Jumaat, 21 Ogos 2015

Tips dan Cara untuk Kurus dengan Sihat

Tini adalah penggemar roti canai, especially roti kosong tu. Sekali hadap boleh je setel 2 keping roti kosng ni tanpa rasa bersalah makan banyak.Hihi.Tapi dalam masa yang sama nak juga kurus macam orang lain. Target sekarang dalam nak turunkan dalam 4-5 kg. Tapi itu berCenta juga nak turunkan berat ni. So tini gunakan khidmat Encik Gugel untuk cari pengalaman mereka yang dah turunkan berat dengan jayanya. Banyak juga kisah menarik yang tini baca dan terkesan. Lagi seronok bila kita baca dan ramai memilih untuk menurunkan berat badan secara sihat.



BERAT BADAN BERLEBIHAN ATAU GEMUK

Untuk mengetahui sama ada berat badan anda dalam kategori sihat atau tidak, kita boleh menggunakan pengiraan Indeks Jisim Tubuh,(IJT) 

      Indeks Jisim Tubuh =    Berat (kg)
                                           tinggi(m) x tinggi(m)

ika IJT (kg/m2) anda …Bermakna anda adalah…
Bawah 18.5Kurang berat badan
18.5-24.9Dalam julat normal
25.0-29.9Berlebihan berat badan
30.0 ke atasObes (gemuk)

So, anda dalam kategori yang mana satu? Saya dah kira,Tapi dah hampir sangat dengan 25.0 dan nak masuk dalam kategori berlebihan berat badan tu. Kena ikhtiar kontrol makan ni. Jadi, disebabkan saya pun memang nak berusaha menurunkan berat badan supaya sentiasa kekal dalam keadaan normal, jom tini share kan beberapa tips untuk mengatasi masalah berat badan berlebihan.

TIPS NAK KAWAL BERAT BADAN

1. Amalkan makan makanan seimbang
Makanan seimbang bermakna pengambilan makanan yang mengandungi tujuh kelas makanan iaitu karbohidrat, protein, vitamin, mineral, air, pelawas dan lemak tetapi dalam kuantiti yang mencukupi untuk badan kita. Bukan ikut selera kita ye.Tapi ikut keperluan badan kita.


Dalam sepinggan tu, lebihkan sayur dan buah-buahan tapi kurangkan lemak. Apa yang penting, ambil ikut keperluan badan. Lagi pun kalau kita ikut cara Rasulullah makan, mesti makan sebelum kita lapar dan berhenti sebelum kenyang.

2. Banyakkan minum air kosong
Air kosong penting tau untuk kawal berat badan. Lagi berat badan kita lagi banyak air yang diperlukan oleh badan. Kalau ikutkan nasihat yang pakar, setiap 25kg berat kita, kita perlukan satu liter air. 

25kg = 1 liter air

Jadi, kalau macam tini ni, berat dah cecah 55 kg, kena pastikan pengambilana air yang lebih 2 liter air atau minimumnya ambil 2 liter air sehari.

3. Bersarapan mengikut masa
Ramai sangat yang nak mudah ni. Bnagun tidur lambat terus buat BRUNC; breakfast + luch. So, bila perut dah lapar ni mula la kita nak ambil makanan secara berlebihan. Nasi tengah hari dah tak cukup sesuku pinggan mesti ambil sampai penuh satu pinggan.Bahaya kan kalau skip breakfast. Tak pe la ambil breakfast yang ringan je seperti dua keping roti atau oats dan lain-lain yang sesuai la.

4. Kerapkan Masa Makan
Pecahkan masa makan kepada beberapa masa supaya kita sentiasa makan tapi dalam kuantiti kecil. Kekerapan masa makan untuk kuantiti kecil menjadikan perut tidak terlalu lapar dan kita boleh makan dalam kuantiti kecil sahaja. Cara ini jika diamalkan secara berterusan boleh meningkatkan kadar metabolisme badan. Cepatlah pembakaran kaloti makanan yang kita ambil setiap hari.

TIPS DAN CARA UNTUK KURUSKAN BERAT BADAN

1. Tetapkan matlamat
Jangan rasa tak nak tengok berat badan kita. Kira Indeks Jisim Tubuh kita supaya kita boleh tetapkan berapa banyak berat yang kita nak turunkan. Buat kiraan supaya kita bole minimakan penurunan  berat badan setiap bulan. Jadngan terlalu extreme sampai nak turunkan 2 kilo dalam masa sebulan. Kalau tak capai, kita akan kecewa, fed up dan putus asa. Langkah awal, target untuk turunkan sekilo sahaja sebulan. Jangan terlalu memaksa diri

2. Kira kalori makanan diambil
kena rajin dapatkan info untuk kalori makanan diambil.kecilkan nilai kalori yang diambil setiap hari supaya sasaran penurunan berat bulanan dapat dicapai. Jangan takut untuk berkata TIDAK kepada beberapa makanan yang tinggi kalori seperti roti canai, nasi lemak dan sebagainya. Pengambilan makanan yang rendah kalori mempercepatkan penurunan berat badan kita.

3. Exercise
Nak berjaya memang kena berkorban sikit kan. Kena bersenam supaya lebih banyak kalori yang diambil dibakar dengan cepat. Kalau rasa tak mampu nak jogging jauh-jauh sangat apa kata mulakan dulu dengan exercise ringan seperti berjalan dalam jarak tertentu. Nak lagi seronok boleh join kelas aerobik yang mana kalori kita lagi cepat dibakar.

4. TIPS NAK KAWAL BERAT BADAN DILAKUKAN
Tips di atas untuk mereka yang nak kawal berat badan dilakukan dengan konsisten. Jangan lupa minum air kosong, ambil bekfes dan kerap makan dalam kuantiti kecil.

5. Jangan Putus Asa
Untuk mereka yang berat Air, mungkin penurunan berat badan akan lebih cepat. manakala yang berat daging akan mengambil masa sedikit. Yang penting jangan putus asa dan kecewa. Teruskan usaha dan yakin tidak ada yang mustahil untuk diri Anda

6. Amalkan suplement yang sudah disahkan melalui R&D
Jika anda berminat untuk mencuba produk Qaseh, tini syorkan penggunaan SOLE dan Qaseh Gojes. 
Qaseh Gojes mengandungi cuka epal yang boleh menurunkan kadar kolesterol dan mengurangakan kadar gula dalam badan.

Manakala sole pula, boleh membantu menurunkan beran badan dengan mudah kerana toksin dalam badan disingkirkan dengan pengamalan sole secara berterusan. Antara caranya ialah perah dan rendam lemon ke dalam air sole dan biarkan seketika kemudian amalkan untuk 1.5 liter sehari.







Untuk mendapatkan Produk Qaseh, boleh hubungi tini seperti di bawah.

KARTINI BINTI JUSOH
013 9924660
myself140383@yahoo.com
SIHAT ITU JIHAD

Tiada ulasan:

Catat Ulasan