Rabu, 19 Ogos 2015

Kursus Bestari Kimia dan baju Anak

Hari ni, tini memang tak perlu memandu ke sekolah sendiri kerana terlibat dengan program perkongsian Bestari subjek Kimia. Sebenarnya seronok juga bila memandu ke bandar je ni. Ambil masa 5 minit je dah sampai. Kalau nak memandu ke sekolah, terpaksa turun awal sikit untuk kejar masa punch card. Hari ni tak payah nak cepat-cepat pun. Sampai sempat masak nasi minyak lagi utnuk suami sebelum ke sekolah.Alhamdulillah.

Pertama kali mengajar subjek Kimia tahun ni dan tini sangat bersyukur sebab dengan menghadiri kursus ni sedikit sebanyak nampak lah macam mana gayanya nak mengajar dan menanda kertas peperiksaan mereka. Kadang-kadang kita ni bila menghadap macam-macam jawapan pelajar, kepala kita pun naik pening. Jawapan memang kreatif sampai tak tahu kat mana la kita sebagai cikgu nak bagi markah. Oh, jawapan yang keluar tu sampai boleh buat kita semak dan serabai mengalahkan Elbert Einstein.

Berbalik pada kursus Bestari ni, penceramah yang dijemput adalah guru cemerlang dari Kuantan dan memang seorang guru yang dah lama terlibat dalam penandaan dan pembinaan item peperiksaan iaitu Puan Serepah. First impression bila tengok Cikgu Serepah ni, hati terus berkata, garang ke cikgu ni sebab masa kat depan sebelum mulakan ceramah mukanya asyik masam je dan dahi tu berkerut je memandang laptop yang dibawa. Tapi selepas je memperkenalkan dirinya sendiri, dah mula nampak kelembutan dan dalam masa yang sama ketegasan pada diri beliau. Tapi memang salute terlalu banyak ilmu yang dikongsi. Bahkan bila ada soalan yang dikemukakan, beliau dapat menjawab dengan tenang dan lancar. Ni memang betul-betul terror la.

Kursus yang bermula dari pagi sehingga petang ni dibahagikan kepada tiga sesi. Sesi pertama ialah sesi pengenalan dan penandaan untuk kertas peperiksaan Kimia. Semasa sesi pertama , Kami didedahkan dengan teknik-teknik menjawab yang boleh ditunjukkan kepada pelajar kelak supaya setiap jawapan yang dijawab oleh pelajar akan mendapat markah. Kemudian kami didedahkan dengan teknik penandaan yang betul seperti yang dikehendaki oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia bagi kertas Kimia III. Sepanjang sesi diadakan, guru-guru yang menjadi peserta bebas untuk bertanyakan soalan serta berkongsi pendapat.

Sesi kedua bermula selepas selesai minum pagi. Sesi kedua ni kami diberi contoh-contoh skrip pelajar dan kami dikehendaki untuk menanda dan memberikan markah kepada setiap jawapan pelajar mengikut teknik yang dipelajari semasa sesi pertama. Adoi..terkial-kial juga tini nak menanda. semasa mendengar taklimat pada sesi pertama tadi, macdam mudah je nak menanda. Tapi bila dah sebeban jawapan pelajar yang macam-macam ni, terus berpinar rasanya mata ni.Huhu..Alhamdulillah, sesi kedua selesai dengan jayanya pada pukul 1. Selesai makan tengah hari, kami teruskan dengan sesi ketiga. 

Sesi ketiga berkaitan dengan pengendalian makmal di sekolah sebagai persediaan untuk Peperiksaan Amali pada tahun hadapan. Kami diajar untuk melupuskan bahna-bahan kimia dalam makmal serta perekodan yang perlu dibuat untuk laporan ke Jabatan Pendidikan Negeri. Kemudian, kami juga didedahkan dengan beberapa soalan contoh berdasarkan format bagi peperiksaan amali Kimia yang bakal dilaksanakan pada tahun 2016. Alhamdulillah sesi tamat lebih awal kerana kami terus dengan sesi ketiga sebaik sahaja selesai makan tengah hari.

Dah balik awal kan, dalam kepala ni teringin nak menjamu mata dengan sesuatu. Perempuan.Hihi. So, saya heret kawan saya, kak Farizah untuk menjamu mata, window shopping!!!Almaklum la gaji minggu depan, so minggu ni kita cuci mata je dulu. So, saya drive ke Kedai Ten-Ten Jerantut semata-mata nak cuci mata menengok baju-baju anak.



Dalam plan nak window shopping tu, sempat juga tangan ni menarik dua pasang baju untuk tidur malam Azra. Murah je pun tapi comel, jadi tini belikan untuk Azra. Lump sum juga rm 29hari ni..hihi.
Tapi lama juga duk pusing Ten-ten ni sebab seronok rengok baju baby yang comel especially baju baby perempuan, cute la sangat. Nasib baik datang masa tak bergaji kan? Dengan keadaan ekonomi tak menentu ni, nak berbelanja banyak pun risau jugak kan. Harap-harap nilai RM kita kan stabil tak lama lagi.

Balik je dari Ten-Ten kami singgah makan ABC dekat satu gerai tepi jalan. Layan ABC sambil berbual-bual seronok juga tau. Macam-macam story kat sekolah yang boleh kami share, maklum la tini kan masih baru di sekolah sekarang. Gambar ni sekadar hiasan je..hihi.Yang kami punya tak ingat nak snap tapi alla-ala macam ni la sedapnya..:)



Alhamdulillah, kul 4.30 petang, kami mula bergerak balik memandangkan anak kesayangan saya perlu diambil dari rumah pengasuh kan. Yang bestnya, sampai je ke rumah sendiri, Azra tidur dengan lenanya.Bh la umi nya berehat sama.

Untuk sebarang pertanyaan tentan produk Qaseh sama ada kepada mak ayah, anak-anak dan untuk kecantikan dan kesihatan dalaman sendiri, boleh hubungi saya seperti di bawah

KARTINI BINTI JUSOH
013 9924660
myself140383@yahoo.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan