Ahad, 23 Ogos 2015

Pengalaman Indah di Marudi

Marudi, itu nama pekan yang menjadi tempat saya mencari rezeki.  Enam tahun lebih di Marudi dengan masyarakat majoritinya ialah Iban sebenarnya banyak memberi pengalaman baru. Kali pertama sampai ke Marudi saya menaiki bot selama hampir empat jam.Tempoh masa perjalanan dengan bot bergantung kepada arus air sungai. 




Gambar pertama ialah gambar airport kecil di Marudi manakala gambar kedua ialah gambar di jeti Marudi bagi mereka yang datang dengan bot. Ish..tetiba terasa rindu dengan Marudi.Mungkin kerana terlalu lama di sana, tengok gambar je rindu bertandang.

Bertahun di Marudi terlalu banyak perubahan yang boleh dilihat lebih-lebih lagi keadaan jalan raya.Yang asalnya hanya jalan balak akhirnya dapat juga merasa jalan berturap tar. Dulu kalau nak ke Marudi merempit lah 4x4 landrover tauke Jia weng tu semata-mata nak kejar trip. Maklum lah pengangkutan utama kami selain bot dan kapal terbang(twin otter) ialah 4 wheel drive.Berhimpit-himpit dalam 4x4 macam sardin.Hihi..lucu pulak rasa.



Masjid marudi yang tini tempek kat sini tu adalah masjid yang baru. Masjid asal Marudi kecil je. Tapi selepas bertahun di Marudi akhirnya sebuah masjid yang lebih besar didirikan. Selalu nya kalau ada aktiviti keagamaan kat sekolah mesti berkait lah dengan masjid Marudi ni. 

Manakala taman Marudi ni pula adalah tempat kami lepak, jogging dan mengisi masa waktu petang. Argh..terasa rindu dengan sahabat yang selalu jogging bersama.Faizah, Sarmila, Nik Suria, Roziana, Shanti..Wah banyak nama yang mesti disebut ni.Masihkah kalian ingat? Tapi saya tak jumpa gambar jambatan gantung yang glamer kat taman ni. Selalunya kami suka juga jalan-jalan di jambatan gantung petang-petang hari tu.

Satu tempat nostalgik yang saya yakin semua kawan-kawan saya ingat ialah Kedai Bojeng!!tempat lepak sambil makan nasi penyek atau minum air dan makan-makan..


Saya cuma da gambar ni je. Gambar Bojeng tengah buka kedai takde. Sebenarnya sebelah signboard Ambank tu ada kedai makan tau. Bila petang menghampiri jam 6 lebih petang, baru lah kita akan nampak kerusi dan meja yang dibuka di hadapan ruang kosong Ambank. Biasanya kalau dah bosan masak kat rumah, kami akan keluar makan-makan di sini. Menu istimewa kat sini ialah nasi ayam penyek, butter prawn, kueyteow goreng basah(banjir) dan yang best nya kalau dapat makan dengan sambal ayam penyek.Sedapnya lah..

Alahai..tak tidur saya malam nu kalau nak bercerita tentang pengalaman indah di Marudi.Semuanya dah jadi kenangan yang akan kekal di lipatan memori.




Ini antara kenangan-kenangan terindah saya bersama kawan-kawan.Mungkin saya sudah berada jauh dari Marudi dan rakan-rakan pun dah ramai yang berpindah ke semenanjung, tetapi kenangan di Marudi pasti akan sentiasa kekal di ingatan.

Doa saya, semoga semua sahabat saya dalam lindungan rahmat Allah sentiasa.

Jika anda berminat untuk mendapatkan Qaseh Gojes, Qaseh Adinda, Qaseh Kekanda, Qaseh Junior, Qaseh Premier dan lain-lain jangan segan untuk bertanya.Untuk sebarang pertanyaan produk Qaseh Gold, boleh hubungi saya seperti di bawah.

KARTINI BINTI JUSOH
013-9924660
myself140383@yahoo.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan