran susu, ibu perlu kerap menyusukan bayi supaya ada sentuhan dan stimulasi di antara anak dan puting susu. Kekerapan anak menyusu akan membantu meningkatkan stimulasi dan merangsang pengeluaran susu yang lebih banyak.

Selain itu, ibu yang menyusukan bayi mesti sanagt menjaga kuantiti air yang diminum. Perbanyakkan air suam atau air kosong supaya pengeluaran susu sentiasa banyak. Tini masih ingat masa tini dalam pantang dan nak mengepam susu, apa yang tini buat ialah tini perbanyakkan minum air suam setiap hari. Memang tini dah dibekalkan denganair dalam jug 2liter untuk tini habiskan setiap hari.Hmmm..banyakkan?

SAYA DAH KERAP MENYUSUKAN BAYI TETAPI SUSU MASIH SEDIKIT

Ibu-ibu boleh mula mengepam susu menggunakan pam susu yang sesuai. Pengepaman susu yang dilakukan akan meningkatkan lagi stimulasi sehingga rangsangan bertambah pada puting susu kita. Ini juga akan membantu meningkatkan pengeluaran susu badan. 
Pengepaman susu yang dilakukan secara berkala, konsisten dan teratur akan menambah kadar pengeluaran susu badan sehingga melimpah!

DAH HABIS PANTANG TAPI SUSU MASIH SEDIKIT
Ibu-ibu kena semak balik beberapa perkara penting apabila dah mula bekerja dan terpaksa meninggalkan anak kepada pengasuh atau taska.

1. kurang minum air kosong. Sekurang-kurangnya 2liter sehari.Lebih elok jika boleh ambil air suam

2. stress atau tekanan. Bila kita dah mula bekerja, masa kita dah terbahagi dua. Urusan harian bertambah disebabkan fokus terhadap kerja di pejabat dan urusan di rumah. Pembahagian masa yang cekap sangat penting untuk mengelakkan kita terkejar-kejar sehingga menyebabkan kita menghadapi tekanan dan stress.

3. terlalu penat. Ini perkara biasa bagi ibu yang berkerjaya. Masa siang kita banyak dihabiskan di tempat kerja dan apabila sampai ke rumah badan dah penat. Tini yakin sesampai ke rumah, urusan rumah juga akan segera disetelkan oleh ibu-ibu kan? Ibu mana yang boleh duduk diam apabila bersama anak?Ibu mana yang boleh duduk diam apabila mainan anak dan pakaian kotor tak terurus?Isteri mana yang boleh duduk diam apabila suami dah pulang dari kerja?Urusan makan, pakai dan sebagainya untuk suami perlu disediakan.Multitask yang dipikul isteri menyebabkan badan sangat penat sehngga mmbr ksan kepada pengeluaran susu badan.

BAGAIMANA NAK BAGI SUSU BADAN BANYAK?

1. Perkara paling asas ibu memang kena kerap menyusukan anak secara direct
2. Pam susu secara berkala dan konsisten. Untuk memudahkan ibu, ibu boleh sediakan satu jadual harian untuk ibu mengepam susu dan seterusnya jadual tersebut mesti dipatuhi dengan baik. Pengepaman boleh dilakukan dalam tempoh 2 atau 3 jam sekali.
3. Banyakkan minum air suam dan air kosong. Pastikan air yang diambil sehingga 2 liter sehari tanpa gagal!
4. Makan makanan seimbang. Ibu yang menyusukan bayi kan mudah lapar. Pastikan pengambilan makanan adalah mengikut piramid makanan agar hidangan yang kita ambil adalah hidangan yang lengkap.
5. Amalkan ayat dari al-Quran untuk memperbanyakkan susu iaitu


6. Amalkan makanan tambahan, Qaseh Gold Adinda dan Sole
Selain 5 perkara di atas, ibu-ibu juga digalakkan untuk mencuba set susu meriah daripada Qaseh Gold iaitu Qaseh Gold Adinda dan sole. Kedua-dua produk ini sangat membantu meningkatkan pengeluran susu badan di samping mengurangkan rasa penat dan mengurangkan stress setiap hari.



Untuk anda yang ingin mencuba set susu meriah dari Qaseh Gold boleh hubungi tini terus ye seprti di bawah.

KARTINI BINTI JUSOH
013 9924660 (sms/whatsapp/call)
Fb: Tini Kartini
emel: myself140383@yahoo.com


Tiada ulasan:

Catat Ulasan