Khamis, 20 Ogos 2015

Petua Untuk Anak yang Sedang Demam Campak

Alhamdulillah, awal bulan Ogos yang lepas, Azra dah makin membesar dan genap usianya setahun. Rasanya sekejap je masa berlalu. Baru lagi terasa berpantang, sakit-sakit badan pun tak hilang sepenuhnya lagi kan. Beberapa makanan yang dah pantang sebelum ni baru je tini cuba-cuba makan. Tapi dalam masa yang sama Azra dah menginjak ke usia setahun. Hari ke hari tini asyik memerhati dan melihat perkembangan Azra yang membesar bersama. Betul kan melihat anak membesar bersama kita memberikan pengalaman yang menyeronokkan. Pada usia setahun ni, Azra masih kedekut untuk memanggil saya umi, walaupun dia boleh menyebutnya semasa dia menangis. Yang selalu disebut hanyalah abah.:)

Pengalaman memang mendewasakan kita. Saya sendiri tidak tahu yang Azra demam campak tiga minggu lepas. Memang saya perasan yang badannya sedikit merah-merah. Tapi saya fikir itu hanya lah alergik yang timbul akibat dia berpeluh. Mujur lah pengasuh saya bagitau yang Azra demam campak.Huhu, sadis jugak rasanya diri ni sebab tak tau pun anak sendiri demam campak.

Azra jenis yang demam cepat kebah, Mungkin kerana saya memang berikan Azra Qaseh Gold Junior untuk antibodinya. Tapi demamnya 3 minggu lepas sehingga lima hari, kejap demam kejap tak demam. Selepas ke klinik buat kali kedua, baru lah pengasuh Azra bagitau yang Azra demam campak. Lega sekejap rasa dalam dada sebab saya tahu Azra tak demam biasa. Anak kepada kawan di sekolah tini anaknya yang demam campak sampai 2 minggu. Makan pun tak selera. Jadi, tini pun bersyukur juga sebab Azra cuma dalam tempoh lima hari je demam dan meragam.




PETUA UNTUK ANAK YANG SEDANG DEMAM CAMPAK

1. Mandi Tak Bersabun
Ni yang kakak pengasuh Azra pesan. Kalau mandikan Azra tak payah bersabun. Lalukan je air tu kat badan pastu cepat-cepat lap. Tapi Azra pun tak suka sangat mandi time demam ni. So saya mandikan kejap-kejap je, Pastu terus lap badannya

2. Elak makanan berminyak
Yang ni pak cik kat kawasan rumah pengasuh Azra ni pesan. Jangan bagi sangat makanan bergoreng.Eloknya bagi makanan macam bubur tu je tak payah goreng atau tumis bawang pun. Tapi tini tak tanya la pulak apa rasionalnya kan. Tapi untuk anak ni, tini ikutkan je la.

3. Minum Air Kelapa
Masa Azra mula-mula dikesan kena campak tu, ada yang pesan biar je campak tu naik habis satu badan sehingga ke tapak kaki. Pastu bagi Azra minum Air kelapa. Ada yang bagitau air kelapa tu untuk keluarkan semua biji-biji tu sampai habis. Jadi bila cepat biji campak tu keluar cepatlah sembuhnya

4. Amalkan makanan tambahan, multivitamin dan seumpamanya
Untuk Azra, tini memang lazimkan dia untuk ambil qaseh Junior. Satu yang tini perasan, demam cepat kebah. Dulu bila masuk enam bulan Azra kerap demam. Sampai tini nangis malam-malam sebab tak larat nak berjaga malam kan. Ye la esoknya kerja lagi kan. Memang suami bantu tapi anak ni kalau demam memang akan cari ibu. Memang penat sangat dan MC pun selalu ambil sebab anak kerap demam. Alhamdulillah, selepas cuba Qaseh Junior secara konsisten demam Azra memang dah jarang sangat dan kalau demam pun cepat je kebah. Sama juga masa Azra demam campak ni, tini bagi Qaseh Junior 4 jam sekali.Alhamdulillah, pengasuh tini pun bagitau cepat juga biji campak Azra hilang. Alhamdulillah, Junior memnag sanagt banyak membantu.Ye la ikhtiar kita sebagai ibu kan.



So, untuk ibu-ibu yang berpengalaman dengan campak anak-anak, boleh la share pengalaman di sini. InsyaAllah kita dapat info baik yang boleh dikongsi. Untuk ibu-ibu yang nak berikan Qaseh Junior untuk anak-anak jangan segan utnuk hubungi tini ye

KARTINI BINTI JUSOH
013 9924660(SMS/WHATSAPP)
EMEL- myself140383@yahoo.com




Tiada ulasan:

Catat Ulasan