Sabtu, 12 September 2015

Petua Menghilangkan bengkak di dahi Anak

Dua minggu lepas, anakanda saya Azra terjatuh semasa berlari bersama kawan-kawannya. Maklumlah orang baru "dapat kaki" mana boleh duduk diam kan. Azra pula jenis yang tak takut atau tak serik. Selepas menangis sekejap kerana sakit akibat jatuh, Azra akan kembali berlari-lari. Ermm..tapi tak pelah nangis nya tak panjang sebab dalam fikiran dia, cuma tahu nak main je. Tapi dalam dua minggu ni bengkak tu dah berukar warna biru.bengkak pun hilang sikit-sikit je. Memang saya lupa nak menuam dahi yang bengkak tu pada sebelah malamnya. Memang bengkak tu lambat surutnya.

Malam semalam pula  semasa abahnya nak pakaikan pampers, Azra tu boleh lari-lari semata-mata taknak dipakaikan pampers. Elok je berlari tu, Azra jatuh tersembam lagi. Allahu, kuat la nangisnya dan bila dia angkat kepalanya, saya terkejut sebab bengkak kepala dah jadi sebesar telur ayam. Saya panik kejap.Pastu baru tengok2kan kepalanya. Memang kuat nangisnya sebab kepala tu terkena lantai kat bengkak yang sebelumnya. Sakit sangat la kan.Adoi, meruntun-runtun hati ibu saya ni. Tapi nak buat macam mana lagi kan selain dukung dan peluk dia.

Bila dah reda sikit tangis Azra, saya dan suami ambil keputusan ke hospital. Masa tu jam dah pukul 9 malam. Jadi kami terus ke bahagian emergency hospital je. Alhamdulillah orang tak ramai sangat.Jadi tunggu dalam setengah jam dah boleh jumpa doktor. Lepas doktor check, doktor decide nak buat X-ray jugak. Pastu kat bilik X-ray tu jadi lagi satu babak untuk episod menangisnya sebab Azra tak nak duk sorang-sorang. Tapi sebab Azra masuk dengan abah dia, jadi abah dia la yang pujuk. Saya yang menunggu kat luar ni serius tak keruan dengar dia nangis kat dalam bilik tu.

Lepas selesai semua X-ray dan check up, doktor cakap tak ada apa-apa cuma saya kena perhatikan tanda-tanda tertentu.kalau ada tanda-tanda tertentu maknanya ada something yang tak kena la kan. nanti tini update tanda-tanda yang doktor bagitau tu. So balik lah kami ke rumah dalam jam 10 lebih malam. Erm..memang serius tini terkejut gler tengok bengkak kepala dia.

Ok, jom kita share maklumat tentang hentakan atau kesan kepala yang terhantuk ni.
mengikut laman web;  http://www.doktorbudak.com/ , kepala kita terdiri daripada tiga lapisan iaitu kulit, tengkorak dan otak. Hentakan boleh menyebabkan kecedraan atau luka pada kulit, pada tengkorak atau yang lebih teruk di otak.

Hentakan pada kepala menyebabkan kecederaan pada kulit anak. Biasanya boleh membimbangkan ibu bapa kerana kita boleh nampak bengkak yang sangat besar di bahagian kepala. Pendarahan pada bawah kulit ini bermakna darah berkumpul di bawah kulit antara kulit dan tengkorak tetapi tidak menjejaskan bahagian otak.  Namun demikian, ibu bapa jangan terlalu mengambil mudah. Jika benjolan atau bengkak itu menyebabkan wujudnya beberapa tanda yang tertentu pendarahan mungkin telah berlaku sehingga ke otak. Oleh itu pengawasan daripada ibu bapa sangat penting.



TANDA-TANDA YANG BERLAKU 24 JAM SELEPAS HENTAKAN YANG BERBAHAYA

-  muntah lebih dari sekali
- tidak aktif
-  pengsan
- sawan
- otot menjadi lemah
- darah atau cecair keluar dari hidung
- anak mata hitam tidak sama besar pada kedua-dua mata
- hilang ingatan
- tidak boleh bercakap

Itu adalah antara tanda-tanda yang boleh berlaku jika pendarahan berlaku di otak.

PETUA-PETUA MENGHILANGKAN BENGKAK DAN BENJOLAN

1. Tuaman dengan Ais
 Ini yang tini buat pada Azra. Tapi dia ni asyik mengelat je. Bila nak tuam je dia akan lari. Jadi, untuk tuam tu tini buat masa Azra tidur je.Malam tu, tuam dekat sejam bengkak boleh surut dua kali ganda dari saiz asal.Alhamdulillah

2. Tuaman panas.
Ada yang tuam kepala guna objek panas atau hembus dan letak di benjolan kan. Tuaman panas memang membantu mengurangkan sakit anak tetapi tuaman panas perlu diiring dengan tuaman sejuk kerana panas yang lama boleh menyebabkan tisu bahagian tersebut menjadi bengkak.

3. Daun Sireh
Ada yang gunakan daun sireh yang dilayur pada api kemudian dilekatkan pada benjolan. InsyaAllah benjol cepat surut.

4. Asam jawa dan garam
Ada juga petua yang gunakan air asam jawa yang dicampur ngan garam. Pastu sapu je pada bengkak dan sakit akn berkurang la kan sebab air asam jawa kan sejuk je.

Itu antara beberapa petua yang tini dapat daripada website. InsyaAllah jika anak anda terjatuh jangan lupa amalkan petua di atas. Oh ye, untuk anda yang ingin mendapatka produk Qaseh Gold jangan lupa hubungi tini. Penghantaran (COD) akan tini buat di sekitar Jerantut, Kuala Krau dan Jengka.

KARTINI BT JUSOH
CONSULTANT QASEH GOLD
013 9924660

Tiada ulasan:

Catat Ulasan