Jumaat, 21 Ogos 2015

Eksperimen Sains dengan pelajar tingkatan 1


 Assalamualaikum dan selamat pagi


Hujung minggu ni tini sempat intai balik gambar yang tini ambil minggu lepas.Seronok tengok gambar anak- anak murid tingkatan 1 buat eksperimen. Hari Khamis lepas kami dah masuk bab kelima dengan subtopik 'Oksigen untuk Respirasi'.

Untuk eksperimen ni, tini memang minta pelajar bawa binatang kecil seperti lipas, belalang atau apa saje yang mereka boleh bawa.


Selepas prosedur eksperimen dibincangkan, para pelajar mengelyarkan binatang masing-masing untuk persediaan eksperimen.Macam-macam gaya bebudak ni.Ada yang menjerit geli dengan lupas yang terlepas.Ada juga yang terkejut dengan belalang yang terbang keluar dari tabung didih.Lucu bila kita memerhatikan gelagat pelajar.

ni ladybird yg student tni bawa.comel kan..




Nampak tak binatang yang pelajar bawa?.Majoritinya bawa lipas la.Tapi ada juga yg bawa lady bird.. comel je kaler oren.

Apa yang penting semua dah berjaya membuat pemerhatian yang tepat dengan eksperimen. So selesai eksperimen, kami sama-sama membuat kesimpulan bagi pemerhatian yang dah dibuat.

Alhamdulillah, semua nampak bersemangat menjalankan eksperimen dan seronok apabila berjaya mendapat pemerhatian yang sepatutnya.Semoga semua pelajar saya sentiasa sukses dalam pelajaran mereka.
Oh ye, untuk makluman anda yang bermasalah dengan kulit wajah, Qasrh Gojes ada dalam pek trial ye.
boleh la cuba dengan harga lebih murah

KARTINI BINTI JUSOH
0139924660
myself140383@yahoo.com





Tiada ulasan:

Catat Ulasan