Selasa, 25 Ogos 2015

Pernikahan Sebagai Permulaan bagi hidup kami,

Sekejap je masa berlalu. Masa, laju berlari meninggalkan kita. Dalm diam dah dua tahun tini berkahwin.
Tini dipertemukan dengan suami pada tahun 2013. Berkenalan, bertunang dan akhirnya melangsungkan pernikahan pada tahun berikutnya. Semuanya berlaku dengan pantas tanpa diduga. Itulah bila dikatakan jodoh. Yang pasti, Allah hadirkan jodoh kita pada masa yang tepat tidak terawal dan tidak terlewat walau sesaat. Kami diijabkabul pada 20 Mac 2013, berlangsung secara sederhana walaupun saya anak perempuan terakhir yang dinikahkan. Mungkin kerana arwah ibu sudah tiada bersama, menyebabkan saya memilih untuk bersederhana sahaja.

Pernikahan berlangsung pada hari Jumaat selepas solat Jumaat. Kemudian dua hari berikutnya kami diraikan dalam majlis sederhana.


Persediaan kenduri memang diuruskan sepenuhnya oleh kakak yang sulung iaitu kak Lah. Pakaian saya diteliti oleh anak buah saya, tempat nikah oleh kakak-kakak saya.ALhamdulillah, walaupun sederhana tetapi saya beruntung kerana memiliki kawan-kawan yang sporting dan sempoi sanggup bersusah untuk datang ke majlis saya.





Sedar tak sedar dah dua tahun lebih kami melayari kehidupan berumahtangga. Anak pun dah dianugerahkan Allah sebagai penyeri kami. Sekarang cinta hati kami suami isteri adalah Azra. Semoga perjalanan hidup kami akan sentiasa direstui Ilahi dan mencapai kebahagiaan dunia ke akhirat

KOLSULTAN PRODUK QASEH GOLD
KARTINI BINTI JUSOH
013 9924660

Tiada ulasan:

Catat Ulasan